|

JUMS’10 satukan mahasiswa dari serata Eropah

GLASGOW - Lebih 90 peserta dari seluruh United Kingdom, Ireland, Republik Czech serta German telah menyertai Jalinan Ukhuwah Musim Sejuk 2010 (JUMS’10) anjuran pihak Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Eropah pada 23 hingga 26 Disember 2010 yang lalu.

JUMS’10 yang bertemakan “Let’s Colour the Future” ini turut diserikan dengan kehadiran Presiden ISMA sendiri, al-Fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman serta Ketua Setiausaha Sekretariat Antarabangsa (SEKTAR) ISMA, Dr Kamsani Samingan.

“Aktiviti dan ceramah yang diadakan amat menarik dan memberi kesedaran kepada saya untuk berubah”, komen peserta terbaik JUMS’10, Fuad dari Cardiff.

Ustaz Abdullah Zaik ketika membentangkan hala tuju ISMA

Pengenalan dan juga penerangan mengenai ISMA serta hala tuju ISMA oleh Ustaz Abdullah Zaik nyata memberi gambaran kepada peserta apakah sebenarnya visi dan juga misi ISMA. Aktiviti luar yang dirancang pula memberi peluang kepada peserta untuk berkenal-kenal sesama sendiri disamping merasai keseronokan bermain salji.

“Golongan muda hari ini merupakan aset yang berharga untuk agama, bangsa dan juga negara, maka amat penting bakal pemimpin ini diisi dengan ruh kefahaman Islam bagi memandu negara pada masa hadapan”, menurut Ustaz Abdullah Zaik.

Khusyuk mendengar taklimat oleh kem komandan

Tema yang dipilih pada tahun ini menampakkan usaha pihak penganjur untuk melahirkan satu masa hadapan yang gemilang melalui masyarakat yang cemerlang baik dari segi ilmu mahupun sahsiah. Rata-rata peserta memberikan komen positif kepada pihak penganjur dan mengharapkan agar aktiviti seumpama ini mampu diadakan lagi pada masa hadapan.

Menjalin ukhuwah: salah satu daripada aktiviti luar yang dijalankan

Moga aktiviti seumpama ini mampu memberikan kesedaran kepada peserta dalam memahami erti sebenar kehidupan.

Sumber: Laman Web ISMA Eropah