|

Biro Dakwah ISMA anjur Program Ibadah Qurban di Pulau Pinang

Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Dakwah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) akan menganjurkan Program Ibadah Qurban 1431H dengan kerjasama penduduk Kampung Sungai Buaya, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Harga bagi satu bahagian ialah RM380.

Justeru itu, umat Islam yang berminat dialu-alukan untuk mengambil bahagian dalam program ini. Sila hubungi Ustaz Nadzri (019-2310935) atau Pejabat ISMA Pusat (03-89261520).

Bayaran boleh dimasukkan melalui akaun Maybank bernombor 562218201823 atas nama Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia.