Wanita perlu bijak memasarkan produk ISMA kepada masyarakat
Pembentangan kertas kerja oleh Puan Hasyimah
BANGI, 15 Oktober – Islam adalah produk yang tiada tolok bandingannya. Namun, jika penjualnya tidak proaktif dan berani dalam mempromosikannya, maka Islam akan terkubur begitu sahaja.
Inilah yang cuba dibayangkan oleh Puan Hasyimah Salleh, Pengarah Projek & Latihan, Aman Palestin Berhad selaku pembentang kertas kerja pertama dalam Program Perhimpunan Pimpinan Wanita ISMA Nasional (PIMPIN) 2010. Lebih daripada 200 hadirin hadir pada program ini yang bertempat di German-Malaysian Institute (GMI) di sini.
Penyebaran Islam melalui aplikasi pemasaran produk dakwah ISMA telah menyuntik semangat baru kepada para peserta PIMPIN. Menurut Puan Hasyimah lagi, seruan yang lesu kepada Islam membuatkan kita, mukmin yang berdosa kerana telah menyumbang kepada tidak tersebarnya Islam dengan meluas. Lebih-lebih lagi, di saat pelbagai salah faham melibatkan orang Islam turut menyumbang kepada kekeliruan akan praktikaliti Islam yang sebenarnya.
Sebahagian peserta Perhimpunan Pimpinan Wanita ISMA Nasional 2010
Pemasaran produk ISMA perlu dilakukan dengan gigih sepertimana seorang marketer agar semua lapisan masyarakat dapat menikmati kebaikan Islam yang sebenarnya. Seseorang muslim atau pendakwah perlu mempunyai keyakinan yang penuh, sentiasa ceria, mudah menyebarkan salam, mesra, dan mudah didekati.
Tidak dilupakan juga peranan media massa dalam penyebaran maklumat dan promosi. Kemudahan internet, televisyen, radio dan sebagainya perlu digunakan sebaiknya agar masyarakat mengetahui setiap program yang ingin dijalankan.
Noriah bt Mohammad Diah, 40-an, peserta daripada ISMA Kedah, menyatakan beliau sangat bersetuju dengan penceramah. Beliau menyatakan bahawa memang banyak tanggungjawab yang perlu kita laksanakan kerana masyarakat luar amat memerlukan kita. Kita perlu bersungguh-sungguh menjual produk kita sepertimana kita ingin target duit berjuta-berjuta.
Penyampaian cenderahati oleh Ketua Wanita ISMA
Manakala, Maizan bt Nawi, 44, daripada ISMA Kelantan, menyatakan bahawa Islam itu adalah produk yang mana keuntungannya adalah ganjaran pahala.
Naziha bt Abd Rahman, peserta ISMA Negeri Sembilan pula mengatakan bahawa beliau telah mendapat penambahan skill baru untuk bergerak dengan lebih mantap dan memperoleh strategi yang lebih bernas bagi menyampaikan dakwah Islam melalui ISMA kepada masyarakat.





Tahniah kepada Puan Hasyimah.
Kursus pemasaran dakwah yang sangat praktikal yang telah melahirkan ramai marketer isma.
Bersama mewarisi perjuangan Rasulullah.
assalamualaikum thank kerana telah menjadi wanita berjaya…….sampai kan salam saya pd puan hasyimah……. for me u are the best