|

Melayu Baru

Sudah menjadi satu fenomena apabila kita bercakap pasal Melayu maka secara automatisnya rakyat akan meletakkan UMNO sebagai “benchmark”. Mungkin kerana parti ini adalah satu-satunya parti yang 100% dianggotai oleh orang Melayu dan telah memerintah selama 53 tahun. Jadi oleh kerana lamanya UMNO ini memerintah maka perkataan Melayu dianggap sinonim dengan parti berkenaan.

Malangnya semua rakyat maklum, termasuklah pemimpin dan ahli biasa UMNO, parti ini telah diselubungi dengan pelbagai isu yang sukar untuk dirawat lagi. Ia ibarat barah yang menunggu masa untuk mencabut nyawa si pesakitnya. Dalam keadaan pimpinan Melayu yang begini parah maka secara logiknya masyarakat mula mempersoalkan konsep Ketuanan Melayu yang mereka laungkan. Sebab itu slogan ini ditentang habis-habisan baik oleh orang bukan Melayu maupun orang Melayu sendiri. Maka timbullah pula slogan 1Malaysia, Malaysia Tengah, Negara Kebajikan dan yang seumpamanya. Masing-masing cuba untuk melarikan diri dari perkataan MELAYU. Bagi mereka MELAYU melambangkan segala kelemahan yang boleh kita bayangkan.

Hinanya perkataan MELAYU ini sehingga ada orang Melayu sendiri malu untuk menyebut Melayu dan tidak kurang juga yang takut menyebut Melayu kerana itu dikatakan Assobiyah.

Penyakit kebencian kepada perkataan MELAYU ini semakin hari semakin menular sehinggalah orang Melayu kini sudah hilang keyakinan diri. Mereka tidak lagi yakin kepada diri sendiri untuk memerintah sehingga apabila dilaungkan perkataan Penyatuan Melayu mereka membantahnya. Mereka tidak yakin kesatuan umat Islam ini boleh membawa kebaikan walaupun mungkin ada kelemahan di sana-sini. Sebaliknya mereka merayu bantuan orang lain untuk bernafas sehingga mereka sanggup berkompromi dalam perkara-perkara asas termasuklah menjaga kesucian rumah Allah. Mereka biarkan hukum Allah dihina, mereka biarkan hudud disanggah, mereka biarkan mahkamah syariah direndahkan, semua itu dihujjah atas dasar TOLERANSI. Ya, Islam adalah agama yang sangat toleran dan kita harus tolaren kerana negara kita adalah negara masyarakat majmuk.

Di mana penyelesaiannya?

Selagi kita meletakkan UMNO sebagai benchmark orang Melayu maka selagi itu perkara ini tidak akan dapat diselesaikan. Oleh itu :-

  1. Orang Melayu harus keluar dari kotak definisi UMNO sebagai Melayu kepada dimensi baru orang Melayu. Ada jutaan orang Melayu muslim yang tidak korup. Ada Melayu PAS, ada Melayu PKR, ada Melayu ahli UMNO biasa, ada ratusan NGO Melayu, ada rakyat Melayu biasa yang tidak berparti dan tak berpersatuan dan akhirnya remaja/belia Melayu yang masih putih bersih.
  2. Orang Melayu harus keluar dari pemikiran politik kepartian untuk mampu menilai dengan wajar. Samada UMNO, PAS maupun PKR. Selagi pemikiran kepartian ini membelenggu mereka maka segala perbincangan tidak akan dapat dihasilkan.
  3. Orang Melayu harus memberhentikan budaya fitnah memfitnah, hentam menghentam, hina menghina sesama mereka apatah lagi sesama ulamak kerana kenyataan-kenyataan yang negatif ini hanya akan membawa kepada hilangnya izzah dan jatuhnya maruah bangsa Melayu.
  4. Orang Melayu harus keluar dari “Emotional-Based Politic” kepada “Knowledge-Based Politic”. Jangan mudah terjebak dengan sesetengah tuduhan seperti Assobiyah tanpa mengkaji hujjah dan nas tentangnya. Memperjuangkan bangsa untuk kebaikan agama bukan dilarang malah disuruh (lihatlah hadith dan tulisan Ibn Khaldun).

“MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT”

Aminuddin Yahaya,
Setiausaha Agung,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Blog:
Suara Dari Gunung

26 Komen untuk entri “Melayu Baru”

  1. izat says:

    Kalau ISMA rasakan UMNO perlu dirawat, apakah rawatan yang ISMA sarankan, Kita tak mahu hanya kata UMNO sakit, lemah, sukar dirawat dan sebagainya. ISMA perlu bantu UMNO kalau betul-betul ikhlas.

    Kita tak mahu hanya dedah masaalah tapi tak ada solution. Masaalah yang ada pada SUA adalah pandang negatif pada UMNO.

    Cuba lihat apa yang baik dalam UMNO dan apa yang ISMA boleh bantu. Jika kita sama-sama lihat yang positif sesama Melayu baru kita boleh mula berbincang semeja dan kemudian bermuafakat sesama Melayu dan mendaulatkan ISLAM.

    Sekali lagi saya nyatakan UMNO mampu mengubah dasar dengan kuasa politiknya.

    ISMA agak sukar kecuali ia masuk politik, diterima majoriti rakyat berbagai bangsa dan memerintah negara.

    Cuba fikir secara rasional dan bukan teori semata-mata.

  2. Rentetan Isu Melayu-Islam dari Artikel ‘Kesatuan Yang Kita Inginkan’

    Pendapat yang dikeluarkan tidak mewakili mana-mana pertubuhan UMNO, PAS, PKR, DAP, MCA, MIC, IKRAM, JIM, ISMA, HALUAN dan sebagainya. Sekadar perkongsian, cetusan dan kritikan berdasarkan pemerhatian dan perbincangan serba sedikit sebagai seorang anak muda yang memerhati. Bukanlah pendapat ini untuk mencari siapa salah dan siapa benar, cuma yang mana benar kita teruskan, yang mana kelemahan kita perbaiki. PAS, UMNO, ISMA, HALUAN, JIM, IKRAM semua ada kelemahan dan kekuatan. Apakah salah memberi Kritikan? Apakah kita tidak boleh berlapang dada menerima hakikat dan memperbaiki kelemahan yang ada?

