Ketua Wanita ISMA akan muncul di slot Tanyalah Ustazah di TV9
Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustazah Norsaleha Mohd Salleh akan muncul dalam slot Tanyalah Ustazah di TV9 pada 4 Mac 2011 (Jumaat), jam 11 pagi. Beliau akan mengendalikan slot tersebut selama satu jam dengan tajuk ‘Stress Dalam Islam’.
Orang ramai khususnya para muslimah dijemput untuk menyaksikan rancangan ini pada waktu yang tertera bagi mengutip mutiara-mutiara ilmu dan panduan berguna yang akan dikongsikan oleh Ustazah Norsaleha.


