|

Kem Perkasa uji kelasakan ahli-ahli NAZIM Perak

GOPENG, 5 Disember – Seramai 25 peserta dari kalangan anak-anak ISMA Perak telah mencabar diri menghadiri Kem Perkasa NAZIM 2010 yang merupakan acara kemuncak NAZIM tahun ini.

Kem ini merupakan program paling lasak dalam sejarah NAZIM Perak sejak mula beroperasi beberapa tahun lepas. Tidak kira lelaki atau perempuan semuanya perlu menjalani 3 hari 2 malam yang sangat mencabar ini tanpa alasan mahupun keluhan.

Di samping kelasakan aktiviti yang dijalankan, aspek rohani juga diutamakan. Mereka perlu menghafal wajibat hadis ringkas dan menyempurnakan tilawah Al-Quran. Peserta juga tidak kontang daripada pengisian jiwa dengan beberapa siri tazkirah, qiamullail, ma’thurat dan lain-lain.

“Ukhuwwah teras kegemilangan!” Aspek ini menjadi satu kemestian untuk diberi penekanan dalam setiap aktiviti dalam kehidupan, apatah lagi sewaktu program-program sebegini.

Semoga mereka menjadi Simba dan Jasmin seperti yang kita idam-idamkan saban hari. Ya Allah, jadikanlah mereka saff generasi harapan untuk mendaulatkan Islam di Malaysia ini pada msa akan datang.

Sumber: Blog ISMA Perak