|

Tahniah buat para aktivis muda ISMA

Sebahagian aktivis muda ISMA yang telah berangkat ke Mesir.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan buat aktivis-aktivis muda ISMA yang telah selamat berangkat ke Mesir, Bumi Anbiya’ dalam misi kembara ilmu baru-baru ini.

Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan mereka di sana, dapat meneruskan agenda tarbiyyah dengan sebaik-baiknya, melaksanakan segala tanggungjawab yang diamanahkan dan akhirnya kembali membawa ijazah yang dicita, juga risalah dakwah untuk umat Islam di tanahair tercinta.

2 Komen untuk entri “Tahniah buat para aktivis muda ISMA”

  1. Rijali says:

    Semoga aktivis muda ISMA akan terus thabat dalam jalan dakwah ini. Mmg jalan ini pnoh dgn cabaran dan liku..inilah sunnah org berjuang..para nabi dan duat terdahulu tlh melaluinya, kini tiba masa utk kita generasi baru muda mudi utk meneruskan perjuangan dan merasai sendiri cabaran tersebut..wpon ramai yang melihat cabaran sbg suatu kesusahan,tetapi ingatlah kemanisan air e2 hanya akn dirasa olh mereka yg meminumnya…terus berjuang aktivis muda walau di mana sahaja kita berada…insyaAllah

  2. Saya berbesar hati kerana berpeluang menghantar anda semua tempoh hari. Jaga diri baik-baik. Moga nafar ini menjadi amal soleh yang besar nilainya di sisi Allah ^_^