|

Kekuatan politik di negara ini terletak di tangan orang Melayu

Bandar Baru Bangi, 15 November – Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman hari ini menyokong pandangan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata bahawa kekuatan politik di negara ini terletak di tangan orang Melayu, menurut laporan yang dipetik daripada Bernama beberapa hari yang lepas.

Dalam ucapannya ketika merasmikan Seminar PAS Ganti UMNO di Shah Alam itu, Datuk Seri Abdul Hadi menyeru ahli-ahli PAS supaya berusaha meningkatkan sokongan orang Melayu, termasuk di kalangan mereka yang bukan ahli atau penyokong PAS jika ingin menguasai pemerintahan negara.

Kenyataan ini sememangnya selari dengan seruan yang telah dikemukakan oleh ISMA berkait dengan kedudukan dan kuasa bangsa Melayu sebagai kelompok majoriti di negara ini.

Justeru itu menurut Ustaz Abdullah Zaik, PAS sepatutnya berusaha menjaga hati orang Melayu/Islam lebih daripada orang bukan Islam sejajar dengan tuntutan syarak.

“Kita memberi pandangan atas dasar kasih sayang kepada PAS. Orang PAS diharap tidak ambil hati sekiranya pandangan saya menyentuh sedikit dasar-dasar tertentu PAS, sebaliknya perlu membaca maksud di sebalik pandangan kita. Kita mahu membina bukannya meruntuh,” ujar Ustaz Abdullah Zaik lagi.

Menurut Ustaz Mohd Hazizi Abdul Rahman yang merupakan ahli Jawatankuasa Pusat ISMA pula, jelas daripada kata-kata Datuk Seri Abdul Hadi itu bahawa kekuatan politik mana-mana parti di negara ini, baik PAS, UMNO mahupun lain-lain parti,  sangat bergantung kepada undi orang Melayu yang merupakan kaum majoriti.

“Walau bagaimanapun, kekuatan politik yang dimaksudkan di sini adalah dalam konteks undi orang Melayu. Pendek kata ia masih lagi dalam skop politik kepartian di mana semuanya berkisar tentang isu hendak menang dalam pilihanraya sahaja.”

Sepatutnya isu utama yang perlu diperjuangkan oleh parti-parti Melayu/Islam ialah bagaimana hendak memenangkan Islam atau memaksakan kehendak Islam ke atas semua warga Malaysia, tegas Ustaz Mohd Hazizi.

Oleh: Mohd Firdaus Sabturani
Ketua Pengarang
Media ISMA

3 Komen untuk entri “Kekuatan politik di negara ini terletak di tangan orang Melayu”

  1. PAS tiada agenda yang kuat bagi maksud mengukuhkan imej ISLAM. Yang alim tentang ISLAM dalam PAS hanya pimpinan tertinggi dan para asatizah lepasan timur tengah , ahli-ahlinya yang lain hanya ada kefahaman ISLAM sama level dengan kefahaman ISLAM yang ada pada ahli-ahli UMNO. bezanya orang PAS hanya tumpu tanggungjawab kepada ahli PAS, ahli UMNO bercampur dengan semua ( termasuk yang jadi menteri ). sepatutnya sebagai jenama yang mewakili / meminjam nama ISLAM , PAS perlu terbuka. bukan sekadar terbuka dari sudut menghadiri majlis-majlis PAS, tapi juga terbuka menerima pandangan orang ISLAM lain yang tiada kepentingan dengan PAS. sebabnya orang ramai akan menghadapi masalah identiti jika pandangannya tidak sama dengan PAS ( sebab pas dah ambik dulu nama ISLAM dan menjadikan nama ISLAM milik mereka) ini satu bentuk gharar.
    Jika PAS memilikan nama ISLAM untuk parti mereka dan ahli-ahli mereka sahaja, ini sebenarnya satu penindasan dan kezaliman yang dibuat oleh parti PAS terhadap umat ISLAM di MALAYSIA. bayangkan jika keadaan ini berterusan ??????? persoalannya adakah kami yang bukan dari parti PAS tidak berhak untuk menggunakan nama ISLAM? ataukah kami hanya perlu tunggu hingga DAULAH ISLAMIAH PAS tertegak ? yang mungkin hanya termakbul selepas 1000 tahun ? umur kami pun tak sampai seratus tahun.!!!! keadaan sekarang seolah-olahnya selagi tiada nama dalam PAS maka tiada hak nak guna nama ISLAM. itu ke SUNNAH NABI MUHAMMAD SAW?

  2. ahmad says:

    salam…
    boleh tak bagi link mengenai statement yg dikeluarkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang..
    syukran