Majlis Sambutan Aidilfitri erat ukhuwwah sesama ahli ISMA Sarawak
Ustaz Nazri menyampaikan perutusan Aidilfitri.
Kota Samarahan, 26 September – Bagi mengambil kesempatan untuk merapatkan ukhuwwah sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini, ISMA Sawarak telah mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri sekaligus Hari Keluarga ISMA dan NAZIM Sarawak.
Majlis yang diadakan di Dewan Suarah Kota Samarahan ini mengumpulkan semua ahli ISMA Sarawak daripada pelbagai institusi.
YDP ISMA Sarawak, Ustaz Nazri bin Mohd Nor telah menyampaikan perutusan Aidilfitri kepada para hadirin. Selain itu, beliau turut membacakan perutusan Aidilfitri daripada Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman.


