|

Bila MCA palu gendang rentak DAP

Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek sekali lagi mencetus kontroversi di arena politik tanahair. Selepas kenyataannya sebelum ini yang mengaitkan penggunaan Islam dalam politik dengan pelbagai kemunduran dan kelemahan, lewat bulan lepas beliau mengemukakan pula tuntutan 13 resolusi MCA yang pada dasarnya cuba mencabar hak serta keistimewaan masyarakat bumiputera.

Resolusi-resolusi yang dibuat pada Kongres Ekonomi Cina itu menuntut antara lain agar kerajaan menghapuskan ekuiti 30 peratus bumiputera secara berperingkat, melantik pengarah kanan syarikat milik kerajaan (GLC) di kalangan kaum Cina dan mendirikan lebih banyak sekolah vernakular.

Tuntutan MCA tersebut bernada serupa dengan cadangan ahli Parlimen DAP, Tony Pua sebelum ini agar kerajaan negeri Selangor memansuhkan dasar pemberian diskaun dalam bidang hartanah kepada pembeli bumiputera.

Rentetan demi rentetan yang berlaku ini memperlihatkan kepada kita bagaimana pihak-pihak tertentu semakin berani dan lantang dalam menyatakan ideologi serta mengemukakan tuntutan mereka, hatta dalam perkara yang menyentuh isu-isu sensitif seperti hak istimewa orang Melayu.

Keberanian mereka ini tentunya didorong oleh kedudukan bangsa Melayu sendiri yang dilihat semakin lemah lantaran perpecahan akibat fahaman politik sempit dan tiadanya kesepakatan dalam hal-hal yang membabitkan kepentingan bersama.

Satu hakikat yang cukup jelas, biar di pihak mana pun mereka berada, agenda yang diperjuangkan tetap sama iaitu membolot sebanyak mungkin keuntungan di pihak mereka dengan cara mengikis hak-hak masyarakat bumiputera khususnya Melayu. Sehingga akhirnya bangsa Melayu menjadi penumpang di tanahair sendiri.

Tuntutan 13 resolusi yang dikemukakan oleh Datuk Seri Chua Soi Lek itu juga dilihat tidak kena pada masanya, memandangkan Barisan Nasional (BN) sedang bersedia untuk menghadapi PRU ke-13 yang bakal menentukan survival kekuasaan mereka. MCA seolah-olah tidak menghormati semangat kemuafakatan sesama parti-parti komponen BN.

Senario ini sekaligus meletakkan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam dilema ‘no-win situation’, samada tunduk kepada tuntutan tersebut atau tidak mengendahkannya langsung.

Tunduk bermakna mengorbankan hak-hak Melayu dan meletakkan nasib bangsa ibarat telur di hujung tanduk. Berkeras pula mungkin merenggangkan lagi hubungan dengan MCA dan semakin menjauhkan pengundi-pengundi Cina dari BN.

Bahkan implikasi paling teruk sekiranya MCA mengambil keputusan untuk keluar daripada BN dan bergabung dalam Pakatan Rakyat (PR), satu kemungkinan yang tidak ditolak oleh para penganalisa politik tanahair.

Kemungkinan ini diperkuatkan lagi dengan kenyataan Datuk Seri Chua Soi Lek bahawa MCA tidak takut untuk berkongsi pendirian dengan DAP dalam menjaga kepentingan dan kebajikan kaum Cina.

Andai ini benar-benar berlaku, sudah pasti pengaruh bukan Islam di dalam PR semakin kuat dan mampu mendominasi sebarang pendirian atau keputusan yang dibuat, yang tentunya tidak menguntungkan Islam dan Melayu. Harapan PR untuk menawan Putrajaya daripada BN juga sudah pasti bertambah cerah jika MCA berpaling tadah dari BN dan bekerjasama dengan PR.

Sekiranya ramalan ini menjadi kenyataan, apakah yang akan terjadi kepada nasib umat Islam terutamanya bangsa Melayu nanti? Adakah orang Melayu terutamanya di kalangan parti-parti politik bersedia menghadapi kemungkinan ini? Apakah pula tindakan mereka untuk mengelakkan kemungkinan ini dan mempertahankan nasib bangsa dan agama?

Sama-sama kita renungkan dengan minda yang telus dan terbuka.


