Sirah Muzikal 2010: Merentas Kegemilangan Ummah
Penampilan Islam sebagai sebuah agama yang dianuti oleh pelbagai bangsa dan latar belakang manusia cukup untuk memperlihatkan kesempurnaan Islam itu sendiri. Sebagai sebuah agama yang fleksibel perlaksanaanya, mengikut aturan dan dasar yang telah sedia ada, Islam tidak sekali-kali menyekat umatnya untuk berhibur, tidak kiralah hiburan dari mana-mana bangsa sekalipun, asalkan ianya adalah selari dengan kehendak Islam sendiri.
Maka, atas kesedaran ini Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Shah Alam Klang, dengan kerjasama beberapa pihak termasuk Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) akan menganjurkan Sirah Muzikal 2010 sebagai alternatif hiburan santai yang menjaga batasan syariat, serta digabungkan dengan elemen pendidikan iaitu penyampaian sejarah perkembangan tamadun Islam yang pernah menguasai dunia sehinggalah empayar kerajaan Islam terakhir jatuh pada tahun 1924.
Ungkapan cendekiawan ada berbunyi ‘Satu bangsa yang lupa akan sejarahnya bukanlah satu bangsa yang berjaya’.
Selain itu, program ini juga merupakan salah satu projek untuk mengumpul dana bagi pembinaan Sekolah Tahfiz Bayu Syahadah di Kampung Bitoon, Ranau, Sabah di bawah kelolalaan Saudara Nazrey Johani, yang juga merupakan penggiat seni nasyid tanahair.
Dana yang diperlukan adalah sebanyak RM15 juta dan tempoh kutipan dana adalah bermula 2 Julai 2010 sehingga 2 Julai 2012 dengan perakuan dan sokongan dari Jabatan Agama Islam Negeri Sabah. Seperti yang kita maklum, keperluan sekolah agama di Sabah amatlah meruncing dan jumlah yang sedia ada masih amat kecil jika dibandingkan dengan keperluan ummat Islam di sana.
Justeru, saya menyeru semua pihak untuk sama-sama menggembleng tenaga menjayakan usaha murni ini dan memberi sokongan penuh terhadap segala usaha untuk mengumpulkan dana bagi sekolah tahfiz tersebut.



[...] Source: http://www.ismaweb.net [...]
salam…
alhamdulillah…. program yang menarik….
cuma ana nk tanya,
bagaimana untuk menyumbang kpd sekolah tahfiz tersebut secara online transfer @ cara lain?
sebab sekarang ni ana tiada di Malaysia dan tak dapat nak hadir Sirah Muzikal tersebut….
Salam,
Sumbangan juga boleh disalurkan melalui Bank Islam: 1203 80100 98575 (At-Tahfiz Bayu Syahadah Resources)
[...] sokongan penuh terhadap segala usaha untuk mengumpulkan dana bagi sekolah tahfiz tersebut. Sumber : Laman Web ISMA p/s: Sarankan keluarga dan rakan-rakan anda di Malaysia untuk turut sama memeriahkan malam itu [...]
[...] Sumber : Laman web ISMA Pusat [...]
salam…tempat terhad ke? kalau ana tak buat tempahan, boleh masuk tak last2 minute?
semoga angka-angka yg dikumpulkan disusun menjadi saff yg membina generasi harapan, bukannya sekadar mengumpul angka-angka begitu sahaja.
ayuh! sama-sama kita pastikan isma yg berorientasikan pembinaan insan ini terus menerus membina generasi harapan.
ibn ismail: salam, tempat terhad, 1300 orang sahaja. tiket sehingga hari ini telah hampir habis dijual, tinggal beberapa aje lagi. better beli sekarang.
usul_cairo: Kena tebar jala dulu, baru boleh pilih. Memancing itu membuang masa. Bahkan orang lain pakai pukat tunda.