Iktikaf Perdana 10 Malam Terakhir Ramadhan 1431H
Sempena kedatangan 10 malam terakhir Ramadhan tahun ini, cawangan-cawangan ISMA di seluruh negara akan menganjurkan Program Iktikaf Perdana. Umat Islam dijemput untuk menyertai program ini di kawasan masing-masing yang berhampiran untuk sama-sama meraih ganjaran Lailatul Qadar yang lebih baik dari 1000 bulan.



