Seminar “E & E” di Cardiff dan Oxford bina kesedaran
OXFORD, 31 Oktober – Seminar “Explore a History” dan “Endeavour the Journey” atau singkatannya “E & E” telah dianjurkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Eropah bahagian Selatan UK di dua tempat berbeza, Oxford dan Cardiff sepanjang bulan Oktober.
Menampilkan Sdr Khair Razlan Othman, mahasiswa PhD dalam bidang Biomedical di Oxford University merangkap Ketua Biro Pembangunan Insan ISMA Eropah sebagai pembentang seminar, seramai 12 orang telah hadir di Cardiff manakala 18 orang di Oxford.
Seminar ini merupakan satu seminar yang membentangkan realiti sejarah daripada perspektif yang jauh berbeza serta menyegarkan. Seminar ini ternyata mencabar keupayaan serta kritikaliti para peserta dalam memahami beberapa aspek sejarah yang mungkin telah dikesampingkan secara tidak sengaja sebelum ini.
Saudara Khair Razlan Othman, daripada Biro Pembangunan Insan ISMA Eropah.
Bermula dengan hadis logam, para peserta kesemuanya dibawa untuk menelusuri jatuh bangun serta keagungan Islam pada masa lalu. Bahkan para peserta didedahkan dengan pelbagai macam pendekatan dakwah yang berbeza. Seminar diakhiri dengan pengenalan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Eropah sebagai wadah untuk membina jati diri Melayu Muslim daripada pelbagai macam aspek.
Seminar diakhiri dengan kesepakatan bahawa para peserta kesemuanya bersetuju dengan pendekatan membina personaliti muslim secara kolektif berdasarkan formula kejayaan Islam sebelum ini.
Sumber: Laman Web ISMA Eropah


