|

ISMA sertai perhimpunan tunjuk sokongan padu buat rakyat Mesir

KUALA LUMPUR, 4 Februari - Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menyertai kira-kira 7 ribu rakyat Malaysia yang lain dalam satu perhimpunan bagi menyatakan sokongan padu buat rakyat Mesir yang berlangsung di sini hari ini.

Perhimpunan ini juga diadakan bagi membantah campur tangan Amerika Syarikat dalam krisis yang berlaku di Mesir ketika ini.

Perhimpunan yang menggabungkan parti-parti politik dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ini dinamakan Himpunan Bersama Kebangkitan Rakyat Mesir.

Para peserta perhimpunan telah berarak dari Masjid As-Syakirin KLCC ke Kedutaan Amerika Syarikat selepas solat Jumaat.

Di Kedutaan Amerika Syarika, satu memorandum diserahkan yang mengemukakan tiga desakan terhadap Amerika Syarikat iaitu menggesa ejen negara itu berundur dari Mesir, tidak campur tangan dalam urusan rakyat Mesir memilih pemimpin mereka serta mendesak seluruh dunia memberi tekanan kepada Presiden Mesir, Husni Mubarak agar meletakkan jawatan.

Sekurang-kurangnya 50 NGO turut serta dlm perhimpunan ini.

5 Komen untuk entri “ISMA sertai perhimpunan tunjuk sokongan padu buat rakyat Mesir”

  1. Satu says:

    Betul ke berlaku keganasan seperti yang dilaporkan dalam media?

  2. abu surur says:

    syabas,apakah ini di namakan marhalah infitah

  3. i-medik says:

    maaf utk kali ini. para doktor tak de masa nak berdemo

  4. zafry says:

    Satu: betul ada keganasan kesan daripada perselisihan faham antara polis dgn sebahagian peserta perhimpunan setelah perhimpunan selesai.

  5. melayu timur says:

    syabas buat yang setia bersama kebenaran… tp jgn ada yg balik demontrasi singgah penuhi perut dengan mengunjungi kedai2 yang menjual barangan yang dikeluarkan oleh negara yang menjadi dalang kepada tercetusnya demontrasi kebangkitan rakyat mesir …..fikir dan insaflah wahai semua