ISMA Alor Setar berkongsi penderitaan mangsa banjir
Alor Setar, 19 November – ISMA Cawangan Alor Setar meringankan sedikit beban mangsa banjir khususnya penduduk kampung sekitar Taman Pulai Jaya dengan mengagihkan daging sempena Program Korban 2010 di sini.
Sebanyak lima ekor lembu dikorbankan dalam program yang dianjurkan dengan kerjasama Surau Al-Ridhuan dan penduduk Taman Pulai Jaya berlangsung diperkarangan surau.
Kesungguhan peserta program untuk membantu saudara mereka yang ditimpa kesusahan dizahirkan dengan kehadiran seawal jam 8.00 pagi bergotong-royong meyembelih, melapah, mengagihkan dan memasak daging korban.
Menurut Ustaz Abdul Fisol b. Mohd Isa selain mengagihkan daging korban, program ini juga bertujuan mempereratkan hubungan silaturrahim antara penduduk dengan ahli ISMA.
Ketua Biro Pembangunan Sumber Manusia ISMA Cawangan Alor Setar itu seterusnya berkata program ini amat bertepatan dengan hakikat ibadah korban tu sendiri iaitu mengorbankan harta milik sendiri untuk diberikan kepada yang lebih memerlukan.
Sumber: Blog ISMA Kedah


