Kaji semula cadangan jadikan Malaysia sebagai hab hiburan – Ustaz Azizee
SEREMBAN - Kerajaan perlu kaji semula cadangan untuk menjadikan negara ini sebagai hab hiburan.
Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Seremban, Ustaz Mohd Azizee Hassan berkata, cadangan itu sesuatu yang tidak tepat memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara Islam disegani dunia luar.
“Jika benar kita mahu menarik lebih ramai pelancong datang ke negara ini, tidak perlulah kita membuat tarikan sebegitu.
“Ini kerana, sudah pasti banyak gejala buruk akan berlaku. Lebih elok cadangan tersebut dibincangkan dan dikaji lebih mendalam sebelum ianya dilaksanakan,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.
Mohd Azizee berkata, terdapat banyak cara lain boleh menjadikan Malaysia sebagai negara terkenal.
“Tidak semestinya Malaysia perlu menjadi seperti Hollywood atau Bollywood. Dengan identiti kita sendiri, sudah mampu menjadikan Malaysia sebagai negara unik.
“Malah, saya yakin dengan sifat ketimuran kita sendiri sudah mampu menarik lebih ramai pelancong datang ke sini,” katanya.
Sumber: Sinar Harian



hidup ust azizee !