ISMA Alor Setar beri sumbangan Ramadhan kepada penduduk setempat
Pendang – Sempena bulan Ramadhan yang lalu, ISMA Alor Setar telah memberikan sumbangan kepada 20 orang penduduk tempatan kariah Masjid Paya Kelubi, Pendang yang telah diadakan semasa program Iktikaf Perdana ISMA Zon Utara di masjid tersebut. Pihak jawatankuasa masjid telah memberi kerjasama dalam mengenalpasti ahli kariah yang layak menerima sumbangan tersebut di mana kebanyakannya adalah ibu tunggal.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Dr Ridzuan Ahmad selaku Timbalan Yang Dipertua ISMA Alor Setar dan juga Pengerusi Jawatankuasa Penaja ISMA Sungai Petani.
Di samping itu ISMA Alor Setar juga telah memberikan sumbangan kepada 5 orang anak yatim. Duit sumbangan ini diterima daripada penderma yang memang mengkhususkan supaya ia disampaikan kepada anak yatim. Sumbangan ini telah disampaikan oleh Ustaz Abd Rahim, Yang Dipertua ISMA Kepala Batas.
Sumber: Blog ISMA Kedah


