Melayu Baru: Persetujuan 1
Beberapa hari yang lepas saya sempat menghadiri satu majlis ifthar anjuran salah satu agensi kerajaan. Ia merupakan majlis yang menemukan semua pemimpin agama seperti Islam, Kristian, Buddha, Hindu, Bahai dan beberapa lagi yang saya tak pasti namanya. Kehadiran dianggarkan sekitar 100-150 orang. Menarik juga dapat berbincang-bincang dengan ketua-ketua agama dari pelbagai kefahaman. Terasa bertuah berada dalam majlis tersebut dan saya perlu memberikan pujian kepada penganjur majlis.
Namun dalam keseronokan menikmati juadah makanan serta berbincang dengan beberapa tetamu yang hadir, saya rasa amat terkilan apabila seorang pendakwah Islam yang dikatakan telah melakukan interfaith dialogue selama 20 tahun memberikan ucapan beliau. Ruang masa sekitar 15-20 minit yang diberikan kepada semua wakil ketua agama untuk berucap digunakan beliau untuk mengkritik orang Islam terutama Melayu. Beliau melahirkan rasa kekecewaan di atas sikap orang Melayu yang enggan terlibat dengan perbincangan antara agama. Orang Melayu juga dikatakan mempunyai pemikiran yang masih sempit dalam melihat perlaksanaan agama lain. Beliau juga cuba meyakinkan para hadirin betapa tolerannya agama Islam terhadap agama lain.
Lebih malang lagi ucapan beliau diberikan tepukan gemuruh oleh ketua-ketua agama bukan Islam dan dipuji sebagai seorang yang berfikiran terbuka. Rasa malu juga terasa pada diri apabila dihina di hadapan agama lain.Yang menghairankan saya tidak terdengar pula ketua-ketua agama lain mengkritik bangsa mereka. Malah boleh dikatakan semua mereka menyatakan kesedihan terhadap tanggapan orang Islam kepada mereka dan mereka mahu beberapa kedudukan yang membolehkan mereka beribadat dengan selesa. Secara sinisnya mereka mahu menuntut hak yang sama dalam amalan agama mereka.
Nah, sekali lagi orang Melayu terlajak.
Sebenarnya keengganan orang Melayu berdialog dengan bukan Islam bukan boleh dilemparkan tuduhan begitu mudah tetapi sebaliknya ada beberapa sebab utama:-
1. Mereka bukan nak faham Islam tetapi nak jadikan itu sebagai medan untuk “Islam bashing”. Juga untuk menyatakan tuntutan mereka.
2. Isu bahawa mereka akan faham Islam melalui dialog hanyalah retorik saja. Realitinya mereka bukan nak faham sangat tetapi cuba mengelirukan audience.
3. Prinsip dialog tak clear. Orang bukan Islam mesti sedar bahawa Islam itu di atas dan yang lain hanya perlu ikut. Bukan Islam itu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan agama lain. Yang ini tak clear kerana mereka menganggap agama itu sama saja, semua hendak kepada kebaikan. Kalau macam itu macam mana nak berdialog.
4. Aneh juga setelah 20 tahun berbincang puak-puak bukan Islam masih belum faham Islam dan menuntut pelbagai perkara dan tak kurang pulak yang menghina Islam.
Persoalannya, adakah dialog ini jalan penyelesaiaan atau ia hanya sekadar strategi pihak bukan Islam untuk melemahkan umat Islam dengan menyibukkan mereka untuk berdialog? Saya lebih cenderung kepada yang kedua itu.
Pesetujuan 1
Peristiwa yang saya nyatakan di atas hanyalah sebagai contoh sahaja. Yang saya cuba nak tekankan di sini ialah kenapa pendakwah Melayu ini mengkritik bangsa sendiri ketika orang lain hanya mentertawakannya. Ini satu tamparan yang sangat memalukan. Begitu juga dalam aspek politik, ahli politik Melayu selalu hina menghina sesama mereka. Saya tidak menidakkan kelemahan yang ada pada orang Melayu tetapi biarlah kita berbincang sesama sendiri supaya musuh tidak dapat tahu kelemahan kita.
Oleh itu saya mencadangkan kepada semua pihak samada PAS, UMNO, PKR, NGO, bloggers, pendakwah dan lain-lain dari kalangan orang Melayu supaya BERSETUJU bahawa kita tidak akan hina menghina di antara satu sama lain. Apatah lagi jika ia melibatkan individu tertentu.
“MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT”

Aminuddin Yahaya,
Setiausaha Agung,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Blog: Suara Dari Gunung


setuju! kami selaku mahasiswa di mesir amat-amat bersetuju!
Begitulah hendaknya jangan kita menghina sesama kita. Cari titik persamaan sesama kita. bermula dengan yang kecil. Dulu saya cadangkan bantu TADIKA KEMAS sebagai asas membina generasi harapan.
Lepas tu bantu usahawan PUNB dan MARA yang ditaja kerajaan.
Satu lagi platform supaya ISMA jadi anggota RELAWAN Rakyat dan boleh bantu RELA.
Jangan ada pula yang marah -marah macam nak nganyang UMNO, sampai kanak-kanak TADIKA KEMAS dinafikan model pendidikan ISMA yang dapat lahirkan Generasi Melayu Baru yang Cemerlang dan Terbilang.
Selamat Hari Raya Kepada & Jutaan maaf dipohon kepada semua pencinta kebenaran dan masih ada semangat untuk memikirkan masalah ummah. Sekali lagi saya pohon kepada pihak ISMA supaya menjalankan proses menerajui pembentukan satu wadah atau medium untuk perbincangan diadakan. ISMA tidak ada siaran TV atau Radio untuk mewar-warkan segala persetujuan sesama Melayu-Islam. Persetujuan 1 yang digubal menampakkan kesungguhan kita membentuk prinsip-prinsip asas. Semoga persetujuan kedua hingga mungkin kesepuluh, dapat diusahakan dengan jayanya. Prinsip-prinsip asas yang akan selesai dipersetujui nanti memerlukan medium untuk sampai kepada pihak yang berautoriti menjayakannya iaitu PAS, UMNO, PKR dan NGO. Sekiranya persetujuan-persersetujuan kita hanya diserahkan dalam bentuk memorandum, takut-takut memorandum tersebut hanya akan masuk didalam fail penerima sahaja. Lebih buruk lagi kalau penyerahan memorandum itu tidak mendapat liputan media, maka sia-sialah. Orang Melayu terus akan menggadaikan prinsip-prinsip ini. Justeru, disamping kita membentuk persetujuan-persetujuan, perlu ada usaha dari pimpinan ISMA memberi maklumat awal kepada tokoh-tokoh akademik yang ‘neutral’ yang bakal terlibat dalam sesi pembentangan Persetujuan-persetujuan kita. Ada baiknya jika Majlis Perundingan Islam Melayu dan Bumiputera Malaysia (MPIMB) telah dipersetujui oleh pihak-pihak yang terlibat serentak dengan hasil persetujuan-persetujuan yang bakal kita sepakati melalui web ini. Hasilnya, saudara Aminuddin Yahaya dapat membentangkannya pada persidangan pertama selaku Timbalan Pengerusi Tetap MPIMB. Berikut saya ulang cadangan mengenai MPIMB sebagai medium penyampaian hasil perbincangan kita yang perlu diusahakan secara serius oleh pimpinan ISMA:
Cadangan Keanggotaan MPIMB:
Pengerusi Tetap:
1) Prof. Madya Dr. Mohamad Agus (Ahli Akademik dan Moderator terkenal)
Timbalan Pengerusi Tetap
1) Aminuddin Yahaya (Setiausaha Agung ISMA)
Majlis tertinggi :
1) Prof. Diraja Ungku Aziz (Tokoh Akademik)
2) Ust. Dr. Zahazan (Tokoh Agama)
3) Prof. Dr. Abdul Aziz Bari (Tokoh Perundangan)
3) Dr. Danial Zainal Abidin (Ahli Perubatan dan Pendakwah)
4) Dr. Ridhuan Tee (Aktivis Akademik)
5) Dato A.Aziz Deraman (Bekas Pengerusi DBP)
6) Prof Khoo Key Kim (Tokoh Sejarah)
7) Prof. Madya Abdul Rahman Ismail (Tokoh Sejarah)
Ahli Jawatan Kuasa Majlis-Majlis Ulama:
1) Wakil Majlis Ulama ISMA
2) Wakil Dewan Ulama Pas
3) Wakil Ulama Muda UMNO
Ahli Jawatankuasa Utama:
1) Presiden ISMA, IKRAM, ABIM & PERKASA
2) Presiden UMNO, PAS & PKR
Ahli Jawaankuasa:
1) 5 orang wakil PAS
2) 5 orang wakil UMNO
3) 5 orang wakil PKR
Konsep perbincangan dan Disiplin:
1) Hasil perbincangan mestilah dipatuhi oleh tiga parti Melayu terbesar dalam bersaing untuk memenangi politik. Contoh:
a) MPIMB memutuskan tidak boleh lagi berkempen untuk membuka kouta Biasiswa rasmi bumiputera seperti JPA kepada bukan ISLAM,MELAYU & BUMIPUTERA demi mendapatkan sokongan undi. MAKA setiap parti MELAYU ISLAM perlu patuh dan menggunakan isu lain dalam berkempen. Sekiranya ada parti yang ingkar, maka orang Melayu perlu memboikot parti tersebut.
Jadi… setiap parti perlu berkempen dengan isu lain seperti kejujuran mereka, perancangan ekonomi yang sistematik, korupsi dan saling memartabatkan Islam dan Melayu.
2) Usul yang dikemukakan oleh Majlis mestilah berkisar mengenai mempertahankan hak Islam, Melayu dan Bumiputera.
Walaupun PR dan BN berlainan kumpulan parti, bersainglah dalam kejujuran, membaiki korupsi dan kebijaksanaan melaksanakan kebajikan.
Ketika persidangan diadakan, Bentanglah HASIL PERSETUJUAN YANG TELAH KITA BENTUK. Sekadar cadangan dan pandangan, Pimpinan sahaja yang layak mempelawa dan meyankinkan tokoh-tokoh akademik tersebut untuk duduk berbincang. Jika berlaku, satu sejarah baru bakal tercipta.
Petikan komen Mat pada isu ‘Melayu Baru’ yang lepas mengenai cadangan menjadi sayap ISMA menjadi sayap NGO UMNO:
“Bagi Mat, NGO seperti ISMA mahupun ABIM akan menerima tawaran mentarbiyah anak-anak sama ada UMNO mahupun PAS iaitu sama ada KEMAS ataupun PASTI. Namun, persoalannya, berbaloikah jika matlamat mentarbiyah anak-anak kecil di tadika seperti KEMAS semata-mata untuk diserapkan ke dalam kumpulan manusia yang telah parah dengan penyakit. Berbaloikah mentarbiyah anak-anak untuk diserapkan ke dalam kumpulan manusia yang telah biasa dengan rasuah, fitnah, politik wang dan salah guna kuasa? Bukankah lebih baik anak-anak yang ditarbiyah ini di takung dalam satu takungan baru yang tidak berkait secara langsung dengan kumpulan manusia yang popular dengan jenayah politik.”
Mat pelik la, mungkin bahasa Mat tunggang terbalik, tapi Mat tak nampak mana satu kenyataan Mat yang menafikan hak tarbiyah untuk anak-anak kecil comel di tadika KEMAS. Mat setuju! kita mesti memberikan hak tarbiyah kepada semua yang berminat. Bukan sahaja KEMAS, bahkan PASTI, Sekolah Agama Rakyat (SAR), hatta jika nama tadika tersebut TADIKA UMNO pun kita kena tarbiyah dengan model yang terbaik dan menyeluruh. Sebab jika anak-anak ini tak bersalah. Bodohlah pendakwah jika meninggalkan ruang-ruang da’wah ini. Siapa nak jawab depan Allah kalau anak-anak ini memberi tahu yang mereka hendak ditarbiyah, tapi kita tak memberi?
Mat cuma kurang bersetuju jika TUJUAN mentarbiyah anak-anak di KEMAS semata-mata hendak diserapkan mereka ke dalam parti UMNO apabila mereka dewasa. Mat kurang bersetuju jika TUJUAN tarbiyah mereka untuk dibuang ke dalam Kumpulan Manusia yang berSUASANAkan atau berBIAHkan korupsi, rasuah, salah guna kuasa dan mengabaikan BAHASA MELAYU. Sekali lagi, malukah jika parti kita berbahasa Melayu? Kalau kita pun tak bangga, orang bangsa lain pun akan buang bahasa kita dalam tong sampah.
Bukankah ABIM itu hebat dari sudut Da’wah & Tarbiyah pada suatu ketika dahulu? Namun Kemasukan tokoh2 ABIM ke dalam UMNO secara beramai-ramai akhirnya tidak ke mana. Anwar Ibrahim tidak keseorangan untuk merawat penyakit dari dalam UMNO. Banyak Ulama-ulama yang menyetujui cara Anwar Ibrahim untuk merawat UMNO dari dalam. Kalau Anwar keseorangan, mungkin mustahil. Tapi apa jadi pada Anwar Ibrahim sekarang? Terubatkah UMNO dengan tindakan tersebut? Anwar kelihatan larut dengan budaya UMNO dahulunya sehingga sanggup menghentam rakan-rakannya dalam PAS. Suasana sangat berpengaruh.
Jadi SUASANA sangat penting, Tarbiyah dan Didik semua anak-anak dari Tadika KEMAS hingga yang tak pernah masuk tadika kerana kemiskinan. Cuma tidak perlu hanya semata-mata untuk menyerapkan mereka ke dalam UMNO. Jangan bazirkan pemuda-pemuda harapan ke dalam kumpulan yang berbiahkan perkara negatif. Bayangkan betapa ruginya jika kita berjaya membentuk seorang lagi genius seperi Anwar Ibrahim tetapi lebih islamik, kemudian kita biar Anwar Ibrahim keDua ini masuk UMNO, dan akhirnya larut dengan suasana itu. bila Mat mengkritik UMNO, tak bermaksud Mat anti Melayu.
Rasulullah S.A.W. sangat penyabar dalam berda’wah. Dari Mekah ke Thoif dan ke Madinah. Tapi Nabi tidak berdakwah selama 53 tahun di Mekkah. Wallahua’lam.
RALAT: Petikan komen Mat pada isu ‘Melayu Baru’ yang lepas mengenai cadangan ISMA menjadi sayap NGO UMNO dan takungan selepas mendidik anak-anak Tadika termasuk KEMAS:
maaf2, nak cepat
ISMA xakn tumpang agenda org lain kn?
Tak semestinya bila anak-anak yang tak berdosa belajar di Tadika KEMAS, semua masuk UMNO. Kita cuma sarankan tolong gunakan model Islam. Bila kita beri kefahaman, mereka sendiri akan menentukan hala tuju.
Mungkin ada ahli ISMA sekarang pun pernah ke TADIKA KEMas.
Biarlah kita bermula dari yang kecil dahulu, matlamat kita jangka panjang bukan pendek dan jangan mudah melatah dengan isu semasa. Sekali lagi di ulang kami di UMNO ada yang Islamik.
Ia tidak mengadaikan aqidah malah ianya salah satu dari uslub dakwah, tak salahkan.
Kita kata tarbiyah anak-anak diKEMAS tak lebih dari itu. Harap kita berfikir bagaimana nak bina Generasi Harapan ini.
Kita kena bersikap positif, dan buang pandangan negatif baru boleh membina generasi harapan. Yang penting kita jalankan peranan mendidik, cuma ianya banyak diplatform UMNO yang boleh dimenafaatkan.
Rasul tak penat didik Quraish hingga ramai jadi peminpin yang hebat, cemerlang lagi terbilang. Dan yang penting jangan merendahkan sumbangan sesama kita.
Sebenarnya ada persamaan dalam perbezaan kita atas salah faham dan emosional:
1) Kita mahu memartabatkan Melayu-Islam, mendidik dan membina generasi harapan
2) Kita melihat matlamat jangka panjang, kerana penyakit ummat ini sangat kronik
*Alhamdulillah…
Penjelasan sepanjang komen Mat:
1) Tidak pernah sesekali menafikan model islam yang syumul untuk orang PAS, UMNO, PKR, DAP, PERKASA apatah lagi anak-anak kecil yang comel.
2) Tidak pernah sesekali melabel kanak-kanak Tadika KEMAS adalah BERDOSA
3) Tidak penah merendahkan sumbangan UMNO, yang baik dipuji, yang negatif deserahkan kepada pembaca untuk menjawabnya sendiri.
4) Tidak pernah mengatakan semua ahli UMNO tidak Islamik, apakah datuk dan nenek saya juga hina kerana mereka UMNO? Tidak, cuma maklumat di era kini di hujung jari, minda kita lebih celik dan terbuka bagi menilai dan membuat pilihan berbanding zaman datuk dan nenek kita.
