|

Gaza diserang lagi

GAZA, 7 Mac 2011 - Pesawat tempur Israel telah melancarkan siri serangan di beberapa kawasan di sini semalam namun  sehingga kini tiada kematian dan kecederaan dilaporkan.

Saksi mengatakan bahawa serangan udara itu mensasarkan kawasan sayap tentera Qassam, di wilayah selatan sekitar Al-Zaytoun di Gaza, yang menyebabkan kerosakan.

Dua kawasan Qassam di barat dan selatan Gaza juga telah dibedil.

Serangan yang keempat membedil kawasan kosong di timur Zaytoun menyebabkan beberapa rumah di sekitarnya, gudang makanan serta kilang ‘Nur’ (tidak dinyatakan) rosak namun tiada kecederaan dilaporkan.

Serangan terakhir iaitu di tengah Semenanjung Gaza, pada kawasan daerah tidak berpenghuni berhampiran Sekolah Tinggi Teknik di Deir Al-Balah menyebabkan kerosakan juga tanpa kecederaan.

Sumber:  Aman Palestin