ISMA bersama JAIS dekati warga industri tempatan
SABAK BERNAM, 14 November – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Shah Alam & Klang dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mendekati warga industri melalui program Khemah Ibadah di Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS).
Program yang berlangsung selama dua hari bermula 13 November ini disertai oleh 42 orang warga kerja Panasonic Electronic Devices Malaysia Sdn. Bhd. (PEDMA).
Objektif program ini lebih menekankan kepada memperbaiki ibadah solat samada secara teori mahupun praktikal yang dibimbing oleh wakil daripada penggerak ISMA SAK diketuai oleh Ustaz Rizal Sabran.
Pengerusi Badan Kebajikan Islam PEDMA memuji perlaksanaan program ini yang dianggap paling baik pernah disertai mereka sepanjang kerjasama yang dijalankan bersama JAIS.
Beliau seterusnya melahirkan harapan untuk meneruskan kerjasama ini untuk program-program yang akan datang.
Pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan sepanjang program seperti pengisian ilmiah, penerangan teori secara interaktif (video), ujian bacaan rukun di dalam solat secara individu oleh fasilitator, qiamulail serta senamrobik.
Sumber: Laman Web ISMA Shah Alam & Klang