    Dalam konteks Isu Melayu-Islam, PAS dan UMNO memang tak dapat dipisahkan. Pas kini nampak semakin ghairah dengan undi bukan Melayu. Ajakan UMNO pada mulanya ditolak bulat-bulat. UMNO pulak dilabelkan sebagai ‘perkauman sempit’. Adakah UMNO membangkitkan Isu Melayu dilabelkan perkauman sempit? Bukankah itu isu bangsa kita? Kenapa DAP atau Karpal yang menghentam Islam tidak dihentam sebegitu rupa? Niat Ikhlas Tuan Guru Hadi pun dehentam habis-habisan atas alasan mengikuti pandangan Tok Guru Nik Aziz. Adakah mereka yang mendakwa mengikuti pandangan Tok Guru Nik aziz benar-benar faham falsafah Tuan Guru Nik Aziz? Kalau kita tengok, Tuan Guru Nik Aziz pun akhirnya bersetuju berjumpa dengan TPM untuk membincangkan masalah rakyat. Bukankah itu bercanggah dengan kenyataannya sebelum ni yang tidak akan berbincang dengan UMNO. Tuan Guru Nik Aziz seorang Genius politik, jangan kita hentam Tuan Guru Hadi dan Ust Nasharudin Mat Isa hanya kerana memberi pandangan menyebelahi Melayu. Kalau tak macam mana Pas nak mempertahankan Hak Melayu jika berjaya ke Putrajaya nanti bersama rakan-rakan seperti DAP.

    Menyebut tentang bangsa, sememangnya kita tak dapat cerakinkan dari aspek bahasa, sejarah, pencapaian yang sepatutnya berdasarkan tempoh memegang kuasa dan sejauh mana bangsa dihormati. Mat tidak berhajat nak menjawab kesemua persoalan “Apa teruk sangatkah nasib bangsa Melayu selepas 53 tahun Umno memerintah?” kerana memakan masa dan mungkin perlu wujudkan satu blog baru. Tambahan pula Mat tak ingin perbincangan ini jadi sama macam perbincangan yang biasa berlaku iaitu perdebatan demi perdebatan seperti di rancangan Hujah TV9, tapi tak membawa penyelesaian yang jitu. Walaupun begitu, terima kasih kepada TV9 kerana tetap mewujudkan slot sebegitu sekurang-kurangnya memberi satu input baru kepada masyarakat yang tidak pernah cuba mencari maklumat selain dari Utusan Malaysia, Berita Harian, dan RTM.

    Maaf Jika ada yang salah faham dengan tujuan perbandingan UMNO & British. Bukan maksud Mat nak samakan 100 peratus dari fizikal, mental dan rohani. Bukan maksud Mat British majoriti beragama Kristian maka UMNO parti Kristian. Bukan maksud Mat British (non muslim) tidak sembahyang 5 waktu ahli UMNO pun tak sembahyang 5 waktu. Cuma..Perbandingan itu sekadar merujuk kepada TITIK RUJUKAN atau ‘Benchmark’ yang sering digunakan oleh kebanyakan masyarakat untuk membuktikan UMNO pejuang MELAYU ISLAM. Kebanyakan orang mengatakan UMNO ISLAMIK dan pejuang MELAYU kerana membina banyak masjid-masjid hebat, sekolah-sekolah agama, sekolah-sekolah kebangsaan, UIA, USIM, membina lebuhraya, membina jambatan kedua Pulau Pinang, IKIM, alhamdulillah kini ada Ulama muda UMNO. Kebanyakan titik rujukan yang diberikan boleh disimpulkan dalam bentuk fizikal ataupun pembangunan. Bagi berhujah berdasarkan perbandingan fizikal inilah, maka Mat mengenengahkan hal ini menggunakan perbandingan British tadi. UMNO bukan seratus peratus macam British. Persoalannya adakah British membenarkan sekolah agama terus berjalan dizaman penjajahannya, British membawa pasukan tentera mempertahankan semapadan Tanah Melayu, British membina sekolah-sekolah Melayu termasuk untuk golongan elit, British membenarkan masyarakat Islam mengamalkan Islam, British membina pelabuhan-pelabuhan untuk kapal berlabuh untuk mendapatkan kewangan bagi membangunkan Tanah Melayu yang dijajahnya…maka Briish Islamik dan wira Melayu?

    Adakah penentang british tidak bersyukur dengan materialistik yang diberikan British? Tanpa bantuan British, maka tanah Melayu susah untuk keluar dari cengkaman Jepun seperti cerita Sarjan Hassan. Adakah UMNO, Pas, Tunku Abdul Rahman, Dr. Burhanuddin adalah manusia-manusia yang tidak bersyukur dengan jasa British? Ya, sememangnya mereka berhak atas tanah air sendiri. Cuma skop titik rujukan adalah aspek fizikal dan zahiriyah.

    Berbalik kepada asas yang Mat nampak bagi mengukur kejayaan UMNO selama 53 tahun. 1) Sejarah Penubuhan Malaysia, 2) Bahasa Melayu, 3) Pencapaian UMNO yang sesuai dengan tempoh pemerintahannya selama 53 tahun. Walaupun ada yang mengajak kembai kepada Sejarah, kerana kembali kepada Sejarahlah maka banyak perkara yang perlu dipelajari dari UMNO terutama kelemahan yang perlu dibaiki demi kelansungan Melayu dan Islam. Mat belum bersedia untuk mengungkit sejauh mana kejayaan UMNO menentang Malayan Union yang dibangga-banggakan, Sejauh mana UMNO benar-benar mempertahankan tanah air Melayu Islam di era dahulu dan sekarang kerana faktor kekangan masa. Jika ada yang tetap mahukan pendapat berdasarkan fakta-fakta tersebut, Mat akan cuba berkongsi dan saling memperbaiki.

    Cuma nak sentuh satu aspek dulu iaitu bahasa. Slogan ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ begitu bagus dan berjaya diketengahkan di zaman pemerintahan UMNO. Ummat Melayu Islam bersyukur atas usaha itu, namun…sejauh mana usaha yang dibuat oleh UMNO yang ada kuasa, urus kewangan negara, urus kementerian kebudayaan dan pelancongan, urus kemenerian pertahanan negara memperjuangkan bahasa Melayu. Mana pergi tulisan jawi? Kenapa aspek kecil asas pun tak dapat diubah supaya menjadi Qudwah kepada rakyat untuk mempertahankan Bahasa Melayu yang sememangnya dekat dengan Bahasa Arab?

    Cuma nak diingatkan, tujuan utama komen Mat yang lepas adalah pada perenggan akhir. Berharap sebuah NGO seperti ISMA mampu istiqamah dengan kebenaran Melayu-Islam walaupun berhadapan dengan ahli bukan Melayu yang ramai kelak, UMNO dan PAS terpaksa macam lalang kerana mahukan undi bukan Melayu. Mampukah PRESIDEN ISMA ke 6 atau ke 7 nanti terus mempertahankan prinsip ini? UMNO memang berjasa, Mat sendiri masuk SBP, dapat biasiswa JPA dan makan subsidi yang diURUSkan oleh UMNO. Cuma Kritikan perlu bagi memperbaiki keadaan tambahan pula sedih jika kita timbangkan-timbangkan jasa UMNO dan kegagalan UMNO. Ayuh Muhasabah, baiki kelemahan masing-masing bagi Pas & UMNO.

  3. Rentetan Perbincangan ‘Kesatuan yang kita mahukan’……….

  4. Pendapat yang dikeluarkan tidak mewakili mana-mana pertubuhan UMNO, PAS, PKR, DAP, MCA, MIC, IKRAM, JIM, ISMA, HALUAN dan sebagainya. Sekadar perkongsian, cetusan dan kritikan berdasarkan pemerhatian dan perbincangan serba sedikit sebagai seorang anak muda yang memerhati. Bukanlah pendapat ini untuk mencari siapa salah dan siapa benar, cuma yang mana benar kita teruskan, yang mana kelemahan kita perbaiki. PAS, UMNO, ISMA, HALUAN, JIM, IKRAM semua ada kelemahan dan kekuatan. Apakah salah memberi Kritikan? Apakah kita tidak boleh berlapang dada menerima hakikat dan memperbaiki kelemahan yang ada?

    Dalam konteks Isu Melayu-Islam, PAS dan UMNO memang tak dapat dipisahkan. Pas kini nampak semakin ghairah dengan undi bukan Melayu. Ajakan UMNO pada mulanya ditolak bulat-bulat. UMNO pulak dilabelkan sebagai ‘perkauman sempit’. Adakah UMNO membangkitkan Isu Melayu dilabelkan perkauman sempit? Bukankah itu isu bangsa kita? Kenapa DAP atau Karpal yang menghentam Islam tidak dihentam sebegitu rupa? Niat Ikhlas Tuan Guru Hadi pun dehentam habis-habisan atas alasan mengikuti pandangan Tok Guru Nik Aziz. Adakah mereka yang mendakwa mengikuti pandangan Tok Guru Nik aziz benar-benar faham falsafah Tuan Guru Nik Aziz? Kalau kita tengok, Tuan Guru Nik Aziz pun akhirnya bersetuju berjumpa dengan TPM untuk membincangkan masalah rakyat. Bukankah itu bercanggah dengan kenyataannya sebelum ni yang tidak akan berbincang dengan UMNO. Tuan Guru Nik Aziz seorang Genius politik, jangan kita hentam Tuan Guru Hadi dan Ust Nasharudin Mat Isa hanya kerana memberi pandangan menyebelahi Melayu. Kalau tak macam mana Pas nak mempertahankan Hak Melayu jika berjaya ke Putrajaya nanti bersama rakan-rakan seperti DAP.

    Menyebut tentang bangsa, sememangnya kita tak dapat cerakinkan dari aspek bahasa, sejarah, pencapaian yang sepatutnya berdasarkan tempoh memegang kuasa dan sejauh mana bangsa dihormati. Mat tidak berhajat nak menjawab kesemua persoalan “Apa teruk sangatkah nasib bangsa Melayu selepas 53 tahun Umno memerintah?” kerana memakan masa dan mungkin perlu wujudkan satu blog baru. Tambahan pula Mat tak ingin perbincangan ini jadi sama macam perbincangan yang biasa berlaku iaitu perdebatan demi perdebatan seperti di rancangan Hujah TV9, tapi tak membawa penyelesaian yang jitu. Walaupun begitu, terima kasih kepada TV9 kerana tetap mewujudkan slot sebegitu sekurang-kurangnya memberi satu input baru kepada masyarakat yang tidak pernah cuba mencari maklumat selain dari Utusan Malaysia, Berita Harian, dan RTM.

    Maaf Jika ada yang salah faham dengan tujuan perbandingan UMNO & British. Bukan maksud Mat nak samakan 100 peratus dari fizikal, mental dan rohani. Bukan maksud Mat British majoriti beragama Kristian maka UMNO parti Kristian. Bukan maksud Mat British (non muslim) tidak sembahyang 5 waktu ahli UMNO pun tak sembahyang 5 waktu. Cuma..Perbandingan itu sekadar merujuk kepada TITIK RUJUKAN atau ‘Benchmark’ yang sering digunakan oleh kebanyakan masyarakat untuk membuktikan UMNO pejuang MELAYU ISLAM. Kebanyakan orang mengatakan UMNO ISLAMIK dan pejuang MELAYU kerana membina banyak masjid-masjid hebat, sekolah-sekolah agama, sekolah-sekolah kebangsaan, UIA, USIM, membina lebuhraya, membina jambatan kedua Pulau Pinang, IKIM, alhamdulillah kini ada Ulama muda UMNO. Kebanyakan titik rujukan yang diberikan boleh disimpulkan dalam bentuk fizikal ataupun pembangunan. Bagi berhujah berdasarkan perbandingan fizikal inilah, maka Mat mengenengahkan hal ini menggunakan perbandingan British tadi. UMNO bukan seratus peratus macam British. Persoalannya adakah British membenarkan sekolah agama terus berjalan dizaman penjajahannya, British membawa pasukan tentera mempertahankan semapadan Tanah Melayu, British membina sekolah-sekolah Melayu termasuk untuk golongan elit, British membenarkan masyarakat Islam mengamalkan Islam, British membina pelabuhan-pelabuhan untuk kapal berlabuh untuk mendapatkan kewangan bagi membangunkan Tanah Melayu yang dijajahnya…maka Briish Islamik dan wira Melayu?

    Adakah penentang british tidak bersyukur dengan materialistik yang diberikan British? Tanpa bantuan British, maka tanah Melayu susah untuk keluar dari cengkaman Jepun seperti cerita Sarjan Hassan. Adakah UMNO, Pas, Tunku Abdul Rahman, Dr. Burhanuddin adalah manusia-manusia yang tidak bersyukur dengan jasa British? Ya, sememangnya mereka berhak atas tanah air sendiri. Cuma skop titik rujukan adalah aspek fizikal dan zahiriyah.

    Berbalik kepada asas yang Mat nampak bagi mengukur kejayaan UMNO selama 53 tahun. 1) Sejarah Penubuhan Malaysia, 2) Bahasa Melayu, 3) Pencapaian UMNO yang sesuai dengan tempoh pemerintahannya selama 53 tahun. Walaupun ada yang mengajak kembai kepada Sejarah, kerana kembali kepada Sejarahlah maka banyak perkara yang perlu dipelajari dari UMNO terutama kelemahan yang perlu dibaiki demi kelansungan Melayu dan Islam. Mat belum bersedia untuk mengungkit sejauh mana kejayaan UMNO menentang Malayan Union yang dibangga-banggakan, Sejauh mana UMNO benar-benar mempertahankan tanah air Melayu Islam di era dahulu dan sekarang kerana faktor kekangan masa. Jika ada yang tetap mahukan pendapat berdasarkan fakta-fakta tersebut, Mat akan cuba berkongsi dan saling memperbaiki.

    Cuma nak sentuh satu aspek dulu iaitu bahasa. Slogan ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ begitu bagus dan berjaya diketengahkan di zaman pemerintahan UMNO. Ummat Melayu Islam bersyukur atas usaha itu, namun…sejauh mana usaha yang dibuat oleh UMNO yang ada kuasa, urus kewangan negara, urus kementerian kebudayaan dan pelancongan, urus kemenerian pertahanan negara memperjuangkan bahasa Melayu. Mana pergi tulisan jawi? Kenapa aspek kecil asas pun tak dapat diubah supaya menjadi Qudwah kepada rakyat untuk mempertahankan Bahasa Melayu yang sememangnya dekat dengan Bahasa Arab?

    Cuma nak diingatkan, tujuan utama komen Mat yang lepas adalah pada perenggan akhir. Berharap sebuah NGO seperti ISMA mampu istiqamah dengan kebenaran Melayu-Islam walaupun berhadapan dengan ahli bukan Melayu yang ramai kelak, UMNO dan PAS terpaksa macam lalang kerana mahukan undi bukan Melayu. Mampukah PRESIDEN ISMA ke 6 atau ke 7 nanti terus mempertahankan prinsip ini? UMNO memang berjasa, Mat sendiri masuk SBP, dapat biasiswa JPA dan makan subsidi yang diURUSkan oleh UMNO. Cuma Kritikan perlu bagi memperbaiki keadaan tambahan pula sedih jika kita timbangkan-timbangkan jasa UMNO dan kegagalan UMNO. Ayuh Muhasabah, baiki kelemahan masing-masing bagi Pas & UMNO.

  5. muhammad says:

    salam wbt, saye rasekan ISMA menyeru kpd penyatuan umat Islam, lebih-lebih lagi melayu kerna ia mampu mempengaruhi kebaikan bagi umat islam yg lain… solusi yg dilihat adalah penyatuan semula umat ini… bendera2 ini perlu disatukan… UMNO mampu menggalakkan penyatuan dengan PAS, justeru umat bersatu… tapi langkah bukanlah hanya diatas kertas, tapi deiterjemahkan dengan hati-hati yg benar bersatu… UMNO mempunyai kekuatan, dari segi suara dan kuasa untuk mempengaruhi rakyat seperti yg tuan katekan… NGO2 melayu yg juga menyeru kpd penyatuan… untuk PAS berada dlm PR, adalah satu yg akan bertentangan sendiri dgn prinsipnya, kerna DAP sendiri mengumumkan ketidaksediaannya membentuk negara Islam… UMNO nampak mula berminat dengan menjaga perihal kesucian Islam, tapi hinalah ia andai hal dipolitikkan… Maka, alangkah baiknya penyatuan ini terjadi…

    Andai dilihat, pada hari ini, Malaysia terlalu jauh utk dikatakan sebagai aman… dengan konflik bersama rakyat Indonesia, ditambah dgn perpaduan antara kaum, dan lebih parah perpaduan dalam kaum… Ia adalah masalah besar buat negara… The next generations deserve a better condition… bagi org yg berfikir, takkan mudah utk diberitahu oleh PM bahawa kita sedang aman, walhal tidak…

  6. Kamarul says:

    Saya nak bertanya.. apa salah PAS bersatu dengan DAP? sehingga menuduh PAS yang bukan2 kerana bergabung dengan DAP..

    dan kenapa UMNO bersatu dengan MCA, MIC, GERAKAN, PPP yang jelas anti Islam.. tiada siapa yang marah?

    UMNO sudah memerintah lebih 50 tahun.. dan PAS pernah ajak UMNO bermuzakarah via Tok Guru Nik Aziz pada tahun 1995 tetapi ditolak mentah2 oleh UMNO..

    kenapa baru sekarang?

    ISMA jangan double standard.. PAS bersama DAP dihina tp UMNO bersama MCA, GERAKAN yang anti Islam didiamkan..

    When you double standard.. show that your really bias and can’t talk about PERPADUAN or become the middle man.. because you don’t deserve it..

  7. Kamarul says:

    Kalu betul ISMA bising sangat nak perpaduan PAS-UMNO.. Jangan hanya minta PAS tinggalkan DAP.. tetapi:

    1. UMNO juga mesti tinggalkan MCA, MIC, GERAKAN, PPP, PBS, LDP seperti mana PAS tinggalkan DAP.

    2. PKR pun perlu dijemput sama dalam perpaduan tu kerana PKR majoritinya Melayu dan ramai penggeraknya pun orang Jemaah juga..