Mohd Firdaus Sabturani,
Ketua Pengarang,
Media ISMA

9 Komen untuk entri “Bila MCA palu gendang rentak DAP”

  1. suhairi says:

    Tidak ada isu jika mca keluar meninggalkan bn. Dalam PRU lepas kita sedia maklum semua orang cina (termasuk orang mca) tidak mengundi BN. Dalam pilihan raya akan datang perkara yang sama akan berlaku juga.MCA masih wujud kerana nak jaga kepentingan orang cina dalam kerajaan sahaja. Bak kata orang Jawa opurtunis dan parasit dalam kerajaan. Biarlah MCA masuk pakatan.Kemungkinan lepas tu orang Melayu boleh sedar kat mana kedudukan mereka. Kalau tak sedar juga apa nak buat. Biarlah kita semua orang Melayu lingkup dan esok esok cucu cicit kita kencing dan berakkan kubur kita.Puas hati kita dalam kubur nanti.

  2. MCA kemungkinan besar tidak akan meninggalkan BN…

    Orang cina bijak. Mana ada peluang disitu mereka berada. Jika MCA keluar dari BN, tertutuplah ruang mereka untuk memujuk, mengugut dan mengasak kerajaan BN untuk kepentingan mereka. Kemenangan kaum Cina bukanlah bergantung kepada kemenangan MCA atau DAP. Tetapi bagi mereka adalah sejauh mana mereka mendapat keuntungan merampas hak istimewa orang Melayu. Orang cina pentingkan AGENDA berbanding PARTI, tetapi Melayu mementingkan PARTI dari AGENDA. Ini silap kita. MCA hanya akan mengugut untuk keluar sehingga UMNO mengambil berat pandangan mereka.

    Apa sudah jadi setelah 53 tahun Merdeka dibawah pemerintahan UMNO…?

    Chua Soi Lek mula popular lebih kurang 24 tahun dahulu. Dia pernah berada di bawah kepimpinan Dr. Mahathir, Pak Lah dan Dato Najib. Sepatutnya, seorang cina yang telah ditarbiyah dalam BN dalam tempoh begitu lama mampu memahami prinsip BN dan Kontrak Sosial negara Malaysia. Dia telah lama berdamping dengan tokoh-tokoh Melayu. Kenyataan Soi Lek menunjukkan sikap sebenarnya walaupun selama ini kelihatan dia seolah-olah patuh pada pemimpin-pemimpin Melayu.

    Mat tidak sedih kalau kenyataan biadap itu keluar dari mulut cina kampung yang masih berkiblatkan negara China. Tapi kenyataan ini dikeluarkan oleh seorang yang telah lama berjuang bersama-sama pemimpin yang dibangga-banggakan oleh orang Melayu. Iaitu PEMIMPIN TERTINGGI MCA yang mewakili seluruh kaum Cina. Kalau seorang pemimpin bersuara macam ini, bagaimana dengan masyarakat Cina yang lain? Adakah mereka tidak pernah memahami kempen-kempen perpaduan Kerajaan? Adakah mereka tidak menghormati pemimpin UMNO yang dianggap wira-wira Melayu? Gagalkah konsep Penerapan Nilai-Nilai Islam & Wawasa 2020 (Dr Mahathir), Modal Insan & Islam Hadhari (Pak Lah) dan 1 Malaysia (Najib)? Sehingga…seorang pemimpin yang begitu lama bersama mereka gagal mengimani perjuangan mereka?

    Bersatu…

    Satu parti mustahil buat masa ni. Bersatulah dalam agenda asas. Jika ada yang meminta Pas meninggalkan PR kerana Karpal Singh, bagaimana pula UMNO dengan sika Soi Lek? Syarat penyatuan Tok Guru Nik Aziz pun seolah tidak didengari oleh pemimpin UMNO iaitu UMNO perlu mengubah dasar kepada Islam. Penyatuan satu bendera juga musatahil buat masa ini kerana Pas terikat dengan janji setia mereka bersama PR. Jadi berusahalah menyatukan agenda asas walaupun berbeza dalam agenda-agenda lain. Ayuh tubuhkan medium persetujuan prinsip asas melalui Majlis Perundingan Melayu Islam dan Bumiputera Malaysia. Biar berbeza parti, tapi ingatlah..UMNO dan PAS perlu memperjuangkan amanah MELAYU-ISLAM dalam pakatan masing-masing. Jangan politik kepartian ini dikeji oleh anak cucu masa akan datang. ISMA sebagai NGO tidak berpihak sebenarnya ada kekuatan dalam usaha ini, sekadar menyelamatkan masa depan Melayu Islam dalam aspek kepartian. Hebatnya ISMA jika tak membentuk parti, tapi mampu memberi pedoman kearah membentuk prinsip-prinsip asas politik kepartian jika Majlis Perundingan ini benar-benar diusahakan oleh pemimpin ISMA tanpa mengabaikan manhaj yang diimaninya.

  3. aminbaek says:

    salam..

