Adakah salah menyuruh orang Melayu sembahyang dan berakhlak mulia?
Saban hari kita mendengar pelbagai perumpamaan atau peribahasa yang menggambarkan keburukan bangsa Melayu. Antaranya janji Melayu, waktu Melayu, budak Melayu, niaga Melayu dan berbagai perumpamaan lagi. Ianya seolah-olah menggambarkan bangsa Melayu buruk dalam semua sifat dan perilaku walaupun ianya tidak melibatkan semua bangsa Melayu tetapi ianya menjadi perumpamaan yang popular dan dipertuturkan oleh kebanyakan orang.
Amat malang ianya menjadi perbualan di kalangan orang Melayu sendiri, seolah-olah orang Melayu memburukkan bangsanya sendiri. Adakah bangsa Melayu jijik dan tidak bertamadun dari dulu hingga sekarang? Apakah kesudahan dengan bangsa Melayu? Walaupun gambaran sebenar tidaklah seburuk sebagaimana yang diperkatakan. Akhirnya apakah kesudahannya? Menyerah dengan suasana yang ada tanpa ada sebarang pembelaan dan pemulihan?
Fakta sejarah silam membuktikan bangsa Melayu pernah cemerlang, gemilang dan terbilang. Bangsa Melayu memerintah Kepulauan Nusantara. Kesultanan Islam Melayu Melaka pernah mencapai kegemilangan dalam pelbagai bidang. Kerajaan Islam Melayu Melaka pernah mengendalikan 2000 buah kapal dagang sehari di pelabuhannya sebagaimana kerajaan Singapura sekarang ini. Bangsa Melayu dulu pernah menguasai 84 bahasa di zaman kegemilangan Kesultanan Islam Melayu Melaka. Banyak lagi… dan banyak lagi.
Persoalan penting ingin diutarakan kali ini ialah, adakah salah untuk mana-mana individu atau NGO yang ingin membina semula bangsa Melayu kembali kepada kegemilangan berpandukan Islam sedangkan kegemilangan dulu adalah kerana ajaran agamanya. Mereka mendakwa NGO ini telah menghidupkan semula asobiah jahiliyah yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w. Adakah dikira sebagai asobiah jahiliyah yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w. apabila kita ingin membangunkan bangsa Melayu dengan menghayati akhlak Islam. Kita tidak menyekat bangsa lain untuk menganut dan menghayati Islam bahkan menyeru mereka kepada Islam. Mereka juga adalah saudara kita dalam Islam kerana persaudaraan kita tanpa mengira bangsa, warna dan kulit.
Adakah dikira asobiah jahiliyah jika kita menyeru bangsa Melayu kembali menunaikan tuntutan agama, amanah dalam berniaga, menepati janji dan berakhlak mulia? Atau dalam bahasa orang kampung adakah salah kita mengajak orang Melayu tunaikan sembahyang?
“MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT”
Oleh: Ustaz Sharipuddin Abd. Kadir
Yang Dipertua ISMA Kelantan
Sumber: Laman Web ISMA Kelantan


salam,
Rindu dgn wajah org dari serambi mekah… betullah tu.. rumah sendiri kenalah utamakan rumah sendiri dulu..lebih-lebah lagi kalu rumah sendiri masih “miskin” dlm banyak hal…
Saya suka artikel macam ini. Ringkas dan padat, dapat manfaat berlipat. Baca seminit dah habis. ^_^
“khairul kalam ma qalla wa dalla”
Menolong kaum sendiri bukan Asobiyah.. tonton http://www.youtube.com/watch?v=PDmQsoaRju0
Memang tak salah saya rasa…tapi dimana unsur kesejagatan yang menjadi matlamat utama pergerakan dakwah yang mengikuti cara dakwah alamiah…sebagaimana yg diunsurkan dlm majmul rasail…iaitu…tidak salah laungan ke arah mesir, arab, timur (dengan syarat bersama olahan Islam)…tapi matlamat akhir yg patut juga kita laungkan adalah kesejagatan ummat manusia (bukan semata islam) yg dimaksudkan dalam ayatul quran dan hadis nabi….Ini bukan persoalan nak mula dimana dulu…saya fahamlah kalau nak mula dengan rumah sendiri… no problem… tapi ini berkaitan syiar…Itulah laungan sepatutnya satu gerakan yang bersifat alami…Wllhm….