    3. Tinggalkan SEKULAR..

    ADA BERANI?

  8. Kamarul says:

    Kalau ISMA nak sangat perpaduan PAS-UMNO. Jangan hanya meminta PAS meninggalkan Pakatan Rakyat (DAP dan PKR) tetapi juga:

    1. UMNO perlu meninggalkan MCA, MIC, GERAKAN, PPP, PBS, LDP serta meninggalkan Barisan Nasional (BN) seperti mana PAS perlu meninggalkan DAP.

    2. PKR juga perlu dijemput sama di dalam perpaduan itu kerana PKR adalah parti majoriti Melayu dan penggeraknya pun ramai orang jemaah

    3. Tinggalkan SEKULAR and adopt ISLAM seratus peratus

    ADA BERANI?

  9. izat says:

    Kita hanya sibuk UMNO-PAS mesti bermuafakat. Tapi kita kena lihat bolehkah kita bersama kelompok yang berminat sesama MELAYU dan ISLAM bermuafakat terlebih dahulu.

    Sudahkah kita laksanakan?

    Kadang-kadang kita sesama kita pun tak boleh sefahaman, Kita terpaksa buat perjanjian sesama kita kemudian kita tak ikut pun perjanjian kita. Kita hentam sesama kita. Nampaknya kita kena bermuafakat sesama kita dahulu dan pegang pada janji sesama kita.

    PAS dan UMNO mungkin ada sebab-sebab mereka tertentu dan tak boleh nak anggap lallang. Mereka dah lama dalam perjuangan. Kita mungkin setahun jagung.

    Itu sebab kita perlu duduk semeja dengan UMNO, PAS , PKR, ABIM dan berbagai kelompok yang berminat pada Melayu dan Islam dan bersikap positif pada semua.

    Beranikah kita?

  10. ahmad says:

    ni bukan soal ada berani :)
    ubah sket…..
    ADAKAH ANDA CINTAKAN ISLAM???
    tak perlu kot main tinggal2, cukuplah menyatakan keBERSAMAan untuk memBELA Islam dan berbincang akan survivalnya di bumi Malaysia ini…

    ADA BERANI? :)
    *kalu nak main sapa berani tinggalkan dulu pakatan masing2, alamatnya lingkuplah survival Islam kat malaysia. apa kata SAPA MULA DULU???
    hadith bermaksud: “Barang siapa yang memulakan dalam Islam satu amalan yang baik lalu perkara itu diikuti (oleh orang lain) sesudahnya, maka dituliskan (ganjaran pahala) untuknya sama seperti ganjaran pahala orang yang melakukannya tanpa dikurangkan pahala mereka sedikitpun….” muslim

  11. hidup says:

    perjuangkan kebenaran, tak semestinya dengan politik partisan.

  12. balqis says:

    assalamualaikum buat bangsaku, darah yang mengalir adalah darah islam yang satu ketika dulu pernah melakarkan sejarah gemilang dirantau nusantara…biar dimana kaki kalian berada, stand mana yang kalian pegang, ingat,, utamakan saudara sebangsamu..biar berbeza warna politik, stand dan pendapat, satukan hati bila bangsa melayu,bangsa islam,bangsamu dizalimi..orang2 melayu bercakaran sesama sendiri, hingga merasakan bangsa lain lebih baik, akhirnya, bangsa sendiri tergadai..musuh menanti keretakkan ummah islam berbangsa melayu…lihat dengan mata hatimu sebagai anak melayu yang diasuh dengan peradaban Islam..bagaimana generasi melayu kini?..jika anda melayu..sayangi bangsa anda…pasti islam gemilang bila melayu terbilang..moga melayu kembali dipersada sejarah Islam nusantara..amin,,sayang melayu..sayang islam…sayang islam..sayang melayu

  13. izat says:

    Sudikah peminpin ISMA bertemu kepimpinan UMNO, PAS, ABIM, Tabligh, PKR dan lain-lain kumpulan demi kemuafakatan Melayu dan Mendaulatkan ISLAM.

  14. Atiq says:

    mungkin Izat tak berapa tahu perkembangan dan usaha yang dilakukan oleh pimpinan ISMA. PAS, UMNO, ABIM, Tabligh, PKR etc tu dah ditemui dan diusulkan. Ada yang tolak mentah2, ada yang setuju, ada yang nak fikir dulu.

    Izat pernah tanya pada pimpinan ISMA secara terus? Pejabat pusat ISMA ada di BBBangi. Boleh singgah kalau ada masa.

    ISMA nak bina generasi harapan, taat pada Allah, ikut perintah Allah. Tidak semudah yang dijangka utk bawa manusia kepada mentaati Allah. Tapi dalam usaha tanpa henti ahli ISMA.

    Kalau izat sudi sertai ISMA, dan turut serta dalam setiap program tarbiyah ISMA, insyaAllah Izat akan dpt melihat jalan pembaikan yang diinginkan ISMA.

    Sudi join, Izat?

  15. izat says:

    Saya rasa lebih baik ISMA jadi sayap kanan NGO UMNO, Dengan ini ISMA boleh merawat UMNO dari dalam dengan lebih yakin. Buat masa kini orang Melayu masih yakin dengan UMNO walaupun ada kelemahan.

    ISMA boleh beri cadangan pada UMNO yang boleh menentu hala tuju Kerajaan. Ramai Ulama UMNO yang boleh berkerjasama dengan ISMA.

    Kerana ISMA lebih bersih dari UMNO , mungkin PAS, PKR dan lain-lain boleh terima ISMA, kerana ISMA badan NGO dan non partisan.

    Sebagai NGO sayap kanan UMNO, MIC, Gerakan, MCA boleh terima pandangan ISMA berkenaan ISLAM dan mmbetulkan persepsi mereka.

    Tidaklah mereka menghentam Islam lagi.

    Ini satu pandangan, sama-samalah fikirkan untuk bentuk Melayu baru. Isu Melayu Baru memang sudah di bawa pada zaman Dato’ Md Taib lagi.

