|

Tahniah buat Faizal & Hafizah

Tahniah diucapkan buat pasangan ISMA Gombak, saudara Mohd Faizal bin Uzairi dan isterinya, Noorhafizah binti Ismail serta seluruh keluarga di atas kelahiran cahaya mata sulung mereka pada hari Khamis, 19 Ogos 2010 bersamaan 9 Ramadhan 1431H, tepat jam 6.59 petang. Mujahidah kecil  yang diberi nama Hamnah binti Mohd Faizal tersebut selamat dilahirkan dengan keizinan Allah SWT di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur dengan berat kira-kira 3.4 kg.

Syukur dipanjatkan kepada Allah yang telah memudahkan segala urusan kelahirannya. ISMAWeb mendoakan agar puteri yang baru lahir ini akan membesar sebagai seorang anak yang solehah dan mujahidah dakwah yang bakal meneruskan perjuangan memartabatkan Islam insya Allah. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada saudara Faizal, isteri serta seluruh keluarga atas kehadiran cahaya mata yang menjadi amanah Allah ini. Semoga beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat.

“Barakallahu laka fil mauhub, wa syakarta al wahib, wa balagha asyuddahu, wa ruziqta birrahu.” (Semoga Allah memberkati kamu pada anak yang dikurniakanNya kepada kamu, semoga kamu mensyukuri Tuhan Yang Maha Pemberi, semoga anak itu akan mencapai umur kuat/matangnya dan semoga kamu akan diberi rezeki kebaikannya).