|

Perubahan dunia Arab ubah landskap dakwah seluruh dunia

YBhg. Ustaz Rushdan Abdul Halim, YDP ISMA Kuantan, menegaskan bahawa Allah swt tidak akan membiarkan yang zalim terus zalim, yang angkuh terus angkuh dan yang menipu terus menipu. Allah swt akan menggantikan, menegakkan yang hak dan memusnahkan yang batil.

Beliau berkata demikian semasa menjadi panel dalam Diskusi: Krisis Mesir – Pengajaran Dari Sudut Dakwah & Tarbiyah yang dianjurkan bersama oleh Biro Dakwah ISMA Pusat & ISMA Daerah Hulu Langat.

Program ini telah berlangsung pada 18 Februari 2011 di Danau Golf Club, UKM, Bangi.

Turut menjadi panel ialah YBhg. Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman, Presiden ISMA.

Sumber: Media ISMA