  16. mads says:

    dalam melaksana perubahan, tidak mungkin hasilnya dapat dilihat dalam tempoh sehari,, jom terus berkerja

  17. muhammad says:

    MCA dan DAP terang2 tolak islam utk pemerintahan… maka, knapa perlu bersatu dgn mereka, sdangkan ramai yg nakkan Islam… kerna berlainan manhaj, umat bertelagah, sedangkan semua ingin kn kerajaan islami, tp boleh bersatu dgn org2 mnentang pemerintahan islam… mmg b’kmungkinan utk mengubah pemikiran mereka, tp persaudaraan dalam agama ini lebih penting dari hubungan dgn umat lain… sudah pasti pernah terdengar, si syahid yg bermanhaj tabligh, ada juga bermanhajkan Ikhwanul Muslimin… maka, adakah kita yg cita2kan syurga Allah akan bertelagah, dan lebih teruk mencari ahli neraka utk berlindung diri… menjaga persaudaraan dlm lebih penting drpd p’selisihan remeh yg pernah ada dlm umat ini…

  18. Cadangan Penyelesaian 1: Isma perlu berusaha tubuhkan;

    Majlis Perundingan Islam Melayu dan Bumiputera Malaysia (MPIMB)

    Dianggotai oleh Majlis tertinggi (mestilah yang dihormati kesemua parti politik):
    1) Prof Diraja Ungku Aziz
    2) Ust. Dr. Zahazan
    3) Dr. Danial
    4) Dr. Ridhuan Tee
    5) Dato A.Aziz Deraman
    6) Prof Khoo Key Kim

    Ahli Jawatan Kuasa Majlis-Majlis Ulama:
    1) Wakil Majlis Ulama ISMA
    2) Wakil Dewan Ulama Pas
    3) Wakil Ulama Muda UMNO

    Ahli Jawatankuasa Utama:
    1) Presiden ISMA, IKRAM, ABIM & PERKASA
    2) Presiden UMNO, PAS & PKR

    Ahli Jawaankuasa:
    1) 5 orang wakil PAS
    2) 5 orang wakilo UMNO
    3) 5 orang wakil PKR

    Konsep perbincangan dan Disiplin:
    1) Hasil perbincangan mestilah dipatuhi oleh tiga parti Melayu terbesar dalam bersaing untuk memenangi politik. Contoh:

    a) MPIMB memutuskan tidak boleh lagi berkempen untuk membuka kouta Biasiswa rasmi bumiputera seperti JPA kepada bukan ISLAM,MELAYU & BUMIPUTERA demi mendapatkan sokongan undi. MAKA setiap parti MELAYU ISLAM perlu patuh dan menggunakan isu lain dalam berkempen. Sekiranya ada parti yang ingkar, maka orang Melayu perlu memboikot parti tersebut.

    Jadi… setiap parti perlu berkempen dengan isu lain seperti kejujuran mereka, perancangan ekonomi yang sistematik, korupsi dan saling memartabatkan Islam dan Melayu.

    2) Usul yang dikemukakan oleh Majlis mestilah berkisar mengenai mempertahankan hak Islam, Melayu dan Bumiputera.

    Walaupun PR dan BN berlainan kumpulan parti, bersainglah dalam kejujuran, membaiki korupsi dan kebijaksanaan melaksanakan kebajikan.

  19. Lagi…..Majlis Perundingan Islam Melayu dan Bumiputera Malaysia (MPIMB)

    1) Majlis ini adalah penyelesaian semasa yang sangat penting bagi memastikan pilihanraya akan datang tidak bertuhankan undi orang bukan Melayu dengan menggadaikan Melayu dan Islam.

    2) Majlis ini tidak membunuh perjuangan dan Ijtihad yang ada. Majlis bertujuan hendak memacu landasan politik yang berprinsip, adapun NGO dan gerakan lain yang ada manhaj sendiri, teruskan usaha anda. Tidak bererti ISMA menyertai Majlis ini maka isma perlu tinggalkan manhajnya, tidak bererti ABIM menyertai usaha ini maka ABIM perlu tinggalkan manhajnya. Di sinilah kita dapat melihat keterbukaan UMNO dan Pas.

    Perlukah ISMA menjadi sayap NGO UMNO?

    1) Dengan penubuhan majlis ini, bukan sahaja UMNO, tapi Pas dan PKR akan bersemuka dengan NGO-NGO penting di Malaysia. Jika UMNO mampu ikhlas, pandangan dan saranan ISMA boleh diterima pakai TANPA MENSYARATKAN ISMA MENJADI SAYAP UMNO. Jika kebenaran, kenapa perlu jadi sayap baru dapa terima pendapat?

    2) Dato Seri Anwar Ibrahim pernah bersama UMNO dan ingin merubah dari dalam (wallahua’lam), tapi…gagal. Natijahnya difinah dan dihina. Pas sendiri pernah menyertai UMNO. bukan hanya sayap NGO, bahkan MENYERTAI UMNO. Pendapat dan saranan diberi secara langsung di dalam UMNO. Tapi…lihatlah petikan Aminuddin Yahaya yang lepas;

    “Antara sebab utama UMNO menendang keluar PAS semasa zaman Tun Hussein Onn ialah kerana kebimbangan UMNO terhadap perkembangan pengaruh PAS kepada pengundi Melayu terutama di kawasan-kawasan Felda yang menyaksikan ramai orang Melayu ketika itu yang mula menyokong PAS. Untuk menyekat perkembangan ini Tun Hussein Onn telah mengambil keputusan untuk memecat PAS dari BN. Kebimbangan yang sama juga mungkin ada pada pimpinan UMNO kini. Oleh itu mereka semestinya memikirkan 1,000 kali untuk bersatu dengan PAS.” (Kesatuan Yang Kita Inginkan, Aminuddin Yahaya).

    Walaupun begitu buang yang keruh, ambil pengajaran dari Sejarah. Tubuhkan Majlis ini, sekurang-kurangnya dapat bersepakat dalam perkara asas supaya permainan politik tidak menggadaikan Melayu yang 99.99 peratus Islam dan majoriti di Malaysia. Kerja-kerja bermanhajkan selain politik teruskan usaha walaupun datang dan bersepakat dalam Majlis ini dalam isu POLITIK.

  20. srikandi says:

    Salam

    Allahu akbar! Kenapa bila disebut MELAYU mesti dikaitkan dengan parti politik ya? Memangnya definisi Melayu itu UMNO sahaja?