Jkk. Ust Din.. teruskan menulis.
Antara ciri-ciri gerakan Islam adalah ; “Waiqiiyyah Jiddiah” , maka memahami realiti Malaysia dan bangsa Melayu adalah asas membuat perubahan… Kita ingin menegakkan Islam di Malaysia dan bangsa majoriti yang menganut Islam adalah Melayu.
Syarat utama Islam dapat ditegakkan ialah umat Islam ini bersatu, bekasih sayang dan saling tolong menolong sesama mereka bagi mengembalikann identiti Islam tulen sebagaimana generasi sahabat r.a.. Selagi umat Islam khususnya bangsa Melayu tidak bersatu sebagaimana bersatunya kaum Aus dan Khazraj dan berkasih sayang antara mereka seperti Muhajirin dan al-Ansor maka kemenangan Islam masih jauh. Inilah strategi ISMA yang difahami daripada seerah perjuangan nabi s.a.w.
Oleh itu apa sahaja perjuangan Islam dan manhajnya tetapi tidak menjurus kepada kesatuan hati dikalangan ummah, apatah lagi menjadikan memburuk-burukkan orang lain sebagai bahan dakwah mereka; ia adalah metodologi yang tidak mengikut sunnatullah.
“Jiddiah” pula mewajibkan gerakan Islam mengemukan solusi yang tepat bagi menyelesaikan kemelut yang menimpa bangsa Melayu. Realiti hari ini bangsa Melayu tidak merasa bertanggungjawab menjadi murabbi bagi mendidik diri mereka dan keluarga mereka agar kembali menghayati identiti para sahabat.. apatah lagi untuk menyeru bangsa-bangsa lain.
Oleh itu fokus “khitab” atau seruan kepada bangsa Melayu adalah fokus fasa ini yang menjadi fokus nabi juga semasa permulaan dakwahnya. Nabi s.a.w. secara sedar menyeru kaum-kaum Arab dengan menyebut nama-nama kabilah mereka.
Al-Quran juga menggunakan uslub yang sama; wahai bani Israil, wahai anak-anak Adam, wahai manusia, wahai orang-orang beriman…
Apabila ISMA menyeru wahai bangsa Melayu ! bangkitlah, kamu adalah pendokong risalah islam di Malaysia jika kamu tidak memahami, menghayati dan menyampaikan kamu dianggap menyembunyikan Islam yang diamanahkan Allah kepada kamu untuk menyampaikannya.
walaupun Ustaziatul `Alam menjadi matlamat akhir gerakan Islam matlamat tersebut perlu diasaskan kepada terlaksannya tertib-tertib amal yang telah digariskan.
Arus Libralisma di Malaysia cuba melenyapkan identiti Islam dalam bangsa Melayu dengan slogan Malaysian Malaysia dan Bangsa Malaysia dengan meminimakan implimentasi penghayatan Islam kepada syiar-syiar semata-mata.
Adapun isu `alamiyyah’ atau sejagat ia adalah ciri-ciri Islam itu sendiri yang bersifat sejagat yang sesuai kepada semua bangsa, bahasa, keturunan dan generasi tidak seperti ajaran nabi-nabi terdahulu yang hanya diutuskan khusus kepada kaumnya sahaja.
Namun setiap kaum, bangsa wajib memulakan dakwah kepada kaum dan bangsanya kerana kesatuan bahasa… Tidak dinafikan bahawa perlu dilakukan usaha untuk mengIslamkan bangsa-bangsa lain tetapi gerakan Islam perlulah lihat kekuatan dan tenaga yang ada..
Sekiranya telah wujud institusi yang berusaha untuk mengislamakan masyarakat bukan Melayu seperti PERKIM, Jabatan2 Agama Islam, JAKIM dan sebagainya maka sikap gerakan Islam adalah memberi pertolongan sekadar termampu.
Matlamat membawa Rahmat Islam Keseluruh dunia akan tercapai apabila Islam menjadi Ustaziah al-Alam, matlamat ini akan tercapai setelah Khalifah Islam dikembalikan di dunia Islam, sebelum itu negara-negara Islam perlu dikembalikan kepada sistem Islam dan yang menjadi asas sesebuah negara diperintah oleh Islam ialah wujudnya masyarakat Islam yang mengimplimentasi 100% akhlak, adat, budaya dan sistem Islam dalam muamalat sesama ahli masyarakat.
