Bertegaslah dalam isu Bible Bahasa Melayu
Kita bukan orang Arab yang boleh menerima kata-kata bahawa orang Arab jahiliyah dahulu dan orang munafik juga menggunakan nama Abdullah yang bermaksud hamba Allah, dan menyebut nama Allah adalah mainan bibir si penyembah bahala itu. Kita juga bukan Melayu yang berada di bumi seberang.
Kita bangsa Melayu Malaysia sudah ratusan tahun menganggap kalimah Allah itu adalah kalimah milik kita dan tidak pernah mendengar orang bukan Islam melafazkan nama Allah sebagai Tuhan mereka.
Umat Melayu Muslim yang tidak mengamalkan Islam adalah besar jumlahnya, yang secara sembunyi dan yang secara terang-terangan murtad juga sejumlah bilangannya. Umat ini sudah carca marba permasalahannya dan jangan ditambah isu baru pula.
Apa perlunya kitab injil dalam bahasa Melayu dan apa muslihatnya menggunakan kalimah Allah, jika tidak sebagai senjata mengelirukan umat Melayu Islam yang sudahpun semakin jauh dari ajaran Islam sebenar. Apakah orang Kristian Cina, India atau Dayak menjadi sasaran utama pembaca bible dalam bahasa Melayu ini?
Jangan kerana politik berbagai bangsa dan agama, ada pemimpin politik Islam (samada pemerintah dan pembangkang) berlembut dengan isu ini, dan berpandangan cetek dengan mengambil pandangan Al-Qardawi bahawa orang Arab bukan Islam juga menggunakan kalimah Allah. Sedang itu adalah pandangan umum, dan tidak semestinya boleh diterima pakai oleh bangsa lain. Dan mengapa ada NGO Melayu Muslim yang ‘lembab’ dan tidak menjadi pendesak?
Mereka yang bukan Islam mengatakan inilah konsep 1 Malaysia, maka rupanya senjata dah makan tuan atau tuannya sudah berdarah tetapi katanya masih sedikit!
Syabas kepada Mufti Perak dan Selangor yang sangat tegas dengan isu ini.
Oleh: Dr Yusof bin Abbas,
ISMA Port Dickson
Blog: Bio-Perubatan Ibadah


bible dlm bhs melayu yg lama dgunakn d Malaysia kbanyakan dlm bhs Indonesia dan setahu saya,cuma perkataan Allah shj yg tdapat dlm alkitab Indonesia.mengapa perkara sbgini tidak menjadi hal d negara seberang?..dan mengapa hal ini tidak pernah diutarakan sejak kali pertama alkitab Indonesia diedarkan bepuluh-puluh tahun dulu?
kepada mrwonka. Jika anda bukan Islam, tidak perlulah anda mencampuri urusan kami. Tetapi jika anda orang Islam, mengapa anda hendak menjadi penyokong mubaligh Kritian ? Persoalan mengapa baru sekarang isu bible BM menjadi isu besar, bukanlah perkara pokok yang dipersoalkan. Isunya ialah mengapa orang-orang Melayu Islam menjadi sasaran kepada mubaligh kritian di negara ini ? Mengapa semua umat Melayu Malaysia tidak bangkit menentang usaha-usaha dakyah kritian ini ? Yang paling ganjil dan pelik sekali ialah, mengapa Malaysia sebuah negara Islam memberikan bantuan sumbangan kewangan kepada sekolah-sekolah mubaligh kristian di negara ini ? Kita tidak menghalang orang-orang kristian mengamalkan agamanya. Tetapi megapa mereka begitu berani menceroboh ke dalam dunia melayu Islam di negara ini ?
mungkin kesedaran untuk perlunya perjuangan menentang bible dalam BM masih baharu di Malaysia ini. Rentetan daripada semakin banyak kes-kes murtad berlaku di Malaysia, isu bible dalam BM adalah antara pencegahan awal yang boleh umat Islam kita buat (berbanding meramaikan bilangan peguam syariah untuk mewakili orang-orang Islam kita yang nak murtad). Mencegah lebih baik dari mengubati. Islam first.
adil lah…kerana sifat adil menghampiri pada taqwa…
@ Fikir: Adil tu meletakkan sesuatu pada tempatnya. Bukan semua nak sama rata.
Setuju dengan artikel ni. Kenapa pula kita sebagai pendukung Islam di Malaysia nak membantu, memberi sumbangan kepada agama lain walhal kita tahu Islam adalah satu2nya agama yang diiktiraf Allah. Saya teringat akan kata2 seorang pendakwah dari USA (mungkin) yang disiarkan dalam Radio IKIM, apabila terpaksa membuat pilihan, Rasulullah akan selalu mengambil pilihan yang paling kurang mudharatnya. Bukan pilihan yang paling banyak manfaatnya.
Kenapa? Sebab mencegah lebih baik daripada mengubati. Contohnya dalam kisah seorang lelaki yang kencing di dalam masjid, Rasululullah tidak terus menghukum beliau kerana terfikir akan mudharat kepada agama sekiranya bagianda memarahi orang itu. Kalau nak dibandingkan dengan mudharat air kencing kepada masjid – yang boleh dicuci jadi bersih, mana satu lebih besar mudaratnya? Sudah tentu memarahi lelaki tersebut kerana khuatir imej agama akan tercemar, dakwah tak dapat berkembang.
Bila kita kaitkan dalam hal ini, kita kena pertimbangkan – Mudharat mana yang lebih besar kepada agama? Kalau dahulu kita clear – Allah dalam Islam satu, tapi Kristian tak gunapakai perkataan Allah – sebaliknya God, dengan konsep trinity. Tapi akan datang Muslim akan jadi keliru – Allah dalam Islam satu, tapi Allah dalam Kristian adalah 3 dalam 1. Bergoyang akidah saudara dan anak2 kita.
mauqif rasul dengan yahudi di madinah mulanya memang lembut.. bila dah melampau.. hurm.. khaibar la jawapannya.