|

Perjuangan memartabatkan bangsa fasa awal amal Islami

Dengan rasa rendah diri, saya ingin lontarkan beberapa pandangan saya kepada para sahabat untuk membetulkan kefahaman saya jika ada salah. Harap berlapang dada jika ditegur dan bersedia untuk berbincang jika masih kabur… DAN bersedia bersama jika kebenaran sudah terserlah.

1. Apabila ramai orang mula mempertikaikan usaha memartabatkan bangsa, tidak bernilai dan tidak perlu dijuangkan. Boleh dilelong… malah dikatakan memperjuangkan bangsa adalah HARAM! Inilah kalimah-kalimah yang popular yang kita dengar.

2. Hari ini irama Ketuanan Melayu dimainkan. Orang UMNO dianggap mempertahankan Melayu, orang PAS mempertahankan Islam, manakala orang PKR mempertahankan hak bersama dan keadilan sejagat.

3. Inilah sifat dan mentaliti 0rang politik. Mereka akan berkaa-kata dan berceramah sakan apa yang menguntungkan mereka. Keuntungan diukur dari sudut POPULARITI dan UNDI.

4. Inilah Malaysia… politik adalah segala-segalanya.

5. Kedudukan umat Melayu yang merupakan kelompok terbesar di negara ini mula diragui peranan dan keistimewaan mereka. Kenapa isu ini muncul? Siapa yang memalu gendang? Kedudukan Melayu dalam perlembagaan bukankah telah disepakati bersama?

“…seorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu dan lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura atau pada Hari Merdeka ia adalah domisil di Persekutuan atau di Singapura atau ia adalah keturunan seseorang yang tersebut” (Fasal 160 Perlembagaan)

Kegagalan kita memahami Islam yang syumul yang merupakan syarat seorang untuk menjadi Melayu telah menyebabkan kita menyalahkan pihak yang kononnya mendabik dada menjuarai hak Melayu. Islam di dalam perlembagaan ini bukan Islam Melayu TETAPI Melayu yang ISLAM.

6. Apabila Islam datang ke alam Melayu, bangsa Melayu menjadi hebat. Bangsa Melayu memimpin Islam di rantau ini selama 200 tahun. Umat Melayu pada ketika itu menjadi agen dakwah dan mempunyai agenda besar. Bahasa mereka adalah bahasa perdagangan dan bahasa ilmu.

“Siapa yang dapat menguasai Melaka maka dia akan dapat kuasai Venice” – Thomas Penny.

“In short, Malacca was the richest city in the Indies… very famous for its trafic, riches in gold, precious stones and all other varieties of the Indies” – Newoff, 1662

7. Umat Melayu pada ketika itu memperjuangkan asas seruan Rasul iaitu dakwah. Mereka mengagendakan bangsa mereka mereka dengan agenda dakwah. Mereka bukan perjuangkan Melayu tetapi ISLAM dan mereka bertindak sebagai kelompok pembawa risalah dakwah.

8. Inilah ketuanan Melayu yang menjadikan musuh Islam datang dan menyusun agenda untuk mencipta identiti baru kepada umat Melayu. Akhirnya muncullah umat Melayu yang tidak beragenda dan mudah di“politik”kan. Generasi “Melayu Baru” inila yang kita warisi.

9. Swettenham ada membuat kajiannya tentang umat Melayu ini. Walaupun kajiannya berusia 100 tahun yang lalu, rupa-rupanya masih relevan;

“Orang Melayu malas bekerja, bertanam padi hanya bila terdesak atau disuruh oleh Ketua Kampung, suka menangkap ikan kerana mereka menganggap itu satu permainan. Sesekali mereka berniaga tapi semua keuntungan akan dibelanjakan (tak boleh kembang perniagaan). Tetapi mereka seorang rakan yang baik, peramah dan senang bergaul. Mereka suka kuasa dan kedudukan dan jiwanya akan usaha cari pangkat kemegahan” (The Real Malay, Frank Swettenham, 1899)

10. Orang Melayu memang suka kepada politik. Malangnya apabila kuasa politik dipegang atau ditandingi oleh kumpulan yang mempunyai agenda peribadi atau agenda sempit keduniaan atau agenda sempit agamawan yang gagal menafsir erti pejuangan ISLAM.

11. ISLAM yang dijuangkan bukan rekaan tetapi perjuangan mengikut sunnah perjuangan rasul. Memartabatkan Islam di muka bumi ini bukan pilihan tetapi kewajipan. Perjuangan memartabatkan Islam bukan mengikut kata hati atau perasaan TETAPI mengikut garisan dan petunjuk yang telah dilalui oleh Rasul dan generasi salafussoleh.

