TAUTAN Ukhuwwah 2010 kumpulkan pelajar-pelajar ke luar negara
Gombak, 25 Julai – 38 orang peserta yang bakal melanjutkan pengajian ke luar negara telah bersama dalam sebuah program TAUTAN Ukhuwwah anjuran Sekretariat Luar Negara ISMA.
Bermula pada Sabtu pagi, para peserta didedahkan dengan cabaran hidup sebagai muslim di luar negara serta persediaan menghadapinya, di samping sama-sama menjalin ukhuwwah sesama peserta.
Antara penceramah yang turut sama menyampaikan pengisian ialah Dr Ahmad Kamsani Samingan, jurutera dari TM Research & Development dengan tajuk “The World is A University “, serta Ustaz Mohd Soberi Awang, pensyarah dari Kolej UNITI Port Dickson dengan tajuk “Asing di Bumi Sendiri”.
Selain ceramah, TAUTAN juga diserikan dengan aktiviti team building dan outdoor trekking ke Sungai Pisang.
Program selama 2 hari 1 malam ini turut disertai oleh aktivis-aktivis ISMA dari kalangan pelajar-pelajar lepasan UK, Ireland, Korea dan Australia dan juga dari kalangan pelajar yang pulang bercuti bagi berkongsi pengalaman mereka dengan bakal pelajar-pelajar ke luar negara tersebut.
Program diakhiri dengan sesi feedback peserta dan sesi bergambar. Rata-rata peserta memberi respon positif, dan ISMA mengucapkan selamat maju jaya kepada bakal pelajar luar negara. Semoga kembali dengan membawa segulung ijazah dan juga risalah.



