ISMA raikan rakan-rakan NGO di majlis berbuka puasa
BANDAR BARU BANGI – Satu majlis berbuka puasa bersama pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam telah dianjurkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) di Hotel Residence di sini sempena Ramadhan baru-baru ini, sekaligus membuka peluang untuk duduk berbincang tentang perkara-perkara yang boleh dikongsi dan disepakati bersama.
Dalam majlis tersebut, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman selaku Presiden ISMA, telah memperkenalkan barisan ahli jawatankuasa ISMA kepada para hadirin serta menyatakan hasrat dan kesediaan untuk bekerjasama dalam menjalankan program-program yang boleh membawa manfaat bersama dalam usaha ISMA untuk merapatkan kerjasama dengan NGO-NGO lain.
ISMA telah menjemput banyak NGO dan antara yang hadir adalah wakil-wakil dari ABIM, HALUAN, MACMA, PERKID, PPIM, Yayasan Amal Malaysia serta beberapa NGO yang lain.
“Di masa hadapan, ISMA berharap kita boleh menjalin hubungan dan mengadakan kerjasama dalam isu-isu yang lebih serius,” kata Ustaz Abdullah Zaik dalam ucapan ringkas beliau.
Selain berbuka puasa bersama, majlis juga diserikan dengan para hadirin menunaikan solat Maghrib bersama sebelum bersurai.
Setiap wakil yang hadir telah menerima beg cenderahati yang mengandungi profail ISMA dan agensi-agensinyayang lain.
Oleh: Faisal Kamaruzzaman,
Wartawan/Jurufoto,
Media ISMA




rapatkan barisan, lupakan perbezaan, bina kekuatan!
alhamdulillah, ISMA mulakan langkah dulu utk kerjasama dgn NGO Islam yg lain. moga ia dpt menjadi qudwah dan contoh kpd org lain, dan menunjukkan makna sebenar dan sampel ‘kesatuan’ yang ISMA fahami.
membina generasi harapan
alhamdulillah, gembira dengan usaha baik ISMA ini. bersama menuju ke arah kesatuan, semoga Allah memperkuatkan kita semua utk ummat ini
Alhamdulillah dengan usaha yang dilakukan…kesatuan dan ukhuwah…
bertambah bagus lgi jika bergabung dgn jamaah yang sedia ada.. lg makruf….kerjasama..
ikatkan kesatuan.. tampung kekurangan..
alhamdulillah..sangat gembira melihat berita ni..mungkin kami di mesir perlu juga anjurkan perjumpaan sebegini dengan persatuan2 yg lebih awal ada..apa pendapat ikhwah akhwt?
Ini isu praktikal, asyik seru supaya melayu sepakat, parti politik melayu-islam sepakat, kita tengok pulak NGO Islam boleh tak berpakat…kadang-kala membuat syor memang mudah nak laksana sendiri itu cabaran..Wallahu ‘Alam.
tahniah atas usaha yang baik ini, moga tradisi ini dapat diteruskan dan kerjasama lebih erat dapat dijalinkan
alhamdulillah…berita yang amat ana nanti – nantikan selama ini..jalan menuju KESATUAN. itu yang kita mahukan.. kita menyembah Tuhan Yang Satu, tapi kita sendiri bila lagi nak bersatu.bukan saja Isma mahu kedepan, tapi kita mahukan semua berganding bahu bersama membangunkan ummah. moga usaha ini mendapat redha dan petunjuk dari Allah agar kita semua bersatu demi ummah. atas nama Islam yang syumul untuk semua