|

Forum Perdana ‘Islam, Melayu & Masa Depan Malaysia’ bakal tampilkan Presiden ISMA

Bandar Baru Bangi, 19 Oktober – Satu Forum Perdana bertajuk ‘Islam, Melayu dan Masa Depan Malaysia’ anjuran komuniti Islam Malaysia di Qatar akan berlangsung di Club House, Beverly Hills Al-Rayyan, Doha pada 22 Oktober 2010 ini.

Forum ini bakal menampilkan Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman sebagai salah seorang panelis undangan.

Selain beliau, turut sama diundang ialah Dr Mohd Asri Zainul Abidin, bekas Mufti Perlis dan Dr Mujahid Yusof  Rawa, ahli parlimen Parit Buntar daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Menurut Sdr. Megat A Rithauddeen bagi pihak penganjur, forum ini diadakan dengan objektif untuk mengupas secara ilmiah dan terbuka mengenai isu-isu yang akan memainkan peranan penting dalam mencorakkan masa depan Islam dan Melayu di Malaysia.

“Forum ini tidak semata-mata membawa sentimen kemelayuan tetapi ingin mengkaji secara ilmiah peranan kaum tersebut demi membawa kesedaran terhadap tanggungjawab dan peranan bangsa Melayu kepada kedudukan Islam di Malaysia.”

Sdr. Megat juga melahirkan harapan agar forum ini dapat membantu rakyat Malaysia yang beragama Islam khususnya di Qatar bagi memahami keadaan semasa dan dapat memberi hala tuju (visi) dan persiapan (strategi) untuk membantu mencorakkan diri serta generasi masa hadapan daripada sekarang.

“Apatah lagi, isu yang akan dikaji oleh ahli-ahli forum ini menyentuh isu kesinambungan Islam di Malaysia yang rata-rata bahawa majoriti pendokong Islam di Malaysia adalah kaum Melayu. Justeru itu, kesedaran masyarakat Melayu akan tanggungjawab ini amatlah kritikal,” ujar beliau.

Sempena kunjungan Ustaz Abdullah Zaik ke Doha ini juga, beliau akan melancarkan Projek Wakaf Bangunan untuk membeli bangunan pejabat operasi ISMA Seremban.

Oleh: Mohd Firdaus Sabturani
Ketua Pengarang
Media ISMA

4 Komen untuk entri “Forum Perdana ‘Islam, Melayu & Masa Depan Malaysia’ bakal tampilkan Presiden ISMA”

  1. joegrimjow says:

    Hidup melayu!!!
    hehehe

  2. myra says:

    salam. cmne nk tau feedback forum ye? esp soalan & jawapan yg dberikan dlm forum

  3. zaizulazizi says:

    bagus kalau dapat diterbitkan transkrip forum di atas. kalau tak dapat transkrip penuh pun at least ada liputan berkenaan pandangan tokoh2 ini. saya percaya ramai yang berminat nak tahu lebih lanjut.

  4. firdaus says:

    Mungkin anda boleh buat liputan dan pandangan tersendiri.. ini rakaman forum tersebut : http://blog.malaysiaqatar.net/