Oleh kerana ahli masyarakat adalah gabungan sistem kekeluargaan Islam maka mewujudkan dan mengembalikan semua keluarga2 Islam di Malaysia agar melaksanakan tanggungjawab khalifah Islam dalam keluarga adalah satu sasaran dakwah dan ia hanya wujud apabila wujud identiti Islam yang hidup dibawah naungan al-Quran.
Inilah manhaj dan metodologi dakwah ISMA. Oleh kerana ahli ISMA majoritinya Melayu maka fokus utama ISMA adalah mengembalikan jatidiri Melayu agar menjadi Islam tulen.
Inilah implimentasi kepada ciri pertama gerakan Islam ” Waqiiyyah Jiddiah”.
Wassalam
kita buat apa yang perlu dibuat. tak payah layan usikan-usikan lain yang hanya sekadar ingin menguji.
kita pakat buat…biarlah amal yang menjawab siapa kita. selamat beramal
Sebelum kita mengatakan ttg asabiyah, kita perlu tahu dulu apa itu asabiyah.
Rasulullah s.a.w. pernah ditanya oleh Wathilah bin al-Asqa’: Wahai Rasulullah! Apakah kecintaan kami kepada kaum itu dikatakan al-asabiah? Sabda baginda: Tidak, sebaliknya asabiah itu ialah apabila kamu menolong kaummu atas kezaliman (hadis Hasan riwayat Abu Dawud). Jadi, kita tgk kat sini, menyeru org2 Melayu supaya kembali kpd Al-Quran dan As-Sunnah mmg x salah. Menjaga kepentingan org Melayu juga x salah, asalkan tidak menyebabkan kezaliman ke atas bangsa yg lain. Diharap, masyarakat tidak membuta-tuli menggunakan istilah asabiyah ni. Jzkk atas artikel ini, semoga ia membuka mata dan bermanfaat. Wallahualam
Selogan saya ialah
“MELAYU MULIA KERANA ISLAM”
hidup melayu..tp semasa zaman kegemilangan kesultanan Islam dkt melaka, diorg berjaya atas dasar melayu jugak ye? boleh bg pencerahan, saya nak pupuk rase izzah dkt melayu ni..melayu terbaik!
Saya bersetuju juga jika ISMA jd kan ketuanan melayu sebagai strategi dakwah… x ada salahpun, cuma sy musykil ialah ISMA begitu ghairah mengkritik parti poltik yg x sehaluan dlm strategi tersebut. seolah-olah ISMA nak jdkan UMNO rakan kongsi… yer ke?
ini bukan isu sapa kritik siapa….
ini bukan isu nak cari salah siapa….
tp isu kita sesama muslim menjaga batas pertembungan antara kita sehingga boleh menjatuhkan maruah, akhlak bahkan penguasaan Islam di Malaysia ini….
ini adalah 1 solusi ISMA untuk kecamuk politik yg berlaku hari ini
muslim menghina muslim lain…
muslim tak sepakat dlm isu aqidah…
muslim tak berusaha bertemu pd 1 titik persamaan….
mmg 1 nak bawa kpd Islam dan 1 lagi sekular…..
tp dua2 muslim
mungkin kita boleh melihat pd persamaan kita di Malaysia dgn IM di mesir, parti islamik turki, PKS di Indonesia dn beberapa negara lain yg berlaku pertembungan antara islamik dan sekular.
K0NSEP DAN DISIPLIN ORGANISASI ISLAM. ( dlm akhlak pemimpin, tahalluf siasi, titik kesamaan sbg muslim)
*solusi asas ISMA “MEMBINA GENERASI HARAPAN”…
1 surat khabar pro nasionalis, lg satu penuh dgn hentaman, kutukan lebih drpd apa yg sepatutnya ISLAM jelmakan ( dahulu seorg peminat surat khabar lg satu, tp setelah 5 tahun baca tak larat dah ……
pada pandangan saya isma x prlu terlibat dalam mengkritik parti politik, kerana isma berperanan sbagai pendakwah. jadi adalah lbh baik fokus pada dakwah. tambah pula kalau tersilap mmbuat kritikn akan memberi ksan negatif pada isma sendiri. kalau ada masalah peribadi lebih baik buat blog sendiri n kritik sendiri bukan atas nama isma.tq
Mat menghormati pandangan arif, untuk menjaga nama baik ISMA dan pendakwah. Namun Mat mencadangkan agar ISMA terus memberi pendapat dan kritikan yang benar bagi membaiki keadaan politik ‘kepartian’. Ini kerana politik ‘kepartian’ juga masalah ummah yang perlu diberi perhatian.
