Kompleks ISMA Seremban dilancarkan
Pejabat operasi ISMA Seremban
SEREMBAN, 13 Februari - Satu detik bersejarah berjaya dilakar apabila Kompleks ISMA Seremban telah dilancarkan secara rasminya oleh Timbalan Presiden ISMA, Tuan Hj. Abdul Rahman Mat Dali.
Perasmian ini telah dilakukan bersempena Mesyuarat Agung Tahunan ISMA Seremban Ke-3 yang berlangsung di sini hari ini.
Tuan Hj. Abdul Rahman dalam ucapannya mengatakan bahawa ini adalah satu pencapaian yang membanggakan dalam sejarah perjalanan dakwah ISMA kerana merupakan bangunan pertama milik ISMA sepenuhnya, baik di peringkat pusat mahupun cawangan.
Kompleks ISMA Seremban yang terletak di Taman Kayu Manis Fasa 2, Sikamat ini terdiri daripada pejabat operasi dan Dewan Seminar D’Banna yang dibuka untuk kegunaan orang ramai.
Tuan Hj. Abdul Rahman menerima cenderamata penghargaan
Pemilikan kompleks ini dibiayai hasil sumbangan daripada ahli-ahli ISMA dan juga masyarakat yang mendokong perjuangan ISMA menerusi projek pembelian wakaf lot yang diadakan.
Orang ramai yang ingin menyumbang atau membeli wakaf lot boleh menghubungi wakil-wakil ISMA Seremban iaitu Prof. Madya Dr. Zainur Rashid bin Zainuddin (012-6781644), Encik Mohd Razman bin Jalil (019-6531756) atau Dr Zainon bt Yahya (019-2339566).
Sumber: Laman Web ISMA Negeri Sembilan




Alhamdulillah.. moge ISMA Seremban terus maju.. =)