Islam Bawa Gelombang Baru, Satukan Bangsa Atas Nama Islam
Timbalan Mufti Perak, Ustaz Zamri Hashim, menyatakan bahawa gelombang baru perlu dicetuskan supaya umat Islam Melayu dapat bersatu tentang soal ‘survival’ Islam di Malaysia. Agama dan aqidah merentasi segala-galanya, Melayu mesti bersatu atas dasar agama.
Beliau yang juga merupakan Ketua Biro Dakwah ISMA Cawangan Perak berkata demikian dalam Forum Maal Hijrah: “Realiti Umat – Melayu Islamkah Kita?” yang dianjurkan bersama oleh Akademi Ikatan Muslimin (AIM), ISMA Perak, PEMBINA dan Masjid Jamek Idris Iskandar Shah 1.
Forum ini telah berlangsung pada 11 Disember 2010 di Masjid Jamek Idris Iskandar Shah 1, Sungai Rokam, Perak.
Sumber: Media ISMA

