|

Organisasi terancang menangani kelemahan, melonjak perubahan

BANGI – Kelemahan dalam pengurusan organisasi adalah perkara yang biasa dialami oleh kebanyakan organisasi. Antara faktor yang menyebabkan wujudnya keadaan ini adalah kerana tiada fokus dan perancangan yang baik di dalam organisasi.

Inilah yang telah dikupas oleh Puan Zaharah Johari, penceramah jemputan sempena  Program Perhimpunan Pimpinan Wanita ISMA Nasional (PIMPIN) 2010 anjuran Biro Wanita ISMA Pusat yang telah berlangsung di German-Malaysian Institute (GMI) bulan Oktober yang lepas

Tambah beliau lagi, dalam berorganisasi, kita tidak dapat lari daripada pelbagai cabaran samada organisasi tersebut besar atau kecil. Jika kita mahukan organisasi kita menjadi lebih baik, kita mestilah meletakkan perasaan takut kita kepada Allah dengan merasakan semua matlamat organisasi adalah amanah daripada Allah.

Kesediaan yang besar perlu bagi agenda yang besar. Apabila ahli di dalam sesebuah organisasi hanya melihat isu yang kecil-kecil sahaja, akhirnya akan menimbulkan rasa tidak penting akan tanggungjawab yang dipikul.

Adalah sesuatu yang menyedihkan jika ahli hanya menjadi unsur yang berasingan dan tidak mempunyai kaitan dengan organisasi. Ukhuwwah antara Ansar dan Muhajirin haruslah diteladani. Jika tidak, organisasi hanya akan menjadi organisasi yang menjalankan program sahaja sedangkan apa yang kita ingin capai adalah syurga Allah.

Komunikasi yang berkesan juga amat penting. Pengurusan sumber manusia dengan baik adalah organisasi yang dapat mengenal pasti setiap kepakaran ahli. Turut tidak dilupakan penghargaan dan penghormatan yang boleh meningkatkan prestasi ahli.

Wartawan: Noor Kamaliah Shahariah
Jurufoto: Siti Farhana Fathy

1 Komen untuk entri “Organisasi terancang menangani kelemahan, melonjak perubahan”

  1. Lelaki Melayu Islam Nogori says:

    Selamat berjuang Wanita ISMA !