KRIM Kepala Batas laksanakan ODT di SMK Dato’ Lela Pahlawan
Peserta sedang melakukan aktiviti Amali Pergerakan Solat
Padang Serai, 31 Oktober – Kelab Ramaja ISMA (KRIM) Cawangan Kepala Batas telah diundang oleh SMK Dato’ Lela Pahlawan, Padang Serai, Kedah bagi mengendalikan program Online Dengan Tuhan (ODT). Ini adalah kali pertama KRIM Kepala Batas menjalankan program di sekolah tersebut.
Program yang diadakan di Surau Al-Husna tersebut dihadiri oleh 150 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan tiga dan empat. ODT dimulakan dengan taklimat pengenalan KRIM oleh Pengarah KRIM Kepala Batas, Budiyanto bin Unggun. Slot berikutnya adalah ceramah ‘Online Dengan Tuhan’ yang juga disampaikan oleh beliau. Ceramah ini banyak memberi penekanan dan penegasan kepentingan mengerjakan solat.
Selepas rehat, para pelajar menjalani sesi bengkel bersama fasilitator. Bengkel ODT memberi fokus kepada aspek bacaan dan pergerakan dalam solat. Para pelajar akan diuji bacaan mereka oleh fasilitator. Aspek bacaan ini amat dititikberatkan di dalam semua program ODT bagi memastikan semua bacaan yang dibaca sepanjang solat adalah betul dan tepat. Sesi bengkel diakhiri dengan amali pergerakan solat secara beramai-ramai yang diasingkan pelajar lelaki dan perempuan.
Saudara Budiyanto menerima cenderahati daripada Ustaz Ishak, guru SMK Dato’ Lela Pahlawan
Pada majlis penutup, Pengarah KRIM Kepala Batas sekali lagi menegaskan kepada pelajar agar tidak mengabaikan solat dan melaksanakannya dengan penuh bersungguh-sungguh. Menjadi harapan KRIM Kepala Batas program ODT ini memberikan kesan yang positif kepada semua pelajar SMK Dato’ Lela Pahlawan.
Sumber: Blog KRIM Pulau Pinang


tahniah, KRIM Kepala Batas! Teruskan perjuangan, moga menjadi contoh buat semua cawangan. Rata-rata masih ramai pelajar sekolah yang tidak menjaga solat, bahkan tidak mengerjakan solat tatkala jahil,pengaruh luaran,kurang kesedaran dan sebagainya.