    MCA ada kmungkinan,tapi rasanya tidak akan meninggalkan BN
    spt Mat Mutiara kata,jika MCA keluar,maka hilang kuasa untuk mendesak krajaan melakukan sesuatu utk mereka..
    dan sekarang berlaku,pihak pembangkang DAP dan dr dalam krajaan sendri MCA dan tidak tkecuali GERAKAN,mereka mendesak atas isu yg lebih kurang sama..
    pastinya kerajaan akan serba salah..
    itulah kekuatan mereka utk memperoleh sesuatu..

    tetapi,orang kita?
    masih berbalah,masih saling mengeji wpon bangsa dan agama yang sama..
    titik persamaan langsung tidak dilihat..
    bilakah kesatuan umat akan berlaku…
    wallahuallam

    masih menantikan kesatuan..
    mungkin NGO2 yg ada yg menjadi perintisnya..sapa tahu..wallahuallam

  4. zaizulazizi says:

    ayuh bersatu atas agenda Melayu Islam! Saya telah Gariskan beberapa asas yang kita mesti pertahankan.

    http://zaizulazizi.wordpress.com/2010/07/28/satu-malaysia-yang-saya-impikan/

  5. pencarikebenaran says:

    ISMA perlu jelaskan dengan detail dan mengusulkan secara terperinci apa bentuk bersatu dalam perkara asas. (cthnya dlm pendidikan apa?, hak istimewa? dll ) kepada PAS dan UMNO. buat analisa terperinci dan kemukakan cadangan tersebut kepada mereka. baru perkara ini akan nampak praktikal…. org di luar sana masih tertanya2 apa bentuk bersatu dlm perkara-perkara asas sekalipun berlainan parti kalau tidak di perincikan…kalau tidak, nampak mcm cakap atas angin shj…

    so, ISMA boleh menjadi orang tengah kepada perpaduan kepartian melayu ISLAM sekali pun tidak menjadi parti politik atau memerintah.

    saya masih tertanya-tanya contoh2nya… terima kasih…

  6. AIAO says:

    Kalau semua pihak boleh bersatu atas dasar kepentingan orang Melayu dan Islam pun dikira sudah cukup bagus. Bersatu tak semestinya satu bendera. Cukup untuk semua orang Melayu dan Islam memalu gendang yang sama!

    Kalau boleh detailkan lagi, lagi baagus!

  7. non-partisan says:

    Kalau pemberian diskaun hartanah kepada Bumiputera dikekalkan, Melayu akan jadi GAGAH PERKASA kah…??

    Melayu boleh jadi Umat Perdana kah dengan pengekalan diskaun ni…??

    Melayu akan beli lebih banyak hartanah lot perniagaankah dengan pengekalan diskaun ni…??
    Atau terus kekal membeli lot kediaman, sampai bila-bila…???

    Benarkah Melayu akan betul-betul bersatu dengan pengekalan diskaun ni..??
    Jika benar, setakat mana agaknya..??

  8. PemudaBerani says:

    Sekadar pandangan saya.
    BN masih lagi jadi kerajaan pasal main tipu dalam pilihanraya. Masyarakat Malaysia semenanjung majoritinya dah tolak BN, melainkan yang dipermain2kan Media arusperdana dengan persepsi.

    Kesimpulan saya, UMNO bertaut pada kuasa yang tiada legitimasi moral Mereka lemah dan tamak kuasa dan beku idea2 kepimpinan segar; Sebab UMNO lemah tapi pada masa sama masih tamak pada kuasa menyebabkan agenda Melayu/Islam dikesampingkan, mereka lagi seronok dengan agenda KUASA. Memberi sokongan politik kepada UMNO hanya akan memburukkan lagi persepsi non Muslim kepada kepimpinan Melayu Islam, bagi saya adalah lebih wajar UMNO digantikan daripada kepimpinan negara. Satu kewajipan!

    Serentak dengan itu saya hairan bagaimana diandaikan PR didominasi oleh pengaruh Cina, dan kalau PR menang, yang menangya Cina yang lingkupnye Melayu Islam. Ini persepsi Utusan aje, dan mereka2 yang percaya kepada kitab Utusan. Kan ke Sultan ade untuk melindungi Islam dan Melayu, Andaikata Cina menang, Sultan boleh je lantik ketua Melayu Islam, kan berlaku di Perak? Sultan boleh veto/bubar aje DUN/Parlimen yang dikuasai Non Muslim dan tolak untk sign undang2 yg diluluskan.

    Bersatu dibawah payung Sultan Muhammad v
    Peace.

  9. Pemuda berani antara individu yg sgt prihatin dan gemar menganalisa sendiri Jemaah lain terutamanya ISMA. lebih gemar menggunakan kalam yg meruntuhkan berbanding membina persefahaman jemaah. entah sape la yg sokong politik umno. TAJUKNYA membina persepakatan antara muslim. maaf anda lari tajuk!

    takziah buat PEMUDA BERANI.