Dua ribu orang hadiri Majlis Rumah Terbuka dan Ramah Mesra Presiden ISMA
Ustaz Abdullah Zaik bersama Syeikh Muhammad Ahmad ar-Rashid
Bandar Baru Bangi, 9 Oktober - Kira-kira 2,000 orang tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka dan Ramah Mesra Bersama Presiden dan Jawatankuasa Pusat ISMA yang diadakan di rumah Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman di Seksyen 3 di sini.
“Rumah terbuka ini diadakan dengan tujuan untuk menjadi medan beramah mesra antara Presiden dan Jawatankuasa Pusat ISMA dengan masyarakat,” ujar pengarah program, Encik Mohd Noor Azib Asmangi yang juga merupakan Naib Yang Dipertua ISMA Hulu Langat.
Majlis ini telah dimeriahkan dengan kehadiran wakil-wakil NGO, wakil persatuan penduduk, rakan-rakan media dan juga masyarakat setempat.
Majlis Rumah Terbuka dan Ramah Mesra ini juga diserikan lagi dengan kehadiran tetamu istimewa iaitu Syeikh Muhammad Ahmad ar-Rashid atau Abu Ammar, seorang penulis buku-buku dakwah kontemporari yang begitu disegani.
Oleh: Mohd Azizuddin Sahiddin
Wartawan/Jurufoto
Media ISMA


