‘Booth’ ISMA Eropah memeriahkan Nottingham Malaysian Games
NOTTINGHAM, 6 November – Temasya Sukan Tahunan Pelajar-pelajar Malaysia 2010 yang ke-26 (The 26th Nottingham Malaysian Games 2010) telah berlangsung dengan jayanya bertempat di University of Nottingham, UK. Selain acara sukan, pelbagai pameran dan gerai jualan dibuka sepanjang temasya tersebut.
Temasya sukan ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Zakaria (Duta Malaysia ke United Kingdom). Tetamu kehormat yang turut hadir ialah Prof. Dr. Rosman, Encik Raja Badrulnizam dan Encik Khairul selaku wakil daripada Malaysian Student Department, London.
ISMA Eropah tidak ketinggalan mengambil bahagian untuk pameran dan membuka gerai makanan. Ahli-ahli ISMA Eropah sama-sama mengembleng tenaga dalam menjayakan program ini. Pameran yang diadakan bertujuan memperkenalkan ISMA Eropah kepada masyarakat pelajar Malaysia di United Kingdom sebagai wadah pembentukan belia dalam membina potensi intelektual, fizikal dan spiritual ke arah pembangunan jati diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Antara bahan ilmiah yang dipamerkan termasuklah misi, visi dan objektif penubuhan ISMA, cawangan-cawangan ISMA Eropah yang boleh dihubungi di sekitar Eropah (Ireland, United Kingdom, Poland, Republic of Czech, Perancis, Rusia dan Jerman), aktiviti-aktiviti ISMA Eropah dan mengiklankan program-program terdekat seperti Program Sadaqah Qurban dan Jalinan Ukhuwwah Musim Sejuk (JUMPS 2010). Selain itu, mini jualan jubah, t-shirt muslimah, peralatan ibadat dan ma’thurat turut disertakan.
‘Booth’ ISMA Eropah
Sementara itu, gerai makanan yang dijayakan sepenuhnya oleh saf ISMA Eropah, rata-rata mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pengunjung. Antara menu menarik yang disediakan ialah murtabak, ayam bakar, cocktail, dadih, samosa, nugget dan popia.
Aktiviti ini bertujuan memupuk semangat muhibbah dan kerjasama antara ahli, menggunakan ruang yang ada untuk mendekati masyarakat pelajar yang menghadiri temasya sukan ini serta mengisi dana tabungan ISMA Eropah dan Aman Palestin.




Alhamdulillah!. Tahniah buat ISMA Eropah. Salam perjuangan
salam dari hayyu asyir, kaherah
walupun brade di berlainan benua…ukhuwahfillah smakin mantap….teruskan usaha berdakwah