    Oh, bangkit sedarlah. Penekanan utama di sini MELAYU ISLAM. Yes, bangsa lain mungkin dok tertawakan kita yang berpecah belah dan mereka tetap berusaha dalam diam sesama mereka untuk memporak perandakan kita.

    Alahai, jangan melatah bila ISMA menekankan MELAYU. Bukan isu politik yang dimainkan di sini. Harapan ISMA hanya cuma kepimpinan Malaysia diterajui dominan orang MELAYU yang beragama ISLAM. Tak sanggup kot nak tengok bila Islam sikit demi sikit mula terhakis.. adehhh

    Haih, kome nih. Agenda ummah tu banyak lagi. Kerja lebih, cakap kurang. Mungkin itu lebih effisien.

    Wallahua’lam

  21. hazli says:

    Merawat tidak semestinya dari dalam andai dalaman sudah parah, silap2 yg masuk dlm pun terkubur.

    So bgi sy la Abg Izat, sebelum melemparkan apa2 pandangan abg izat dah jumpa semua pemimpin UMNO, PAS, ISMA, ABIM dan bertanya mereka tentang hal ini? Jika tak setuju dengan cara ISMA pernah sudah berdialog?

    Izat dah buat survey berapa ramai lagi belia yang masih yakin dengan institusi kepartaian di Malaysia?

    Ada berani buat statitstic? Wihtout theory and evidence basd cmne Abg Izat nak wat claim macam2?

    In sciences, we cannot claim jer, sama gak dalm isu permuafakatan. Sebelum kata org tuh x buat itu dan ini.Baik selidik dan berjumpa dengan org kedua-dua pihak. Tanya apa yang dah mereka usahakan utnuk permuafakatan.

    kalau tak berani nak tanya dan jumpa, let look at ourselves, apa sumbangan kita sendiri untuk permuafakatan? Untuk fahamkan semua orag or at least ahli keluarga kita tentang kepentingan isumelayu islam?

    Ada berani? Ada mahu cuba dulu?

  22. izat says:

    Banyak platform UMNO yang boleh ISMA boleh manafaatkan. Kita kata nak bina generasi harapan. sebagai contoh ISMA boleh bantu membentuk kelas-kelas Tadika Kemas yang UMNO jalankan agar benar-benar terbina berasaskan tarbiyah ISLAM yang betul. Tadika tu ada seluruh Malaysia, kita mesti mula tarbiyah dari rebung lagi. Kerana Generasi yang berada di tadika KEMAS sekarang dalam masa 20 tahun lagi akan menjadi pemuda-pemuda yang akan mewarnai senario akan datang.

    Jangan pandang UMNO yang rasuah, yang sakit, yang lemah sahaja, itu pandangan stereo typing sahaja yang dah basi. Kita kena ubah pandangan yang lebih positif terhadap UMNO. Begitu juga dalam pendidikan sekolah rendah dan menengah kita boleh bantu UMNO. UMNO sekarang pemegang dasar itu satu hakikat yang kita kena terima.

    Malah banyak lagi platform UMNO yang ISMA boleh bantu cuma khuatir ISMA tak cukup resources sahaja.

    Mungkin ISMA kena ada multi dimension thinking dan bersikap positif.

  23. mashitahtukangsikat says:

    salam,

    mashitah xada apa2 nak komen, cuma suka mengikuti perkembangan usaha2 kesatuan utk kepentingan yg menjurus kpd islam di bumi malaysia ini.

  24. Suasana dan perubahan…

    Suasana sangat dominan dalam pembentukan jiwa dan masyarakat. Bermula dengan individu, berkembang menjadi keluarga dan masyarakat. Peranan suasana atau biah sangat besar sehingga mampu meleburkan jati diri seseorang. Mat yakin semua pernah mendengar pelajar sekolah agama atau bekas sekolah agama terjebak dengan ma’siat dan jenayah yang tak terfikir dek akal waras akan dilakukan oleh si pembuat. Ini kerana suasana di luar sekolah agama seperti di universiti jauh berbeza. Kebiasaannya, kerosakan pelajar sekolah agama dipengaruhi oleh faktor kawa-kawan rapat yang membentuk suasana. Suasana kawan sekeliling yang tidak mempedulikan dosa dan ma’siat melarutkan jati diri seseorang walaupun dahulunya seseorang itu adalah bekas pelajar sekolah agama. Kes Sufiyah Yusof si genius Matematik yang pernah menggemparkan masyarakat Malaysia dengan keterlanjurannya di Oxford juga tidak dapat lari dari faktor kawan-kawan dan suasana sekitar.

    Bagi Mat, NGO seperti ISMA mahupun ABIM akan menerima tawaran mentarbiyah anak-anak sama ada UMNO mahupun PAS iaitu sama ada KEMAS ataupun PASTI. Namun, persoalannya, berbaloikah jika matlamat mentarbiyah anak-anak kecil di tadika seperti KEMAS semata-mata untuk diserapkan ke dalam kumpulan manusia yang telah parah dengan penyakit. Berbaloikah mentarbiyah anak-anak untuk diserapkan ke dalam kumpulan manusia yang telah biasa dengan rasuah, fitnah, politik wang dan salah guna kuasa? Bukankah lebih baik anak-anak yang ditarbiyah ini di takung dalam satu takungan baru yang tidak berkait secara langsung dengan kumpulan manusia yang popular dengan jenayah politik.

    Tanpa menjadi sayap UMNO, NGO tetap bergerak…

    Mat tengok, NGO-NGO kat Malaysia dah buat kerja tanpa menjadi sayap UMNO. Kita tengok ISMA, ABIM, JIM dah pun buat program-program pembangunan manusia tanpa menjadi sayap UMNO. Asalkan pengetua sekolah dan KEMAS berfikiran waras dan mahukan generasi pemuda yang cekal pada masa akan datang, Mat yakin pihak pengurusan sekolah dan KEMAS akan berlapang dada dengan NGO yang ada. UMNO sendiri pun perlu terbuka dalam membenarkan NGO bergerak tanpa mensyaratkan mereka menjadi sayap UMNO. Situasi sekarang bagus, kerajaan membenarkan NGO bergerak. Terima kasih UMNO.

