|

Ramadhan mengajar erti taqwa sebenar – Ust Rusdi

SHAH ALAM, 22 Ogos – Bulan Ramadhan merupakan bulan rahmat dan keampunan kepada semua umat Islam di mana Allah akan memberikan keampunan dan kesempatan bertaubat seluas-luasnya pada setiap manusia.

Menurut Ustaz Rusdi Alias, “Bulan Ramadhan benar-benar mengajar kita erti taqwa yang sebenar di samping mensyukuri segala nikmat yang kita perolehi selama ini dimana juga Rasulullah pernah bersabda bahawa puasa merupakan perisai bagi orang yang bertakwa.

Kita juga perlu senantiasa mengamalkan sifat qana’ah (berpada-pada) dalam apa jua yang kita lakukan.” tambah beliau lagi.

Ustaz Rusdi merupakan Ketua Biro Pembangunan Sumber Manusia ISMA Pusat ditemui di sini dijemput khas mengisi slot tazkirah Majlis Berbuka Puasa Perdana anjuran ISMA Cawangan Shah Alam & Klang.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam, Encik Mohd Harris Bakar serta keluarga dan Ustaz Muhamad b Ismail, Ketua Sekretariat Dakwah & Sosial ISMA Pusat.