Ummat di Malaysia kini celaru dan hampir menggadaikan ‘sumber kekuatan Islam utama di Malaysia’ dan hampir melupakan ‘saudara mara terdekatnya’ dek kerana politik kepartian. Namun, berhati-hati dan kritiklah dalam akhlak. Mat puji ISMA kerana buat masa ni tidak berat sebelah. PKR atau BN kedua-duanya diberi pendapat dan saranan. Hati-hati, jangan sampai terberat sebelah pada masa hadapan.
Assalamualaikum
saye ingin bertanye sebagai orang muslim rakyat sesebuah negara perlukah saye menegur pemimpin yg ngaku islam supaye mengamalkan pemerintahan ikut islam seperti zaman kulafah ar-rashidin sahabar Rasulullah apabila saye terbace article drp web ni mengatakan sbg seorang muslim sgt harus kite amalkan ikut care islam jikalau name saje islam tapi tidak mengamalkan islam bukankah JAHIL nye kite di sisi ALLAH walaupon negara itu terdiri pelbagai kaum dan agama kenape piagam madinnah tau bagaimana Rasulullah sendiri terap pemerintahan negara itu ikut islam kenapa kite tidak follow ikut undang ALLAH, bukah kah ALLAH dah nyatakan reference kite adelan Al Quran dan perbuatan Rasulullah(sunnah) dicatit dlm Hadis Nabi, mengapa kite tak amalkan islam walaupon kite islam
petikan ayat drp imam Al-Banna:
mam Al-Banna menyampaikan misi dan tujuan yang ingin dicapai jamaah, beliau berkata:
“Kami menginginkan terbentuknya sosok individu muslim, rumah tangga Islami, bangsa yang Islami, pemerintahan yang Islami, negara yang dipimpin oleh negara-negara Islam, menyatukan perpecahan kaum muslimin dan negara mereka yang terampas, kemudian membawa bendera jihad dan dakwah kepada Allah sehingga dunia mendapatkan ketenteraman dengan ajaran-ajaran Islam.”
Sebagaimana beliau juga memfokuskan dua target utama:
“Saya ingatkan untuk kalian dua tujuan utama:
1. Membebaskan negeri Islam dari kekuasaan asing, karena merupakan hak alami setiap manusia yang tidak boleh dipungkiri kecuali orang yang zhalim, jahat atau biadab.
2. Mendirikan negara Islam, yang bebas dalam menerapkan hukum Islam dan sistem yang Islami, memproklamirkan prinsip-prinsip yang mulia, menyampaikan dakwah dengan bijak kepada umat manusia. Jika hal ini tidak terwujudkan maka seluruh kaum muslimin berdosa, akan diminta pertanggungjawabannya di hadapan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung karena keengganan mendirikan daulah Islam dan hanya berdiam diri.”
so saye ingin bertanye pendapat saudare dan saudari muslimin sekalian
Hanyalah pendapat peribadi ana…
Sememangnya kita mahukan sebuah negara yang ditadbir dengan undang-undang islam. jika nak diberitahu kepada pemimpin, silakan. Cumanya, lebih efektif dan lebih rasional untuk kita mulakan dari bawah, yakni dari tahap individu, keluarga dan masyarakat. kenapa ya?
katakan seorang pemimpin yang mempunyai visi dan misi yang jelas memimpin rakyat yang tidak memegang visi dan misi pemimpin tersebut, sangatlah logik apabila ada perkara yang diutarakan oleh pemimpin tersebut ditentang habis-habisan oleh orang yang dipimpinnya, sehinggakan boleh berlaku coup de tat. gara-gara orang yang dipimpin mahu suara mereka didengari. maka, sekiranya wujud masyarakat yang majoritinya inginkan kehidupan dalam undang-undang Islam, secara semulajadi kepimpinan sesebuah organisasi (keluarga, negara, etc) akan sampai ke situ.
nak tegur pemimpin, silakan. lihat apa reaksinya dan muhasabah diri kita kembali.