ISMA Auckland menyambut Aidiladha dengan meriah
Auckland, 16 November – Bersempena dengan tarikh 9 Zulhijjah 1431 Hijrah, Ikatan Muslimin Malaysia-New Zealand, cawangan Auckland menganjurkan satu majlis iftar dengan kerjasama kelab postgraduate Auckland, MAPSA bertempat di iSpace dalam meraikan ibadah puasa sunat dan juga sambutan Aidiladha.
Bertemakan “Aidiladha”, majlis bermula kira-kira 30 minit sebelum Maghrib dengan bacaan Al-Mathurat. Seterusnya majlis diwarnai dengan takbir sejurus selesai solat Maghrib berjemaah dan perkongsian ilmu berkaitan dengan takbir raya juga telah disampaikan oleh ahli ISMA NZ iaitu Wan Khairul Nizam dengan membawa pengolahan maksud yang terdapat pada takbir raya itu sendiri.
Pihak ISMA New Zealand komited dalam menyampaikan dan mengajak pelajar-pelajar terutamanya dalam memperingati makna sebenar hari raya itu sendiri selain daripada kesedaran dalam menjalani ibadah sunat yang amat digalakkan seperti berpuasa pada 9 Zulhijah sempena dengan hari wukuf tetamu Allah di Arafah. Oleh yang demikian, pada masa hadapan, ISMA NZ akan menganjurkan program mahupun majlis yang penuh bermanfaat dalam mendidik peribadi muslim menjadi seorang mukmin yang berjaya.
Sumber: Laman Web ISMA-New Zealand


