|

Perkhemahan ISMA Zon Timur bina rohani dan jasadi

Kuantan, 6 November Seramai 36 orang ahli ISMA daripada Pahang, Terengganu dan Kelantan telah berkumpul di Kem Desa Cempaka (KDC), Pantai Sepat, Kuantan, Pahang bagi menjayakan Perkhemahan ISMA Zon Timur yang merupakan salah satu program tahunan ISMA di sini.

Beberapa aktiviti berbentuk pembangunan rohani dan jasadi telah diterapkan kepada semua peserta.

Ustaz Hj Nik Abd Rahim Bin Hj Nik Abdul Aziz ketika menyampaikan slot bertajuk “seni tajmi’”

Isu bangsa Melayu Muslim turut dibincangkan secara khusus agar semua peserta dapat memahami situasi sebenar yang dihadapi oleh masyarakat Muslim Melayu kini. Semoga program seperti ini dapat membina keimanan dan ketaatan diri kepada Allah serta merapatkan lagi hubungan antara ahli-ahli ISMA Zon Timur.

Sumber: Laman Web ISMA Kelantan