12. Matlamat perjuangan adalah jelas iaitu mencari keredhaan Allah dengan melaksanakan semua perintahnya. Seruan dakwah ini perlu didokong dan dijuangkan oleh kelompok manusia. Kelemahan umat yang sepatutnya menjadi agen dakwah membuatkan projek besar Islam tidak tercapai.

Islam lemah di tanah Arab kerana Arab lemah.
Islam lemah di Turki kerana bangsa Turki lemah.
Islam lemah di tanah Melayu kerana Melayu lemah.
Dan begitulah seterusnya.

13. Usaha menjayakan agenda Islam yang besar hendaklah bermula dengan membangunkan sebuah bangsa yang berpegang kuat dengan Islam. Inilah agenda yang patut kita bersatu di atasnya. Perjuangan memartabatkan bangsa adalah proses awal kepada fasa seterusnya dalam amal Islami yang besar ini. Ini jauh dari kefahaman Asobiyyah yang berasaskan jahiliyyah.

“…qaumiyyah yang menghidupkan nilai jahiliyyah, menghidupkan upacara-upacara yang sudah lapuk atau luput, dan qaumiyyah yang menyalakan api permusuhan, satu kaum memandang rendah kepada kaum yang lain, maka itu konsep yang tercela dan tiada kebaikan untuk manusia - Hassan Al-Banna, Dakwatuna

14. Atas dasar inilah ISMA menyeru kepada satu anjakan baru dalam minda umat Melayu agar keluar dari blok pemikiran politik semata-mata TETAPI membuat anjakan kepada agenda lebih besar dengan bersedia bersama kepada perkara yang membawa kebaikan kepada ISLAM dan umat Melayu.

“Dan jika kamu berpaling Allah akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, kemudian mereka tidak menjadi seperti kamu.”  (Surah Muhammad: 38).

Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, jangan kamu bertelagah sesama sendiri, nescaya kamu akan gagal, dan akan hilanglah kekuatan kamu semua, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar.” (al-Anfal: 46).

“MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT”

Dr Zaki Ibrahim,
Pengerusi,
ISMA Australia
Blog: Dr Zaki Ibrahim

20 Komen untuk entri “Perjuangan memartabatkan bangsa fasa awal amal Islami”

  1. menarik says:

    Salam Dr. Zaki,

    Penulisan yang mantap. Langkah demi langkah menuju ustaziatul alam….

    Ana cuba ke blog Dr Zaki tp blog ditulis “account suspended”.

  2. sam says:

    musykil , musykil , di marhalah manakah melayu islam disini .di satu sudut dikatakan melayu tuan sebab sudah ada kesultanan melayu di tanah melayu , perdana menteri melayu , ahlul hil wal aqd atau menteri kabinet kebanyakannya melayu dan MP-MP pun yang ramainya melayu muslim . segala jawatan kakitangan kerajaan adalah melayu muslim. Mufta dan muftinya juga adalah melayu muslim . Agama persekutuannya adalah Islam . . adakah dengan kedudukan ini Islam di Malaysia adalah diperingkat dakwah di Mekkah lagi yang perlu kepada dakwah sesama bangsa atau kabilah sahaja dan menuruti ayat wa anzir asyiratakal aqrabin yang diturunkan di mekkah . Bukankah melayu telah ada kuasa mencegah kemungkaran dan menyeru yang makruf dengan kuasa dan kekuatan melalui jabatan agama negeri dan jakim . Bukankah Melayu telah ada kuasa politik dan kesultanan yang dengannya boleh mengatakan aslim taslam kepada non muslim atau setidak-tidaknya menunaikan tuntutan ayat ud`u ila sabili rabbika bilhikmati wal mauizah wajadilhum billati hia ahsan di mana di setiap institusi pendidikan tinggi kita ada cendekiawan melayu muslim hingga ke tahap phd untuk berdialog dan berjidal dengan non muslim secara terbuka dan disiar melalui udara .
    Apakah dengan segala keupayaan yang ada itu kita masih lagi berfikiran kita ini lemah dan imerendah diri dihadapan non muslim hanya perlu berdakwah kepada sesama melayu muslim sahaja tanpa melihat kepada ruang berdakwah kepada non muslim dengan cara yang lebih berhikmah dengan segala kekuasaan yang kita ada .

  3. Ikram Isma says:

    menarik, cuba klik lagi sekali. Saya tekan link tu ok aje :)

  4. انور صالح says:

    Salam..

    Dr. Zaki, tahniah dan mabruk.. perkongsian yang baik.

