Rijal-rijal yang kita mahukan, bukan pengikut
Apa bezanya antara rijal pembawa dakwah dengan pengikut?
Rijal pembawa dakwah itu adalah insan-insan proaktif. Yang diikutinya adalah jalan serta metod dakwah yang dibawa oleh Murabbinya. Rijal-rijal sudah pun meletakkan sepenuh hatinya pada jalan dakwah, menginfak seluruh hidupnya untuk mengajak insan-insan lain kepada jalan ini juga. Mereka tidak bergantung kepada pemimpin untuk terus berjuang.
Pengikut belum pasti lagi meletakkan hatinya di jalan dakwah. Hatinya pada pemimpin, bergantung pada pemimpin. Andai rebah pemimpin, rebahlah perjuangannya.
Rijal itu sedikit bilangannya… Pengikut itu ramai…
Seorang rijal, boleh membentuk rijal yang lain agar menjadi rijal sepertinya. Seorang pengikut hanya boleh mempengaruhi orang lain untuk menerima pendapatnya semata.
Di dalam badan dakwah, kita perlukan rijal, bukan pengikut. Maka pengaruh semata bukanlah menjadi ukuran, tetapi betapa ramainya rijal yang berjiwa seperti kita yang mampu kita hasilkan.
Untuk dapatkan pengikut kerjanya senang. Banyakkan ceramah, banyakkan menulis, petahkan pidato, banyakkan program, banyakkan kebajikan, nescaya ramai yang mahu jadi pengikut, terpesona dengan peribadi kamu, lalu pengikut mahu kamu jadi pemimpin mewakili mereka.
Untuk dapatkan seorang rijal? Ceramah kena buat, menulis pun kena buat, pidato pun perlu dipetahkan, kebajikan perlu diperbanyakkan. Untuk apa? Untuk kita identify di kalangan mereka yang terpengaruh, siapa yang cukup hebat untuk dijadikan rijal.
Kemudian? Kerja seterusnya adalah kerja sebenar seorang Murabbi; membentuk rijal terpilih ini agar jadi seperti kita. Kerjanya bukan kerja mudah, hati perlu dimenangi, ta’aruf mesti didalami, didikan peribadi dibuat satu persatu, ideologi ditanam secara peribadi; kerja yang menuntut masa kerana bukan seorang rijal yang dikenal pasti tapi mungkin 5 atau 10 orang.
Hayat sesuatu badan dakwah amat bergantung kepada rijal yang dihasilkan kerana rijal inilah yang akan meneruskan perjuangan. Rijal terbaik yang boleh dibentuk adalah anak yang lahir dari benih kita sendiri; maka pemilihan zaujah yang turut memahami dakwah juga adalah pra syarat untuk memastikan anak itu ditarbiah agar menjadi rijal.
Pengikut? Belum pasti dapat meneruskan sebuah perjuangan. Kerana mereka hanya mengharapkan seorang pemimpin untuk mereka jadikan wakil bagi menyenangkan hidup mereka.
Oleh: Anas Aminin Bin W. M. Izzuddin
Aktivis ISMA India
Sumber: Blog ISMA India


bangkitkan semangat rijal utk membangunkan rijal2 yg lebih cemerlang dakwahnya..
cantiknya susunan kalam….!
Terimakasih atas pesanan buat ingatan sepanjang zaman teruskan menulis lagi buat kami jadikan panduan dan penyuluh perjuangan.Amin
cuba tukarkan perkataan ‘rija’l dengan ‘muslim’ maka kefahaman dan minda dapat menggambarkannya dalam skop yang lebih luas
Assalamu’alaikum wbt…
Pd pandgan saya, di Malaysia khususnya, sudah ramai “rijal-rijal” yg cintakn Islam,.. mereka sedang bergerak kerja utk Islam, hatta sanggup mengorbankan harta dan nyawa mereka utk meletakkan Islam d tempat yg paling tinggi,.. mungkin keadaan mereka bekerja berbeza antra “kumpulan” dgn “kumpulan” yg lain… alasannya kerna berbeza Fikrah… sedangkn Islam yg d bawa adalah sama, aqidah yg sama…
Akhirnya… tenaga “pekerja2 Islam” ini di bazirkan dgn melakukan perkara @ aktviti umum yg sama, spt kesedaran motivasi, kebajikan dll…tetapi tdk bersatu tenaga… mmg xdinafikan wujud kebaikannya, tp sebenarnya dri segi kebersamaan bg menegakkan syiar Islam sebenarnya tidak wujud…punca yg terbesar yg sya rasakn kerna tiada “wehdatul fikr, wehdatul amal” dikalangan pendokong2 ini..
Itulah yg menyebabkan kadang2 kita merasa lemah dgn kurangnya bilangan pendokong/penggerak bersama-sama kita, natijah/akibat drp masing2 membawa haluan sendiri…seperti ISMA, IKRAM, ABIM, HALUAN, PAS dll….
