Utama » February, 2011 Entri dipos pada “February, 2011”

Presiden ISMA ucap takziah buat rakyat Turki

Presiden ISMA ucap takziah buat rakyat Turki

Presiden dan seluruh barisan Jawatankuasa Pusat ISMA mengucapkan takziah kepada seluruh rakyat Turki di atas pemergian bekas Perdana Menteri negara itu, Negm Eldin Erbakan ke rahmatullah pada 27 Februari 2011 (semalam).
Erbakan merupakan Perdana Menteri Turki yang pertama daripada golongan Islamis. Beliau berkhidmat selama setahun sebelum dipaksa berundur pada tahun 1997 atas [...]

February 28 2011 | Dipos di dalam Berita Utama, Dunia Islam | Baca Selanjutnya »

Kenyataan Datuk Seri Najib terhadap Ikhwan Muslimin suatu yang tidak perlu

Kenyataan Datuk Seri Najib terhadap Ikhwan Muslimin suatu yang tidak perlu

BANDAR BARU BANGI, 28 Februari – “Datuk Seri Najib Tun Razak tidak perlu mengeluarkan komen tentang Ikhwan Muslimin dan Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi seperti yang didakwa kerana kenyataan itu dianggap sia-sia dan tidak berfaedah”.
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), YBhg. Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan bahawa Perdana Menteri Malaysia, [...]

February 28 2011 | Dipos di dalam Berita Utama, Tempatan | Baca Selanjutnya »

Di manakah kedudukan agenda Islam kini?

YBhg. Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman, Presiden ISMA, melontarkan persoalan tentang di manakah kedudukan agenda Islam para hari ini? Kita memandang dari jauh, tetapi harapan kita besar. Harapan ialah semoga berlaku lonjakan dalam projek Islam. Pergerakan dakwah perlu peka kepada ‘harakatul hayah’ iaitu pergerakan atau dinamik kehidupan.
Beliau berkata demikian semasa menjadi panel dalam Diskusi: Krisis [...]

February 27 2011 | Dipos di dalam Video | Baca Selanjutnya »

Perutusan takziah buat Datuk Ilani Isahak

Perutusan takziah buat Datuk Ilani Isahak

Presiden dan seluruh barisan Jawatankuasa Pusat ISMA mengucapkan takziah kepada keluarga Datuk Ilani Isahak di atas pemergian beliau ke rahmatullah pada 24 Februari 2011 (semalam).
Datuk Ilani yang merupakan Ketua Jawatankuasa Mempromosikan Keharmonian dan Persefahaman Antara Penganut Agama dilaporkan meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) akibat penyakit barah.
Innalillahi wa’inna ilaihi raji’un. ISMA [...]

February 25 2011 | Dipos di dalam Berita Utama, Tempatan | Baca Selanjutnya »

Kemampuan organisasi perlu dibina untuk garap perubahan

YBhg. Ustaz Rushdan Abdul Halim, YDP ISMA Kuantan, menegaskan bahawa kita perlu sentiasa bersiap siaga dengan kebolehan kita kerana kita tidak tahu bila perubahan akan berlaku. Kita jangan abaikan potensi yang ada dalam masyarakat dan jangan kita prasangka, mereka itu ada manfaatnya kepada perubahan yang menyeluruh. Jangan jemu untuk membina dan jangan gopoh.
Beliau berkata demikian [...]

February 25 2011 | Dipos di dalam Video | Baca Selanjutnya »

Formula hidup bahagia

Formula hidup bahagia

Firman Allah swt dalam surah al-Ra’d ayat 28: “Orang-orang yang beriman dan hati mereka tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang”.
Dalam ayat ini, Allah swt menegaskan hati itu menjadi tenang dan tenteram apabila bersandar kepada Allah swt, mengingati Allah swt dan redha menjadikan Allah swt [...]

February 24 2011 | Dipos di dalam Tarbiyyah | Baca Selanjutnya »

Libya berlautan darah… menang atau syahid

Libya berlautan darah… menang atau syahid

Revolusi 17 Februari: Rakyat menguasai bandar Tobruk, timur Libya … mungkin buat sementara.

Kali pertama saya berinteraksi dengan orang Libya ialah ketika saya menuntut di Australia (1983-1988). Di antara mereka ada yang menghabiskan Ph.D di bidang kejuruteraan.  Sebelum salah seorang dari mereka tamat dan hendak pulang ke Libya, ibu bapanya datang dari [...]

February 24 2011 | Dipos di dalam Dunia Islam | Baca Selanjutnya »

Pendirian PAS akan untungkan parti, Melayu dan Islam

Pendirian PAS akan untungkan parti, Melayu dan Islam

“Masa telah sampai untuk kita menggemblengkan seluruh tenaga dan sumber bagi mengangkat martabat umat Islam, mendayakan bangsa Melayu dan melahirkan Politik Lita’arafu yakni Politik Saling Menghormati.” (Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS)
“Bagi PAS, Melayu perlu diutamakan dalam agenda dakwah pada hari ini kerana mereka merupakan bangsa yang terdahulu menerima Islam di Tanah Melayu [...]

February 24 2011 | Dipos di dalam Sidang Pengarang | Baca Selanjutnya »

Presiden ISMA sambut baik pendirian terbaharu PAS terhadap perjuangan bangsa Melayu

Presiden ISMA sambut baik pendirian terbaharu PAS terhadap perjuangan bangsa Melayu

BANDAR BARU BANGI, 21 Februari – “ISMA memandang positif pendirian terbaharu yang dikemukakan PAS berhubung perjuangan bangsa Melayu dan melihat perkara ini suatu yang penting kepada orang Melayu dan perjuangan PAS”, kata Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman, Presiden ISMA.
“Walau bagaimanapun, kita sangat berharap agar PAS konsisten dalam isu ini”, sambung Ustaz Abdullah lagi.
Beliau berkata demikian [...]

February 23 2011 | Dipos di dalam Berita Utama, Tempatan | Baca Selanjutnya »

Membuka langkah ke bumi Sakura dan bumi Sonata

Membuka langkah ke bumi Sakura dan bumi Sonata

BATU TIGA, 19 Februari – Satu program “Pre-departure for Japan & Korea” anjuran Sekretariat Perhubungan Luar Negara  (SEKTAR) ISMA telah berlangsung di Surau Apartmen Taman Bukit Pelangi, kediaman pelajar JAD.  Seramai 9 orang pelajar lelaki dan 18 orang perempuan pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar persediaan ke Jepun di  bawah program IBT,  JAD dan KTJ telah [...]

February 23 2011 | Dipos di dalam Aktiviti | Baca Selanjutnya »