    SAM..

    Apa yang anda sebut itulah realiti Melayu kini. Melayu yang sudah meninggalkan tanggungjawab pembawa risalah dan merasa lemah sehingga terpaksa berebut mencari dokongan bangsa-bangsa lain yang tidak seagama.

    Melayu yang tidak terfikir untuk mengajak orang lain agar beriman kepada Allah sedangkan mereka hidup bersama, berkerja bersama, makan bersama, berhibur bersama, bermain bersama, bermesyuarat bersama dan sama-sama berkawan.

    Kenapa ya begini jadinya? Tahukah anda kunci syurga? Ucaplah : “أشهد أن لا اله الا الله وأشهد أن محمدا رسول الله

  5. menarik says:

    salam…

    dah boleh masuk link tu….

    mungkin ari tu server tgh ‘cuti tahun baru’….

    jzk

  6. sam says:

    suatu bangsa itu mulia dan dihormati kerana ada Islam . tapi jika suatu bangsa meninggalkan Islam Allah boleh memilih bangsa lain untuk mempertahankan Islam seperti berlaku kepada arab , turki , moghul .

  7. pemerhati says:

    setuju dgn SAM, tapi tak dapat dinafikan masyarakat kita memang bermasalah dan kadar jenayah pun makin meningkat…jadi..di mana silapnya?…kadang-kadang saya terfikir…certain2 cara berfikir menjadikan golongan2 yg dah ok or baik mnjadi lebih baik.sebalikny golongan yg bermasalah tetap bgitu juga..benar…perkara sperti ini penyelesaianny lama..lambat..tapi..rasany wjar difikirkan betul2..apa resolusi terbaik..di sana sini org2 melayu islam mmpunyai plbagai fikrah..setiap pihak ad fikrah sndri..ad hujah dan dalil sendiri…siap ad yg brgaduh2…mungkin…sepatutny tak perlu timbul pun isu prbezaan fikrah ni…spatutny masing2 bersyukurla sangat2..melayu..islam..berfikrah..dan menjalankan fikrah…buatlah kerja kalian sbgaimana fikrah kalian..takd masalah pun..kalian semua buat benda yang betul…usrah ke..tabligh ke..whatsoever bnda2 lain..saya sendri tak trcpai nak berfikrah mcm tuan-tuan..tapi bila memerhati..kadang2 kecewa tngok orang2 sudah berfikrah masih nak kondem sesama sendri di sini sana..tengokla orang2 lain yg masih terumbang ambing…tak jadi masalah pun siapa golongan yg didakwah or whatsoever…sebab…kemampuan setiap orang berbeza..bersyukurla kalian semua terlibat dalam amal makruf nahi munkar..mungkin sekarang tak nampak kesannya…tapi hari demi hari…ada je golongan manusia yg terkesan dengan kerja2 dakwah kalian…mungkin sekarang tak nampak rasionalnya..tapi dengan rendah diriny..saya rasa total combination kerja-kerja kalian nila yg sbenarny akan memrtabatkn agama kita.

  8. Ayuh bekerja, Kalau ada yang dah putus asa untuk menyelamatkan saudara-mara terdekat tak perlu kondem mereka yang masih tidak putus asa menyelamatkan saudara-mara terdekat apatah lagi saudara-mara tersebut adalah penduduk asal, peneroka, dan 99% adalah muslim. Tambahan pula 1% saudara-mara terdekat tersebut yang mendakwa diri bukan muslim pun tidak diiktiraf dalam perlembagaan sebagai sebangsa dengan saudara-mara yang 99% tersebut.

    Kalaulah Melayu itu bukan islam sekalipun, hak nya sebagai penduduk asal negaranya, tuan tanah negaranya perlu dipertahankan. Jika kita pergi ke kawasan orang asli yang bukan Islam, bolehkah kita menceroboh hak-hak mereka? Bolehkah kita menafikan bahasa rasmi mereka? Bagi Mat tidak boleh. Namun, realiti dan kelebihan penduduk asal Tanah Melayu ini sangat sinonim dengan Islam.

  9. KalimahRabbani says:

    akh zaki: artikel yg mantap!

    Kita hidup dan lahir dalam suasana dimana kita tertipu. tertipu yang kita ‘berkuasa’. sedangkan kalau di lihat suasana semasa, kekuasaan tidak berada di tgn kita. mcm budak kecil pakai lencana ‘polis’. bila kena piuh telinga balik rumah makan nasik juga.

    kalaulah Melayu (read Muslim waqi’) ni hebat, org akan berbondong2 masuk Islam. mungkin akan beratur kat JAKIM macam nk beli tiket concert (read : macam fathu makkah). tapi kalau kita lihat situasi muslim pada hari ni, Melayu muslim jauh dari menjadi syahadatul haq baik dari segi individu, keluarga, masyarakat dsb. dan dilihat juga, tiada usaha atau agenda tersusun oleh sesiapa untuk membina dan memperkasa muslim di Malaysia untuk menjadi qudwah hasanah. disinilah ISMA mengisi kekosongan tersebut.