Natijah drp berbilang2 Jamaah ini sebenarnya ade dihuraikan di dlm buku Tasawwur Gerakan Islam oleh Almarhum Dr Fathi Yakan (klu xsilap)…
dan bagi saya, agenda “Menyatukan Jemaah ISLAM di Malaysia lebih besar drp Menyatukan Melayu”…kerana bangsa Melayu blum tentu ada niat Meninggikan Islam, tp saya yakin yg berada dlm Jemaah Islam hampir semua yg berbangsa Melayu Islam yg betul2 ingin melihat Islam berdaulat di Malaysia khususnya dan pelusuk dunia umumnya… wallahu’alam…
hehe xpe akh muhaimin..biar je pgerak yg berbilang2 jemaah ni sume makin rancak bina rijal..untung nanti ramai rijal..masa tu rijal2 yg dh cukup kuantiti ni akan bgerak ke arah wehdatul amal gak insha Allah..ni optimisme yg ana pegang la..xyah risau klau puak islam lain buat keje..yg nak kene risau bile puak jahiliyyah yg lg banyak tu buat keje rancak n bina rijal2 mereka lak huu
assalamualikum,,, ana sekarang sedang dilanda kemusykilan… ana ada menyertai jemaah tabligh dan jemaah di bawah naungan pas… masalah sekarang ana suka pada kedua-dua jemaah dan ana rasa kedua-dua nyer adalah betul… tetapi adakah ana perlu memilh satu jemaah saja dalam mencari keredhaan Allah S,W.T… jikalau satu antum rasa yg maner yg terbaik??? tetapi bg ana tidak salah untuk berbilang jemaah selagi tidak melanggar syariat Islam dan tidaklah memudaratkan umat islam… Diharapkan antum semua dapat menjelaskan jalan kepada ana… abdullah yg mengiginkan kepastian… semuga Allah merahmati antum…
untuk mendapat seorang rijal memang kita perlu meneliti betul2 kerana kita tak nak pengikut… oleh itu, ana menyeru kepada agen2 pembentuk rijal banyak2 siapkan bekalan sebagai seorang dai’e…
Salaamun ‘alaikum WBT
Akhi Zulkiflee
Baguslah enta melibatkan diri dengan jemaah. Yang pasti, hidup bakal penuh dengan agenda. Pertamanya, ini hanyalah pendapat peribadi ana. Pernah suatu ketika ana berada dalam situasi yang sama. Bila ada dua, lebih banyak tanggungjawab, lebih banyak perkara yang perlu dihadapi. Ana x dapat adapt dengan perkara tersebut.
sepanjang ana memberikan wala’ kepada satu jemaah, urusan jadi lebih mudah. tak risau apa-apa. Bila bertemu dengan rakan yang lain, yang bersama-sama buat kerja dakwah, cumanya atas platform yang lain, ana boleh je berinteraksi dengan mereka tanpa su’usdzon, berlapang dada dan lihat dia sebagai saudara seislam seperti juga yang lain. mana perkara yang ana dapat bantu mereka, ana hulurkan bantuan, mana yang ana perlukan bantuan mereka, ana minta.
nama pun bersaudara, buat pun kerja yang sama, cuma mungkin metode yang berbeza, nak risau apa? Alhamdulillah, ana dapat lakukan dengan lebih banyak bila fokus dalam satu-satu perkara, dalam hal ni, bila ana ikut satu organisasi sahaja. itu untuk orang seperti ana.
mana yang lebih baik demi mendapatkan keredhaan Allah ‘azzawajal, itu dalam penilaian Allah. Kita hanya mampu lakukan yang terbaik, buat yang terbaik. Pilihan ada di tangan enta, mana yang enta mampu bersama, mana yang mampu enta usahakan yang terbaik. seorang mu’allim pernah berpesan pada ana, bila dah ikut satu organisasi, berikan wala’ padanya saja. itu yang utama, untuk mengelakkan kecelaruan. kerana mu’allim tu pernah berada dalam situasi yang sama. dan Alhamdulillah, dalam pemerhatian ana, benarlah apa yang dikatakannya. Lebih produktif untuk fokus dalam satu pekara pada satu ketika.
inshaAlah enta boleh buat keputusan yang terbaik untuk diri enta dan orang sekeliling. Buat solat istikharah, inshaAllah dapat hidayah daripada Rabbul ‘izzati.
pendapat ana utk zulkiflee,
Yang indahnya tentang Islam ialah seruan penyatuan ummah. Memilih satu jemaah bukan bermakna kita menolak/menidakkan jemaah lain, kerana pasti ada program2 yang mengundang kerjasama antara jemaah. Ketika undangan kerjasama, jangan pula ditolak, marilah bersama2 untuk Islam. Cuma tenaga,fikiran dan masa kita terbatas, eloklah fokus pada satu jemaah untuk menyumbang kudrat yang ada. Kerana setiap jemaah mempunyai keunikan metod dakwah yang tersendiri yang akan menyentuh setiap lapisan masyarakat. Namun begitu, kita akan berjumpa di titik pertemuan yang sama.