ISMA lancar Kempen Derma Kilat Pakistan 2010
Sebagai tanda keprihatinan terhadap kesusahan yang dialami oleh mangsa-mangsa banjir di Pakistan, Yayasan Ikhlas dan Biro Dakwah ISMA dengan kerjasama ISMAWeb telah melancarkan Kempen Derma Kilat Pakistan 2010 bagi meringankan ujian yang menimpa mereka.
Sehubungan dengan itu, segala sumbangan kewangan daripada para dermawan bolehlah disalurkan ke akaun Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia, 562218201823 (Maybank). Sila maklumkan setiap sumbangan kepada mediaisma@gmail.com dengan tajuk email atau deskripsi transaksi DERMA KILAT PAKISTAN.
Kerja-kerja agihan sumbangan akan dilakukan oleh Yayasan Ikhlas dan Biro Dakwah ISMA. Kutipan ini akan dibuat sehingga makluman lanjut kelak.
Ayuh, rebutlah peluang di bulan Ramadhan ini untuk menghulurkan sumbangan ikhlas anda!