    Kalau ada NGO lain yg boleh buat camni, keluarlah sekarang dan perkenalkan diri anda. kita pasti boleh bekerjasama!

    jzkk.ws.

  10. yim says:

    Ulasan artikel-Perjuangan memartabatkan bangsa fasa awal amal Islami. Sila klik link..
    Ulasan artikel perjuangan memartabatkan bangsaversi Isma

  11. zul says:

    http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2011/01/perjuangan-memartabatkan-bangsa-versi.html

    blog yang menolak pandangan Dr. Pandangan masing-masing tapi salah tetap salah

  12. pelik2yim says:

    salam saudara yim.ni ulasan saya atas pembacaan kedua-dua artikel…pertama menyeru melayu kembali kepada islam tak sama dengan memperjuangn islam hanya untuk melayu…kedua, apabila islam menjadi tujuan sesuatu bangsa, akhir sekali semua arahan adalah mengikut islam..islam menyuruh berdakwah kepada seluruh alam juga akhirnya..saya xnmpk kontra nye dari artikel dr zaki..saya rasa ini kaedah yg terbaik berbanding mahu menegakkan islam menggunakan kuasa semata-mata sampai jatuh menjatuhkan antara satu sama lain…sedangkan org am islam sendiri masih terperangkap dengan masalah sosial dan akidah yg masih bercelaru….launglah islam untuk semua dan sebagainya.tp praktikalnya masih belum nampak diterjemahkan untuk berdakwah kepada bukan islam,nmpknya hanya retorik semata..harap saudara jangan menggunakan hujah semata-mata mencari kesalahan orang lain.berilah ruang untuk dr zaki menerangkan mengapa dakwahnya mahu membangunkan jiwa2 melayu,kita ptt bersyukur kerana beban tugas berdakwah dimalaysia byk digalas oleh bermacam-macam jemaah.kalau saudara mahu mencari hujah salah jugak,saya syorkan sila buat buku dan blog untuk mematahkan hujah-hujah syiah malaysia yang semakin membimbangkan di malaysia..itu lagi prioriti dari mempersoalkn masalah cabang yang saudara ketengahkan itu.harap, saudara sendiri berusaha membersihkan anasir syiah yg sudah berada dalam jemaah pas sendiri….wallahualam

  13. abdul says:

    kebangkitan rakyat Tunisia menggulingkan kerajaan diktator . Apakah mereka tidak cintakan bangsa mereka sendiri yang merupakan pemimpin negara mereka?Kalau di Malaysia , orang Melayu lakukan tindakan yang sama kerana kerakusan pemimpin Melayu yang tidak berpegang kepada Islam , adakah ia tindakan yang salah?

  14. wah, org azhar komen :)

    apa yg dr. zaki tulis adalah 1 TEORI utk merungkaikan blok perpecahan yg berlaku di kalangan umat Islam yg terlalu ‘cair’ dalam politik sehinggakan tiada sepakat dalam perkara asas (menjaga kemaslahatan Islam) dn juga perkara utama yg lebih perlu difokuskan dalam Amal islami
    *belum masuk praktikalnya di malaysia :)

    cuba enta tanya pada dr “bagaimanakah perlaksanaan Perjuangan memartabatkan bangsa fasa awal amal Islami?”
    “BERMULA DGN FOKUS kita pada umat melayu islam kembali kepada jatidiri sebenar seorang muslim” bukankah ini adalah pembinaan fard muslim?
    *dan juga “umat islam mestilah mempunyai titik kesatuan pd perkara asasi yg tidak menggadaikan prinsip dan maslahat Islam itu sendiri”

    *artikel yg anda tulis lebih banyak meletakkan zhon, sebelum memahami apakah maksud sebenar yg ISMA sampaikan, bagaimana perlaksanaanya, kenapa melayu islam menjadi fokus dahulu, mengapa tidak bangsa lain? dan PALING PENTING ia tetap teori yg belum anda terjemahkan utk waqi’ sebenar di Malaysia (perpecahan politik,masalah jati diri masyarakat melayu dan sbgny)

    lebih elok berbincang drpd mengakui aku betul dan yg lain silap :)
    ayuh!!! martabatkan bangsa dgn Islam

  15. al-aslami says:

    Istilah-istilah yang dipakai saya rasa ia bersifat khusus dan tidak perlu untuk dibahaskan panjang lebar.Misalnya seruan “mari bina keluarga baik” adakah ia salah ? perlukah ditukar kepada,”mari jadi baik” dengan alasan seruan pertama menyeru kepada asobiyyah.

