|

Kuliah Selasa Asas-Asas Islam oleh Naib Presiden I ISMA

Umat Islam dijemput hadir ke Siri Kuliah Selasa oleh Naib Presiden I ISMA, Ustaz Haji Abdul Halim bin Abdullah bertempat di Masjid Paroi Jaya, Seremban, Negeri Sembilan. Kuliah ini akan berjalan setiap minggu selepas solat Maghrib dan membincangkan tajuk-tajuk daripada buku Asas-Asas Islam terbitan ISMA.

Semua muslimin dan muslimat, khususnya yang tinggal di kawasan berhampiran dijemput hadir untuk sama-sama mengutip mutiara hikmah daripada kuliah ilmu ini. Mereka yang berminat untuk mendapatkan buku Asas-Asas Islam di atas boleh menghubungi Setiausaha ISMA Seremban, Saudara Omar Kassim (019-6699630) atau Ketua Biro Dakwah ISMA Seremban, Ustaz Zamani Ibrahim (013-2287695) atau mengunjungi pejabat urusan ISMA Seremban.