KRIM Terengganu anjur Kem Perkasa Remaja Muslim SMK Manir
Setiu, 30 Oktober – Alhamdulillah, buat julung-julung kalinya, KRIM Terengganu telah membuat penampilan di Taman Rekreasi Pantai Merang dalam penganjuran Kem Perkasa Remaja Muslim SMK Manir. Program khas untuk pelajar Tingkatan 3 ini melibatkan seramai 25 peserta lelaki dan 28 peserta perempuan.
Antara aktivit-aktiviti yang telah diadakan pada kem kali ini adalah Ice Breaking, Mini Explorace, Rehat Minda, Escape Pod, Festival Filem Pendek, dan Dadu Hikmat. Bagi Festival Filem Pendek, pertama kali diperkenalkan dalam modul KRIM Terengganu, tema filem kali ini adalah ‘Gaza: Antara Aku dan Mereka’ dilihat berjaya menyerlahkan sisi prihatin dan rasa bertanggungjawab dalam diri peserta. Rata-rata peserta kurang mengetahui isu-isu di Gaza dan Palestin, namun selepas aktiviti ini dijalankan, sedikit sebanyak memberi pengetahuan dan pendedahan kepada mereka.
Secara keseluruhannya, Kem Perkasa Remaja Muslim di Merang ini merupakan satu pengalaman baru yang menyeronokkan bagi tim KRIM Terengganu. Interaksi dengan peserta yang mempunyai pelbagai latarbelakang adalah satu landasan terbaik untuk KRIM Terengganu menerobos sempadan remaja.
Peserta terbaik lelaki sepanjang kem, Alim Afifi b Mohd manakala Nur Hanisah bt Zaki bagi peserta perempuan. Sekali lagi, pihak KRIM Terengganu mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada barisan guru SMK Manir yang turut bersama sepanjang kem, terutamanya kepada Ustaz Shaikh Sabri yang menjadi pemudah cara bagi kem kali ini.
Pengukur kejayaan sesebuah penganjuran kem mahupun aktiviti bukanlah terletak pada keseronokan, hilai tawa, dan santai semata-mata. Bagi kami, apa yang dapat dibawa pulang oleh para peserta, dari segi perkasa akhlak dan peribadi lebih utama. Pesan kami buat adik-adik yang dikasihi, sentiasa beri peluang kepada diri sendiri untuk menjadi insan yang lebih baik dan sentiasa berusaha memajukan diri.
Sumber: Blog KRIM Terengganu
![SNC01418 [kprm]](http://krimterengganu.files.wordpress.com/2010/11/snc01418-kprm.jpg?w=300&h=225)

