|

Tahniah buat Aizat & Amalia

Tahniah diucapkan buat saudara Muhammad Aizat Rasli (AJK KRIM Melaka) dan isterinya, Puan Siti Amalia (Timbalan Pengarah KRIM Melaka) serta seluruh keluarga di atas kelahiran cahaya mata perempuan yang kedua pada hari Khamis, 12 Ogos 2010, tepat jam 4.05 pagi. Mujahidah kecil tersebut selamat dilahirkan dengan keizinan Allah SWT di Hospital Darul Ehsan Medical Centre, Shah Alam dengan berat kira-kira 3.15 kg.

Syukur dipanjatkan kepada Allah yang telah memudahkan segala urusan kelahirannya. ISMAWeb mendoakan agar puteri yang baru lahir ini akan membesar sebagai seorang anak yang solehah dan mujahidah dakwah yang bakal meneruskan perjuangan memartabatkan Islam insya Allah. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada saudara Aizat, isteri serta seluruh keluarga atas kehadiran cahaya mata yang menjadi amanah Allah ini. Semoga beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat.

“Barakallahu laka fil mauhub, wa syakarta al wahib, wa balagha asyuddahu, wa ruziqta birrahu.” (Semoga Allah memberkati kamu pada anak yang dikurniakanNya kepada kamu, semoga kamu mensyukuri Tuhan Yang Maha Pemberi, semoga anak itu akan mencapai umur kuat/matangnya dan semoga kamu akan diberi rezeki kebaikannya).