|

Aktivis ISMA NSW beramah mesra bersama komuniti Melayu Sydney

Sydney, 25 September – Aktivis-aktivis ISMA New South Wales telah berkunjung ke rumah terbuka anjuran Islamic Malay Australia Association of NSW (IMAAN) bertempat di Masjid Darul Imaan, Wolli Creek, NSW sempena sambutan Aidilfitri 1431H.

Tujuan kunjungan ini untuk merapatkan lagi hubungan antara ISMA dengan komuniti Melayu yang telah lama berada di bumi Australia yang merupakan penyumbang kepada kewujudan Masjid Darul Imaan. Semoga kunjungan ini dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim bersama dengan komuniti IMAAN.

Sumber: Laman Web ISMA Australia