**Harap baca dengan teliti dan tidak salah tafsir…
Bukan sahaja ahli ISMA pernah ke KEMAS, ahli PKR, ahli PERKASA dan ahli PAS pun ada yang pernah ke tadika KEMAS. UMNO bertanding merebut tampuk pemerintahan. Maka memang tanggungjawabnyalah untuk menyediakan segala kemudahan ini; Tadika, sekolah, jalan raya, universiti, sayrikat-syarikat bumiputera. Terima kasih kepada UMNO kerana melaksanakan tanggungjawab ini. Cuma ada pihak yang mempertikaikan output yang dihasilkan rendah berbanding yang sepatutnya, iaitu berbanding pendapatan negara yang sepatutnya. Sekadar maklumat melalui pembacaan, ada yang menganalogikan negeri pembangkang dan negeri dipimpin UMNO, walaupun negeri-negeri pembangkang mendapat tekanan demi tekanan, namun tetap mampu bertahan dan memerintah serta tidak muflis. Maka persoalannya, bagaimanakah prestasi negeri-negeri yang diperintah PR jika wang negara keseluruhannya diurus oleh mereka? Lebih baik atau lebih buruk? Kerana record yang ada ialah mampu bertahan walaupun mendapat tekanan yang hebat. Cuma masalahnya, PR kurang berani memperkatakan hak Melayu, lebih merbahaya apabila PAS juga mengalami transformasi terlalu ingin menarik undi bukan Melayu.
Cadangan ISMA menjadi sayap NGO UMNO:
1) Perkara ini yang sangat dipertikaikan oleh Mat, tidak perlu menjadi sayap NGO UMNO secara rasmi kerana lebih bijak jika ISMA menjadikan pertubuhannya sebagai bukan milik UMNO sahaja, tetapi menjadikan pertubuhannya sebagai milik mereka yang mahu mengimani dan yakin manhaj ISMA.
2) Alasan yang pernah diberikan kenapa ISMA perlu jadi sayap NGO UMNO ialah kerana banyak platform boleh dimanfaatkan untuk berda’wah. Ya, ini semua setuju, orang UMNO pun gembira jika ada yang mahu mentarbiyah dan mendidik anak-anak mereka. Cumanya jika alasan banyaknya platform dalam UMNO ini maka ISMA perlu menjadi sayap NGO UMNO, maka ini kurang bijak bagi Mat.
3) Cukuplah sekadar mendidik dan mentarbiyah siapa yang mahu sama ada dalam KEMAS, PUNB, PASTI, SAR, SMK, SMKA, hatta orang yang tidak bersekolah dan tidak mendapat pendidikan pun. Kerana tanpa pendidikan dengan model yang betul mereka akan jahil, maka didikanlah yang menjadikan mereka celik dosa pahala dan bakal mengurangkan jenayah di muka bumi.
Inilah satu lagi persamaan kita, kita hendak mendidik tidak kira di mana, cuma tak perlulah menjadikan perkara ini untuk menjadi sayap NGO sesebuah PARTI POLITIK, apatah lagi PARTI POLITIK yang sangat kontroversi dan kita sedia maklum. Tujuan Mat mengkritik UMNO salah satunya untuk membuka minda supaya berfikir berkali-kali jika ingin menjadikan NGO ini sebagai sayap rasmi UMNO dengan track record yang telah didedahkan berdasarkan fakta sejarah.
Rasulullah S.A.W tidak berputus asa memangunkan iman masyarakat Quraish. Walaupun baginda keluar dari Mekkah meninggalkan saudara dan kerabatnya yang memerintah Mekkah ketika itu, tidak beerti Rasulullah tidak sayangkan Quraish. Adakah kerana Rasulullah keluar bergabung dengan kumpulan manusia yang lain di Madinah, maka Rasulullah tidak mengenang jasa Abu Jahal yang sangat gembira di saat-saat kelahirannya? Rasulullah mengubah strategi setelah 10 tahun berda’wah secara rahsia, dan berhijrah dari Mekkah ke Madinah. Itulah bijaknya Rasulullah S.A.W. Walaupun Rasulullah seorang yang penyabar, tetapi baginda tidak tunggu selama 53 tahun di Mekkah.
Semua parti politik mahupun NGO ada kontroversi masing-masing. Masing-masing ada track rekod yang baik mahupun yang lemah kerana kita manusia.
Kerana kita bersetuju tidak akan menghina dan mendedah kelemahan masing-masing, maka lebih baik kita lihat persamaan dan bermula dengan pendidikan pada aulat, generasi muda kerana merekalah yang akan memimpin negara.