|

Tahniah buat Cikgu Zul & Cikgu Yati

Tahniah diucapkan buat pasangan ISMA Melaka iaitu Encik Zulkiplee Hassan yang lebih dikenali juga sebagai Cikgu Zul dan isterinya, Cikgu Yati serta seluruh keluarga di atas kelahiran cahaya mata kelima mereka pada hari Isnin, 16 Ogos 2010, tepat jam 8.20 malam. Mujahid kecil yang diberi nama Yusof Adam ini selamat dilahirkan dengan keizinan Allah SWT di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar dengan berat kira-kira 2.8 kg.

Syukur dipanjatkan kepada Allah yang telah memudahkan segala urusan kelahirannya. ISMAWeb mendoakan agar putera yang baru lahir ini akan membesar sebagai seorang anak yang soleh dan mujahid dakwah yang bakal meneruskan perjuangan memartabatkan Islam insya Allah. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Cikgu Zul, isteri serta seluruh keluarga atas kehadiran cahaya mata yang menjadi amanah Allah ini. Semoga beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat.

“Barakallahu laka fil mauhub, wa syakarta al wahib, wa balagha asyuddahu, wa ruziqta birrahu.” (Semoga Allah memberkati kamu pada anak yang dikurniakanNya kepada kamu, semoga kamu mensyukuri Tuhan Yang Maha Pemberi, semoga anak itu akan mencapai umur kuat/matangnya dan semoga kamu akan diberi rezeki kebaikannya).

Cikgu Zul boleh dihubungi di talian 013-6001722.