    Tiada masalah bila kita menyeru “umat Islam mestilah bersatu, bersepakat” dan kita mengkhususkan “Melayu sepakat, Islam berdaulat” kesepakatan bangsa itu menjadi asbab kepada kedaulatan Islam.Kebiasaan manusia yang tidak mahu berfikir, cirinya hanya membangkang.

  16. Seeking for The Truth says:

    dalam ISLAM xder politik ker?..huhu
    kalau dlm ISLAM xder politik..mcmner bole ada fiqh siasah?.
    dan kalau politik tu salah..mcmner ulama2 bole menjadi penaung dan penasihat kepada PAS?

    kalau kita ckp ulama tu salah…adalah kita ni lebih hebat ilmunya drp ulama?
    huhu…

  17. mesir says:

    ayoyo..
    orang cakap lain dia faham lain, memang tunggang terbalik lah huhu.. saya faham biasa jer, x de pun faham rasa hebat dari ulama..
    huhu..

  18. tarbiyah sepanjang hayat says:

    dlm Islam semua maklum mmg terdapat siyasah syariah islamiah, dlm al-Qur’an & hadith pun ada menceritakan, bahkan sirah rasulullah pun ada :)
    * dr zaki tidak langsung menafikan dlm pointnya.

    cumanya siyasah yg diamalkan oleh parti politik di malaysia……
    *semangatnya berpolitik sehingga diberi muka berlebihan kpd org kafir utk menjayakan agenda mrk
    *semangatnya berpolitik sehingga tak sedar yg kita hina,kutuk,buka aib,sebar fitnah adalah org Islam sendiri, sama aqidah dan tuhan
    *semangatnya berpolitik sampai berpuak-puak, saling menjatuhkan, saling menuduh dn sbgnya
    *semangat sangat berpolitik SEHINGGA NAK CAPAI SEPAKAT DALAM PERKARA KEMASLAHATAN ORG ISLAM tak kesampaian……

    inilah yg difahami pd seruan Islam pd parti politik,ahli politik,dn org yg hidup matinya politik
    ISMA menyeru kepada satu anjakan baru dalam minda umat Melayu agar keluar dari blok pemikiran politik semata-mata TETAPI membuat anjakan kepada agenda lebih besar dengan bersedia bersama kepada perkara yang membawa kebaikan kepada ISLAM dan umat Melayu.

    *alaslu dlm pembinaan peribadi individu sorg muslim ttg Islam bermula tarbiyah islamiyah bukan politik.

  19. wonder says:

    kepada

    tarbiyah sepanjang hayat says:
    January 27, 2011 at 10:46 pm
    dlm Islam semua maklum mmg terdapat siyasah syariah islamiah, dlm al-Qur’an & hadith pun ada menceritakan, bahkan sirah rasulullah pun ada
    * dr zaki tidak langsung menafikan dlm pointnya.
    cumanya siyasah yg diamalkan oleh parti politik di malaysia……
    *semangatnya berpolitik sehingga diberi muka berlebihan kpd org kafir utk menjayakan agenda mrk
    *semangatnya berpolitik sehingga tak sedar yg kita hina,kutuk,buka aib,sebar fitnah adalah org Islam sendiri, sama aqidah dan tuhan
    *semangatnya berpolitik sampai berpuak-puak, saling menjatuhkan, saling menuduh dn sbgnya
    *semangat sangat berpolitik SEHINGGA NAK CAPAI SEPAKAT DALAM PERKARA KEMASLAHATAN ORG ISLAM tak kesampaian……
    inilah yg difahami pd seruan Islam pd parti politik,ahli politik,dn org yg hidup matinya politik
    ISMA menyeru kepada satu anjakan baru dalam minda umat Melayu agar keluar dari blok pemikiran politik semata-mata TETAPI membuat anjakan kepada agenda lebih besar dengan bersedia bersama kepada perkara yang membawa kebaikan kepada ISLAM dan umat Melayu.
    *alaslu dlm pembinaan peribadi individu sorg muslim ttg Islam bermula tarbiyah islamiyah bukan politik.

    masalahnya sekarang org umno jelas tak nak islam, macam mana nak sepakat

  20. eddy says:

    Allah hu akbar 3x…..