Siapakah Umat Islam di Malaysia?
Timbalan Mufti Perak, Ustaz Zamri Hashim, menekankan bahawa kita ingin mengembalikan Melayu kepada landasan Islam. Satu ketika dulu, Melayu pernah kuat dengan Islam. Kita meletakkan sasaran dakwah kita kepada bangsa Melayu kerana Melayu umat majoriti di Malaysia.
Beliau yang juga merupakan Ketua Biro Dakwah ISMA Cawangan Perak berkata demikian dalam Forum Maal Hijrah: “Realiti Umat – Melayu Islamkah Kita?” yang dianjurkan bersama oleh Akademi Ikatan Muslimin (AIM), ISMA Perak, PEMBINA dan Masjid Jamek Idris Iskandar Shah 1.
Forum ini telah berlangsung pada 11 Disember 2010 di Masjid Jamek Idris Iskandar Shah 1, Sungai Rokam, Perak.
Sumber: Media ISMA