    Keluar dari tempurung…

    Sudah lama orang Melayu bersangka baik dengan UMNO. Tidak cukupkah 53 tahun memerintah untuk benar-benar memartabatkan bangsa Melayu-Islam dan Bahasa Melayu? Mungkin setelah 20 tahun Merdeka, UMNO boleh memberi alasan sedang memartabatkan bangsa dan bahasa Melayu, tapi sekarang dah 53 tahun. Selepas Tunku Abdul Rahman, orang Melayu masih bersangka baik dengan UMNO walaupun Singapura terlepas ke tangan orang asing. Siapakah yang memerintah ketika itu? Kemudian, Naik Tun Razak yang popular dengan dasar ekonomi baru. Kemudian, kesatuan yang telah wujud dikhianati oleh Tun Hussein apabila memecat PAS. Orang Melayu tetap bersabar dan berfikiran positif lalu mengangakat Tun Mahathir. Tun Mahathir yang bermula dengan semangat Melayu terus naik dan popular. Namun, tulisan jawi kian hilang, Bahasa Melayu diabaikan, Islam? Wallahua’lam. Dari sudut pembangunan lahiriah atau fizikal, kita puji UMNO dan Tun Mahathir.

    Kemudian diikuti oleh Tun Lah. Islam Hadharinya hanya wujud dizaman pemerintahannya. Kini, mana pergi Islam Hadhari? Orang yang sejujur Tun Lah adalah harapan untuk menyatukan ummah. Kenapakah orang sejujur Tun Lah tidak mampu menyatukan ummah Melayu-Islam? Adakah kita yakin jika Tun Lah menyarankan perpaduan UMNO-Pas ketika itu, maka akan disokong oleh majoriti ahli UMNO? Semestinya sukar, ini disebabkan kuasa UMNO ketika permulaan pemerintahan Tun Lah sangat kuat. Bila Kuat, PAS tak dianggap seperti Melayu dan tidak pun diajak bersatu. Adakah Tun Lah tidak baik dan tidak mahukan perpaduan? Tidak! Tun Lah sangat jujur, tapi suasana UMNO lah yang menjadikannya begitu. Walaupun Batu Putih hilang ke tangan orang asing, orang Melayu tetap bersangka baik dan yakin UMNO mampu berubah. Kemudian diikuti oleh Dato Najib. 1 Malaysia yang menjadi taruhan. Namun, Melayu kini bukan hina hanya kerana tangan orang asing, tapi Melayu dan Islam dihina oleh rakan karib kepada pemimpin sanjungan orang Melayu. PEMIMPIN MCA yang pernah bernaung di bawah pemerintahan Tun Mahathir, Tun Lah dan Dato Najib. Tidak cukupkah 3 tokoh Melayu untuk memahamkan Soi Lek mengenai Hak Keistimewaan Orang Melayu dan Kontrak Sosial? Maka keluarlah dari tempurung, sedarlah. Orang Melayu perlu cuba alternatif lain. Mungkin UMNO perlu diberi pengajaran. Kita kena berpijak pada bumi nyata. UMNO tak pegang kuasa dasar lagi. 2/3 BN pun dah hilang. Tambah-tambah pengaruh Anwar kini menjalar ke Sarawak dengan kemenangan pilihanraya Sibu. Janji setia pada prinsip asas sangat perlu. Biar UMNO atau PAS &PKR yang naik, pastikan prinsip asas tidak digadaikan.

    UMNO sudah Insaf…

    UMNO sudah Insaf? sepatutnya begitu. Cuma Mat sedih, kenapa dalam ungkapan-ungkapan perpaduan, Royalti Minyak Kelantan masih disekat. Kenapa media kerajaan terus menghentam PR. Sepatutnya ketika mana TPM mengajak perpaduan, media dan individu kerajaan perlu menunjukkan kesungguhan. Sudahlah PAS masih fobia denga sejarah hitam, media pula terus menghentam. Sudah 53 tahun Orang Melayu bersangka baik dan berharap pada UMNO…tapi nama partinya pun tak mampu nak diubah kepada nama bahasa Melayu. Buka minda, keluarlah dari pemikiran basi.

  25. izat says:

    Apalah salahnya ISMA bantu TADIKA KEMAS. Budak2 tu tak berdosa. Rasul pun tak pernah penat ajak Quraish beriman pada ALLAH apatah lagi kanak yang bersih hatinya untuk kita didik. Bolehlah guna model ISMa didik mereka supaya jadi generasi MEalyu Baru hebat dan cemerlang lagi terbilang.

    Isma dah lahir ramai usahawan dan proffesional MELAYU BARU yang baik, amanah dan mejaga kebajikan pekerja dengan baik dan cermerlang dan tidak kenal RASUAH malah bekerja dengan iklas untuk berjihad seharusnya mengguna platform yang ditaja oleh UMNO seperti MARA, PUNB dan berbagai agensi kerajaan memberi pentunjuk pada usahawan Melayu BARU.

    HIDUP MELAYU BARU.

  26. syed anwar says:

    melayu tidak akan baru.dan tidak diperbaharui lagi.tidak ada nas yang mengatakan satu bangsa itu akan berjaya jika ianya menjadi baru.baru atau lama bukan persoalan tetapi yang menjadi penentuan adalah ketaatan yang hakiki kepada Allah Melalui petunjuk Al Quran Dan Sunnah Rasul.sungguh menghairankan kenapa kita perlu mencipta idea idea yang berbelit belit.sekejap Islam yang syumul sekejap melayu baru.Tidak timbul melayu plus Islam baru Islam diMalaysia akan berjaya.Ketahuilah saudara ku persoalan Islam dan Melayu tidak setanding ibarat langit dan bumi.Islam adalah anugerah Allah kepada semua manusia tak kira apapun bangsa mereka.Melayu ini adalah hakikat biologi yang diciptakan Oleh Allah sebagai tanda kehebatan penciptaanNya.Logiknya diMalaysia pada hari ini jumlah muslim yang berada diMalaysia adalah melebihi jumlah orang itu sendiri walaupun melayulah yang dominan dari segi bilangannya.Adakah sirah nabi Muhammad SAW mengajar kita dengan berkualitinya i