ISMA dan Aman Palestin penuhi undangan HAMAS
SYRIA, 11 April – Rombongan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Aman Palestin telah berangkat ke Syria baru-baru ini bagi memenuhi undangan Pergerakan Pembela Islam (HAMAS) ke sana.
Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman selaku Presiden ISMA dan juga Pengerusi Eksekutif Aman Palestin bersama rombongan dari Malaysia telah diundang untuk bertemu Khalid Mishaal, Ketua Biro Politik HAMAS dan anggota-anggota Pejabat Biro Politik HAMAS yang lain.
Undangan ini sebagai satu penghargaan terhadap usaha-usaha yang telah dilakukan oleh ISMA dan Aman Palestin dalam membantu perjuangan rakyat Palestin.
Ustaz Abdullah ketika menceritakan pengalaman beliau berkata, “Dalam pertemuan tersebut, kami sempat berbincang tentang situasi semasa perkembangan politik di Malaysia.”
Beliau selaku Presiden ISMA telah menjelaskan agenda ISMA dalam membawa projek Islam di Malaysia. Kepimpinan politik HAMAS melihat rasional pendekatan ISMA dan menganggapnya adalah pilihan terbaik.
Dalam lawatan selama tiga hari itu, rombongan juga sempat berbincang tentang pengukuhan hubungan dua hala antara kedua pihak di samping melawat badan-badan kebajikan.
Ustaz Abdullah Zaik juga telah menghulurkan sedikit bantuan kepada keluarga-keluarga miskin di kem pelarian semasa melakukan lawatan medan ke kem-kem pelarian tersebut sebagai mewakili seluruh rakyat Malaysia yang menyumbang bantuan melalui saluran ISMA dan Aman Palestin.



Terbaek! Alhamdulillah. Ya Allah, ikhlaskan kami ahli-ahli ISMA di jalanMu.
“maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan pohonlah keampunan”
Nice:)
alhamdulillah..syukur bila dihighlight perkara sebegini. tahulah kami segala sumbangan adalah melalui pihak hamas kepada rakyat palestin..:)
Likes. Lepas ni..Ahli-ahli ISMA penuhi undangan HAMAS untuk berjihad di Gaza…ada sanggup?
insyaAllah, moga kita semua bercita2 utk mati syahid. kita fokuskan utk lahirkan ramai lg pejuang drpd darah2 muda rakyat malaysia. pastu kita gi gaza ramai2
Persoalan yang menarik, eh?