Siswi Iskandariah hayati erti Aidil Adha
ISKANDARIAH, 15 November – Kira-kira 80 siswi al-Azhar daripada pelbagai jurusan berhimpun di Baitul Hikmah, Sporting di sini, dalam usaha menghidupkan sunnah 10 hari pertama bulan Zulhijjah.
Majlis Sambutan Ambang Aidil Adha 1431 Hijrah ini dimulakan majlis berbuka puasa dan bertakbir raya dianjurkan Unit Sukan dan Kebajikan ISMA-Mesir cawangan Iskandariah.
“Umat Islam perlu sentiasa menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang taat dan thiqah dengan arahan Allah sehingga kisah mereka menjadi sebutan dari ke akhir zaman.
“Kita mesti istiqamah dengan amalan sunnah sepanjang awal 10 hari Zulhijjah ini dan diteruskan untuk membentuk individu muslim yang sejahtera,” tegas Saudari Anis Shuhaila Binti Meor Shaharim ketika menyampaikan tazkirah di majlis tersebut.
Selain tazkirah, satu tayangan video “Ada Apa dengan AidilAdha” yang menyentuh hati hadirin dengan mesejnya yang mengajak menghayati erti pengorbanan.
Majlis yang berlangsung kira-kira dua jam itu berakhir pada jam 6.30 petang.

