|

Projek Qurban Aman Palestin kumpul lebih RM400,000

Keprihatinan rakyat di negara ini dalam membantu golongan yang memerlukan sememangnya diakui. Hal ini dapat dilihat melalui Projek Sedekah Qurban di Gaza anjuran Aman Palestin Berhad di mana jumlah sumbangan yang terkumpul sehingga kini sudah melebihi RM 400,000. Sumbangan ini akan digunakan untuk membeli haiwan kurban yang akan disembelih sempena Hari Raya Aidil Adha untuk diagihkan kepada rakyat Palestin.

Tahniah kepada semua pihak yang telah menyahut seruan mulia untuk membantu saudara-saudara seaqidah di bumi Berkat ini. Sebagaimana kata-kata Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi: “Saya berpendapat membantu saudara kita di Palestin bukanlah sedekah sunat, bahkan ianya kefarduan yang wajib dan tugas yang mesti dilaksanakan ke atas ummah.”