Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-53
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-53.
Marilah kita kembali ke pangkuan umat dan bangsa kita, bina kekuatan wala’ sesama Islam, bersatu padu mempertahankan kedaulatan negara dan maruah bangsa. Hari ini kita berada dalam suasana yang amat kritikal. Musuh cuba membaham segenap sendi kekuatan. Ada yang menggunakan cara lembut dan ada yang ganas.
Semangat kemerdekaan juga sepatutnya menyingkap sifat kejujuran pada diri kita. Kita perlu ikhlas dan dilihat ikhlas dalam memperjuangkan nasib bangsa. Berhentilah dari mementingkan diri sendiri dan mencari makan atas kemusnahan bangsa sendiri.
Laungkan lafaz MERDEKA… MERDEKA… MERDEKA dengan penuh insaf.
“MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT”

Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman,
Presiden,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Blog: Perjalananku


Sempena Merdeka, usaha menyelamatkan Melayu-Islam dan Bumiputera adalah penting. Politik kepartian semasa nampaknya perlukan satu pedoman dan prinsip bersama bagi memastikan politik kepartian itu sendiri akan merugikan anak cucu pejuang UMNO dan PAS sendiri. Justeru dicadangkan supaya ISMA berusaha meneraju dan menubuhkan Majlis Perundingan Islam Melayu dan Bumiputera Malaysia (MPIMB).
Majlis Perundingan Islam Melayu dan Bumiputera Malaysia (MPIMB)
Cadangan Keanggotaan MPIMB:
Pengerusi Tetap:
1) Prof. Madya Dr. Mohamad Agus (Ahli Akademik dan Moderator terkenal)
Timbalan Pengerusi Tetap
1) Aminuddin Yahaya (Setiausaha Agung ISMA)
Majlis tertinggi :
1) Prof. Diraja Ungku Aziz
2) Ust. Dr. Zahazan
3) Prof. Dr. Abdul Aziz Bari
3) Dr. Danial
4) Dr. Ridhuan Tee
5) Dato A.Aziz Deraman
6) Prof Khoo Key Kim
Ahli Jawatan Kuasa Majlis-Majlis Ulama:
1) Wakil Majlis Ulama ISMA
2) Wakil Dewan Ulama Pas
3) Wakil Ulama Muda UMNO
Ahli Jawatankuasa Utama:
1) Presiden ISMA, IKRAM, ABIM & PERKASA
2) Presiden UMNO, PAS & PKR
Ahli Jawaankuasa:
1) 5 orang wakil PAS
2) 5 orang wakilo UMNO
3) 5 orang wakil PKR
Konsep perbincangan dan Disiplin:
1) Hasil perbincangan mestilah dipatuhi oleh tiga parti Melayu terbesar dalam bersaing untuk memenangi politik. Contoh:
a) MPIMB memutuskan tidak boleh lagi berkempen untuk membuka kouta Biasiswa rasmi bumiputera seperti JPA kepada bukan ISLAM,MELAYU & BUMIPUTERA demi mendapatkan sokongan undi. MAKA setiap parti MELAYU ISLAM perlu patuh dan menggunakan isu lain dalam berkempen. Sekiranya ada parti yang ingkar, maka orang Melayu perlu memboikot parti tersebut.
Jadi… setiap parti perlu berkempen dengan isu lain seperti kejujuran mereka, perancangan ekonomi yang sistematik, korupsi dan saling memartabatkan Islam dan Melayu.
2) Usul yang dikemukakan oleh Majlis mestilah berkisar mengenai mempertahankan hak Islam, Melayu dan Bumiputera.
Walaupun PR dan BN berlainan kumpulan parti, bersainglah dalam kejujuran, membaiki korupsi dan kebijaksanaan melaksanakan kebajikan.